Khamis, 8 April 2010

Puding MAngga

PUDING MANGGA

Salam kembali n akn kembali esok hari insyaAllah :D

Hmmm.... panas kat sini, mekaseh juga yg risau akn keadaan kita kat sini, dah tak kuar2 lg lah ni sampai hari sabtu ni nak habiskan stok dlm sebok jdnyer mmg dah tak leh beli bhn2 sume :D cam nak g pindah jerrr bunyinyer hihihi... bukannyer apa dah byk kali kuar walau 3 4 hari dah kena komplen dgn ninja tu sbb bwg kuar tunas kentang pun gitu jugak ahahaha... aiyaaaa... cepat betul dia kuar tunas2 :D.. Ok hari ni buat puding, silap3!! MALAM SEMALAM :D jdnyer dia punyer tekstur dah sedang elok gitu sedap! kaya dgn rasa mangga hihihi... Resepi ambik kat MyR dr KAK HANI @ RINGGO, mmg best! lemak gitu dgn rasa mangga n fresh cream ;-).. Mintak izin n halal resepinyer ya kak ;-) arigatouuu!!! :-) Kita dah jangkit kak HAZILA sbb dah semakin tak keruan bila tak mkn dessert2 mcm ni hihiihi.. ikut musim ya :D panas buat yg sejuk2 kalau sejuk buat yg panas2 yg pasti HARUS ada :D

PUDING MANGGA

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 2 biji mangga ranum
  • 170ml F&N krimer sejat
  • 80ml fresh cream
  • 100g fresh milk
  • 1/2 s/k tepung custard
  • 600ml air suam
  • 100gm granulate sugar
  • 15gm serbuk gelatin
  • setitik dua pewarna kuning


Cara-cara

  1. campur gelatin dengan 300ml air suam, kacau dan biarkan selama 10 minit.
  2. campur air selebihnya dengan gula dan kacau hingga larut.
  3. kupas kulit dan buang biji mangga, mixer/FP kan isi sampai jadi puree.
  4. campur 1 dan 2, masukkan 3, krimer sejat, fresh cream, fresh milk, tepung custard, dan kacau. masukkan pewarna dan kacau lagi.
  5. letak bowl tadi diatas air berais dan kacau sehingga sejuk dan kelihatan pekat. kalau suka boleh tambah mangga yang dipotong dadu kecil2 untuk merasa texture yang berbeza dalam pudding ini.
  6. tuang kedalam bekas pudding, sejukkan dalam petisejuk selama 1 atau 2 jam sebelum dihidang. bolehlah dihias dengan hirisan manggo dan mint.

3 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Nak juga makan puding mangga tapi elergic...percayalah...asal kupas kulit mangga terus potong masuk mulut...sudahnya...ngorat puding kat tingkap Ika jer lah!!

PALATABLE berkata...

Amboi sedapnya pudding mangga kalau dapat makan tengah cuaca panas gini....

http://treatntrick.blogspot.com

fuzidss berkata...

malam ni jugak akak buat..kat umah ada balance mangga