ads/iklan

Khamis, 30 Jun 2011

Super Moist Eggless Chocolate Cake

_DSC0072
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Salam di pagi khamis sume :-),

Hmmmm.... dah 2 hari ninja tak balik, dan hari ni director2 dr 2 belah pihak turun siam thats mean mmg big problem lah tuuuu... malam td berhantar mesej dgn ninja terasaaaa semakin rindu pulak uuuwaaaaaa......nmpknyer aktiviti hari sabtu tak de lah nmpknyer tuk minggu nii :-( gd luck dear!! Semoga urusanmu dipermudahkan olehNYA utk hari ni dan seterusnyer insyaAllah! aminnnn......mintak2 hari ni dapat balik umah ya laling, winduuu nak buatkan coffe hihihi... Tak jadik burung antu sbb dia didalam kwsn thai bukan diluar negara :D tp mlm tadi tido lewat kul 3 stgh tido pastu bangun lewat sib baik ada 1 jam tuk siapkan bekal huh!

Ok citer pasal kek ni pulak masa ambik gmbr kek ni serba tak kena setting silap sume silap! nak gayakan kek ni yg itam payah jugak ya hihihi.... TAPIIIIIIII nak kata satu kat kek ni, SEDAPPP! LEMBAPPP! mmg kita suke! setelah lama tak buat kek cekelat semalam ni buat godeh2 tak sampai 10 min kecuali membakar lah kan :D Sedap sgtlah! sukeeee!!!! Untuk kek ni kita kurangkan gula sikit n kita makan dgn Cream cheese Frosting, waduhhhhh... tgn sebelah pegang piping bag sambil makan sambil picit cream tuu :D kelautttttttt dalm lagi nmpknyerr :D Utk kids dia org makan gitu jerrr.. Resepi asal dr KAK DAYANG JACK yg pandai buat kek :D sgt sedaplah! tak tahu nak kata apa lagi hihihi.. utk resepi ni tak dpt byk ya, kalau family ramai leh doublekan kuantiti :-) Resepi skodeng umah KAKAK SECUBIT GARAM, macehhhh kakak2 sume! Mintak izin n halal resepinyer kembali ;-)

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)>>Guna cap tulip :D
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang>>yg ni kita kurangkan sikit
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco>>Kita guna coffe emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung>>guna minyak mazola
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon>>guna lemon

_DSC0079_DSC0060
Walaupun rupamu tidak secantikkk pandaaaa kaler mu yg itam lagi menawan tak kena dgn rasamuuuuu yg sgt sedap!Kita abaikan kejadian kek tu ya nxt time guna cup lagi senang kerja tak yah nak potong2 :D

Cara-cara :

  • Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  • Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  • Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  • Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
  • Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

** K.Nor tak buat topping sbb kek ni dah cukup enak dimakan tanpa topping.>>yg ni kita letak topping cream cheese :D

Cream Cheese Frosting
Resepi:KAKAK SECUBIT GARAM :D

Bahan2:

  • 125g Cream cheese
  • 60g Butter
  • 60g Gula Aising
  • 1sk Jus lemon

Cara2:

  • Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu



_DSC0083

Rabu, 29 Jun 2011

Upside down Pizza

_DSC0047
UPSIDE DOWN PIZZA

Salam bertemu kembali sume di hari rabu! :-)

Tido keseorangan malam tadi :-( kilang ada masalah negara kalau makna masalah negara teramatlah besar teringat dulu2 masa kilang yg lagi satu tu di landa masalah n kontroversi hampir membubarkan sume sekali ahli kabinet :D mcm politik pulak bunyinyer hihihi... Serius ni! mmg serius masalah sehingga tak dpt balik n ninja serta ahli2nya terpaksa berkampung dekat kilang beramai ramai, hri ni dia balik kot tp tak sure kena menghadap raja dulu mengistiharkan permohonan maaf secara langsung haish! Nak salahkan sapa? jwpn dia senang ajer, salah SEMUA sekali termasuk dia, apa pun doanyer semoga urusanmu dipermudahkanNYA insyaAllah semoga permohonan maaf secara live tu boleh bertolak ansur kalau tak, hmmmm.... otak kita dah berserabut huhu..

HAri ni mesti ada yg puasa kan? kita pulak tgh cuti2 dah 2 kali kalau ada hari istimewa ni mesti cuti, walaupun tak wajib tp dpt kumpul saham sikit2 pun jadilah kan kan.. Selamat berpuasa bg yg akn berpuasa hari ni dan esok hari, tapi nak suh layan mata menu lunch semalam :D sampaikan terlambat nak kuar sbb tak tahan godaan dr TUN TELANI, haish! Mmg sedap! akak adjust topping dia guna inti turkish pide :D n of kos! xtra cheeseeeeee... hihihi.... Mintak izin n halal ya tun resepinyer, mekaseh!

Hari ni agak kebizian sikit, kalau ninja balik kena lah lyn dia dulu sure otak dia tgh kusut n bekerja 24 jam dr semalam nii, poor my ninja. Kunjung balas akn dibuat nanti, mekaseh!!

UPSIDE DOWN PIZZA
Sumber: TUN TELANI

Dough

  • 2 bj telur
  • 1 cwn susu
  • 1 cwn tepung
  • 1 sb minyak>>kita guna minyak jagung
  • 1/2 sk garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.>> yg ni just gaul2 jerr :D
- sedia utk diguna


_DSC0052_DSC0046
Layer bwh letak hirisan tomato, next layer baru letak inti dan susunkan lada benggala hijau dan akhir sekali letak mozarella cheese yg fresh punyer, walahhhhhh! mmg mabeles! Untuk bhgn atas tunggu adunan dough kering baru letakkan mozarella cis lagi dan bakar sampai masak.

Filling(untuk filling kita guna inti turkish pide) leh tgk kat bwh)

  • 1 keping dada ayam- kerat2
  • 4 sosej/hotdog- kerat2
  • 1/2 tin cendawan butang- hiris
  • 1/2 bawang besar- dadu
  • 3 ulas bawang putih- hiris halus
  • 1 sb cili boh
  • 2 sb tomato puree
  • 1 sb oregano
  • 1 sk paprika
  • garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya

_DSC0037_DSC0040
Sebelum kejadian :D kaya dgn inti :D

Bahan Inti pide(kita guna inti pide untuk upside down pizza kat atas ni)
  • 250 g daging cincang
  • 250 g cheese mozarella, dipotong nipis
  • 150 g cheese cheddar, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dipotong dadu>>yg ni tak masukkan sbb dah letak hirisan tomato nanti kat lapisan bwh.
  • 1 biji bawang dpotong dadu
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh serbuk cayenne
  • 1/2 sudu teh serbuk hot cajun
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • daun sup secukupnya, dipotong halus
  • garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Cara Inti Pide
  1. Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  2. Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
  3. Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.

_DSC0053
Fresh mozarella in water, mmg sedap guna yg ni! yg kaler putih2 tu lerr :D nmpk mcm daging ayam jerr hihihi kaler jer lain :D Kalau kat thai brand ni mmg halal n MURAH :D

Selasa, 28 Jun 2011

Donut Cakcibur dan Burger Malaysia

_DSC1019
DONUT CAKCIBUR

Salam bersua kembali di pagi selasa!

Hari ni sibuk sikit sbb semalam dah bermalas malasan :D Nak kuar mencarik barang nak mencarik munga dan itu dan ini :D Kalau buat donut HARUS buat burger mesia sekali curik 3 ketul cukuplah kan sbb budak2 mkn yg biasa2 jerr, dia org ni mintak yg cekelat tp kita malas pulak lah nak cairkna cekelat tuuu..

Resepi ambik kat umah KAK MAS, resepi asal kat umah MAMAFAMI, dah pernah buat resepi donut guna kentang mmg hasil dia mmg lembut cuma harap maklum sikit ya kalau uli guna tgn dia mmg melekit sikit nak pandai bermain dgn tepung masa nak bentukkan dia tu :D Kita uli guna tgn ajerrr malas betul nak turunkan bibik sorang tuuu biar lah dia tido lama2 sikit kasi kuatkan sikit tulang tgn ni sbb tgn ni byk kerjanyer hihihi.... Resepi donut ni byk jugak yg dah dicuba sampai tak hingat dah yg mana satu yg sedap :D tp rasanyer sumenyer sedap! Macam biasa ya, mintak halal n izin resepinyer untuk rujukan dan dikongsikan bersama di sini, mekaseh!!

DONUT CAKCIBUR
Resepi : Mamafami
Sumber: Kak Mas

Ingredients
:
  • 1 medium sized potato ~ cleaned (1 biji kentang size sederhana, kopek kulit, basuh bersih dan rebus)
  • 1 cup lukewarm water(1 cwn air suam untuk di blend dgn kentang)
  • 5 g instant yeast(5g Yis segera)
  • 1/3 cup cooking oil (I used corn oil) (1/3 cwn Minyak masak/mazola)
  • 1/3 cup lukewarm water (1/3 cwn Air suam untuk menguli)
  • 1/4 tin condensed milk (1/4 tin susu pekat)>>yg ni kita kurangkan sikit
  • 1 tablespoon sugar(1 sb gula)
  • 1 teaspoon salt (1 sk garam)
  • 500g flour (500g Tepung) >> yg ni kita guna tepung roti
  • Oil for frying (Minyak secukupnyer untuk menggoreng)


_DSC1020_DSC1022
apa perbezaan gmbr 1 dan 2 wakakakaka... tuan umah kurang kerja :D

Method :
  1. Boil potato till soft. Place the boiled potato with 1 cup of lukewarm water in a food processor. Puree.(Rebus kentang sehingga empuk. Angkat dan campurkan dgn 1cwn air suam tadi dan di blend bersama untuk dijadikan puree)>> utk stgh adunan kita guna 80g kentang puree
  2. Mix together instant yeast, sugar, 1/3 cup lukewarm water, cooking oil, condensed milk, salt and potato puree.(Satukan yis, gula, 1/3 cwn air suam tadi, Minyak masak/jagung, susu pekat, garam dan kentang puree)>>untuk step yg ni kita cuma campurkan air suam+yis+gula+susu pekat ketepikan dan tunggu sampai berbuih, sementara tunggu campuran berbuih, satukan minyak dan bhn2 lain dgn tepung barulah masukkan air sedikit demi sedikit)
  3. Add flour a bit at a time and rub using your fingers. (Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menggunakn tgn, kalau menggunakan BM masukk semua bhn2, dimulakan bhn cecair dan last sekali masuk tepung, pastikan yis tak bercampur dgn garam)
  4. Add in the remaining flour, a little at a time till a soft dough is formed. (Note : The softer the dough, the softer the donut produced)(Masukkan lebihan tepung dan uli sehingga menjadi doh yg lembut)
  5. Take a bit of dough and make into small balls. Arrange on a tray sprinkled with a bit of flour. Leave to proof till double the size.(Ambil sedikit doh tadi dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil atau bentuk donut anggaran setiap bebola lebih kurang 50g, letakkan di dalam dulang yg telah ditaburkan dengan sedikit tepung dan naikkan doh yg telah dibentukkan 2 kali ganda)
  6. Heat oil in a pan. Make a hole in the middle of the dough and fry till golden brown.(Panaskan minyak dan goreng doh yg telah naik tadi sehingga masak atau perang, angkat dan toskan minyak terlebih dahulu)
  7. Coat with castor sugar and ready to serve.(Salut dgn gula kaster atau topping kegemaran)

_DSC1034
BURGER MALAYSIA
Lupalah nama selain burger mesia niii, apa eak? hihihi... biasanyer panggil kuih bom jer :D

Isnin, 27 Jun 2011

Aiskrim Coklat Oreo

_DSC1001
AISKRIM COKLAT OREO

Salam bertemu kembali! :-)

Nmpknyer kita nak rembat ice cream maker lah kalau mcm ni :D asyik keja nak buat sekrim jerrr skrg nii :D nak keja blender jerr tak larat nak bukak tutup sebok pastu blend lagi tutup lagi tunggu seprauh keras blend lagi wakakaka.... TAPI tak sia2 kehulu kehilir sbb sedap!!

Resepi asal dr SHEN kat MyR, ramai yg buat sekrim ni, n ternyata mmg sedap! Kita ni guna beskut oreo krim cekelat kaler dia tk cung! Pastu kan masa ambik gmbr sekrim ni tgh panas terik tuuuuuu, pastu ambik gmbr ntah baper puluh kali sume reject! tu pasal cair! kalau sekrim tu leh ckp dia mesti ckp, wooiii! sudah2 lah ambik gmbr! ahahahaha.... Ok, jom layan sekrim pulak, dah puas dgn roti canai kan kan :D Mcm biasa ya tuan resepi mintak izin n halal resepinyer untuk rujukan n dikongsi bersama :-)

AISKRIM COKLAT OREO
Sumber: MyR by SHEN

Bahan-bahan ( 1.5 liter )

  • 2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat>>stgh cwn guna fresh milk dan stgh cwn lagi guna whipping cream
  • 2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
  • 1 packet kecil - biskut Oreo



_DSC1004
silah ceduk guna spoon khas dia yg direndam dgn air panas terlebih dahulu baru senang nak kaut :D sekian~~

Cara-cara

  1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.
  2. Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
  3. Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.

Roti Canai Telur

_DSC0988
ROTI CANAI TELUR

Salam bertemu kembali di hari isnin sume!!! :D

Tuan umah ni kan kalau dah tenggelam mmg pyh nak timbul sbb tak gheti berenang :P alasan tak leh diterima hihihi...... Siyesss ni tau, hari sabtu g dating mcm biasanyer bila jalan2 sambil2 mata tgk2 org, i mean tgk bdn org PEREMPUAN wakakakaka... terasa mcm nak undur balik masa muda belia remaja, ohhhhhh.... sgt suke dgn size bdn yg dulu berbanding sekarang walau pun ada satu part yg paling kita suke :D nak kata kita ni gemuk tak de la gemuk, tp chubby sikit lah berbanding zaman dulu kala, so, so, so, mungkin akan berehat dr berblogging bukan berhenti, mungkin akn masukkan n3 hanya beberapa kali dlm seminggu tp tidak hari2 dan lagi satunyer kita dah sgt penat skrg niii sbb terlalu byk benda yg nak diuruskan n dibuat. Segala kesulitan dr tuan umah amatlah dikesali dan mohon maaf dipinta :-)

Ok lah, kita berbalik semula tajuk yg kat atas n dibawah nii.. Kiranyer yg ni 2nd trial guna resepi yg ni, tepon kak hana tanyer kan resepi roti canai lain selain roti canai kak joayee yg paling best, ini lah dia resepi terbaru n kita rasa, sama mcm kak joayee punyer resepi, tak reti nak label mana satu yg best sbb 2 2 resepi, the best!! method lain tp hasilnyer mmg mabeles! Kalau nak tahu kat sini byk roti canai segera yg halal n percayalah! percaya tau :D kita lagi suke hasil tgn sendiri dr yg segera ewah ewah ewahhhh ahahahaha... betul tauuu! puas hati sgt sbb rasa mmg dah mcm kat kedai mamak, kebersihan mmg terjamin :P 1st trial buat resepi ni masa kak anie nagoya dtg, TAPI ada shippai atau erti kata lain tak reti nak sebut dlm bahse melayu :D Teknik mencanai ada kesilapan sikit, tp tgk kak anie makan selamba jerrr wakakakaka..... Permintaan dr ank sulung kita sbb dia suke roti canai sbnrnyer buatnyer pun tak ssh, uli n perap tgh2 malam, pagi2 leh tebar atau tarik2 jerrr lah mcm kita tuuuu tp ttp sedap! Resepi silalah tgk link2 kat bwh tu ya :D Macam biasa minta izin n halal resepinyer untuk rujukan n di kongsikan disini :-), terima kasihh!!

Last but not least :D kunjungan balas akn dibuat lepas free dan terima kasih setiap kunjungan :-) tuan umah sgtlah menghargaiii setiap kunjungan dan komen, doomo arigatou gozaimashita
m(_ _)m

ROTI CANAI TELUR
Sumber: KAK HANA
Resepi Asal:NICEGHOST FNR>>yg ni tak de link

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
  • 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola


_DSC0991_DSC0993
Ada sapa2 nak upah kita jd penabar roti canai ke??? gaji tak mahal :D silalah booking :P

Cara-cara
  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
  • Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais




_DSC0983_DSC0981
Roti canai telur n xtra bwg :D, nmpk tak gelembung2 tuuuu paling suke tgk part gelembung2 tu :D dan jgn risau, dia tak akn terkoyak bila ambik adunan yg dah siap tu masuk kat kuali sbbnyer roti canai yg menjadi dia elastic cuma jgn sampai koyak2 :D


_DSC0997
jemput makan!!! sambal tumis n kari bodo2 sepinggan tu charge tak mahal cuma 100bht jerr :D wakakaka....

Khamis, 23 Jun 2011

Aktiviti Minggu ni :D~~

_DSC0978
MACARON
Macaron versi lain, sedap sgt!!!! Omiyage dr kak anie(mesti ada org nanges lepas ni :P)

Salam semua!

Terlebih dahulu nak mintak maaf beberapa hari ni atau senang kata dah nak seminggu ni senyap sepi jerr tuan umah, agak kesibukkan sikit yg mana ada tetamu n aktiviti kat sekolah mcm biasanyer.. Projek sume akn ditygkan minggu depan, kita tunggu yer kakak secubit garam hihihi.... nak mengedit gmbr byk2 malas lah pulak, jdnyer tunggu minggu depan insyaAllah..

Sbnrnyer ada tetamu dr nagoya, bukanlah pertama kali kak anie ni dtg sini n kita bukanlah jugak pertama kali bersua muka, kenal sblm kawen sbb kita org byk persamaan ;-) Atas permintaan seorang blogger yg bernama KAKAK ASMARA, tunjuk kaki pun jadiklahh! jdnyer inilah kaki kita org wakakakaka..... siap kasi xtra lagi tunjuk tangan :P bertambah nanges lah org yg berkenaan nanti tuu hihihi.....

Sebelum mengundur diri, maaf andai ada tersilap kata n terkasar bahasa, sememangnyer sya hanya insan yg lemah yg masih belum sempurna, tak dpt nak berblogwalking lagi, even kat FB pun kita senyap sepi jerr sbb sgt sibuk, maklomlah dah nak election sibuk ngikut demo sana sini ahahaha..... Terima kasih mana yg dtg berkunjung! jumpa lagi minggu depan!! inysaAllah... Salam~~


_DSC0941
Kena sumpah jadi batu hihihi.... sapa2 dpt spot si tanggang ni mmg terrer! :D


_DSC0964
Menu kakak cantek :D

_DSC0967
Menu kita :D


_DSC0965
Part ni paling seronok ahahahaha.... alaaaaaaa..tak yah teka2 lah kan, yg gelap gelita tu lah tuan umah :D kan kan senang jer jwpnnyer :D

_DSC0969
Gmbr ni khas ditujukan buat kak ASMARA :P, kaki tuan umah yg mana satu???? wakakakaka...

Sabtu, 18 Jun 2011

Kuih Lapis

_DSC0928
KUIH LAPIS

Salam sabtu sume!

Tak leh nak luangkan masa yg lama dekat sini atau FB ari ni sbb ada urusan nak ke sekolah acara tengok budak belajar tp kali ni pergi dgn ninja sbb utk budak gred 1 ni sure muke bapak sume, maksudnyer dtg ber dua, kita tak nak lah dtg cuma sorang2 ajerr :D

Hari ni nak dating dgn laling lagi :D n minggu depan sampai hari selasa akn sibuk sikit tak sempat lah nak update kalau rajin kita update eak.. Ada tetamu khas dr jepun :D siapa yg berkenaan silalah nages hentak2 kaki yerr :D sapalah tuuuu yaaa :D

Rasanyer lama tak makan kuih lapis, suke sgt kuih lapis leh tarik layer by layerr itu dulu2lah skrg ni dah berumur sikit makan gigit jerr terus :D Kali ni Resepi ambik kat MyR dr KAK FIDA, mekaseh kak! kenyal2 gituu tp kita ada tambah tepung gandum jugak sbb ada komen kata kuihnyer mcm lembik sikit, tp lupa nak sukat pulak baper byk tepung gandum yg kita guna :D agak2 ajer lah tgk adunan nyer pekat ke tak... Sambil2 tgk kuih tuuu cuba tgk ada somting wrong sikit kuih tu haish! geram sungguh nasib baik tak perasan :D Ok, nak siap2 n selamat hujung minggu sume!!! jumpa minggu depan ari selasa insyaAllah ;-)

KUIH LAPIS
Source: MyR by KAK FIDA

Bahan-bahan ( loyang 8x8 / 9x9 inc. )

BAHAN A :-

  • 250 g gula pasir (resipi asal 300 g )
  • 200 ml santan pekat (KARA)
  • 250 ml air+1 sk garam
BAHAN B :-
  • 150 g tepung beras
  • 150 g tepung ubi (tapioca flour)
  • 20 g tepung pulut
  • 300 ml santan pekat (KARA)
  • 150 ml air
BAHAN C :-

  • beberapa pewarna pilihan
  • 2 helai daun pandan - disimpul

_DSC0920_DSC0921
Ada somting wrong dgn kuih lapis kita ni sapa2 boleh spot mmg terrer! wakakakaka.... jwpn kemudian ya :D

Cara-cara

  1. Bahan2 A dimasak dengan banan C hingga gula larut dan biar suam.
  2. Bahan B disatukan dan kacau rata.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan tapis.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
  4. Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna pilihan, 5 min tiap lapis dan 10 min untuk lapisan terakhir.Biar kuih sejuk di dalam loyang sebelum dipotong.

Jumaat, 17 Jun 2011

Kerabu Tomato Ikan Bilis

_DSC0895
KERABU TOMATO IKAN BILIS

Salam bertemu kembali :-),

Minggu ni mcm minggu ala2 nak diet tp tang dessert dah tak diet hihihi.... Nmpk kat umah kak sheila, terus terasa nak makan, buat ni masa kena g sekolah, maknanyer dah tak de lah eak hari ni kita makan sekrim dgn pulut dah cukup kenyang :D

Esok kena g sekolah, pastu balik dr sekolah kena masak cepat2 sbb si abg ada latihan bola sepak, nak ikutkan malas nak pergi tp tahun satu kang ank perempuan yg sorang tu bebel2 dah lah mmg kejenyer bercakap dan menyoal org ajerr tak henti2, agaknyer ank perempuan mmg kepoh eak? wakakaka... ada jerrr benda yg dia nak tanyer dan nak ckp, kdg tu sampai kena marah sbb asyik menanyerr jerr hihihi.... tp kena marah pun dia selamba jerr masih terus menyoal, snb dia tahu dia jarang kena marah maklomlah ank bapak :D

Resepi asal dr KAK HANA ohhh daku kangen karo kuweee.... Kita copy dr umah KAK SHEILA, mcm biasa kita tambah sikit2 kalau dah namanyer kerabu ni kan :D Mintak halal n izin resepinyer! Macehhhh!!

KERABU TOMATO IKAN BILIS
Original Recipe: KAK HANA (HANA MEMORIES)
Source: NSHAFEAREEN (Kak Shiela)

Resepi By : Hana@MyR

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • Segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • Garam
  • Gula
  • Jus lemon - optional
  • Pak aji - klu suka
  • Sy tambah 5 helai daun limau purut yg di racik halus
  • Harus ada nampla>> yg ni kita tambah
_DSC0898
dah tak jadi tomato dah dah jadi mcm2 :D sgt sihat :D

Cara-cara
Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube..


Homemade Coconut Ice Cream

_DSC0936
HOMEMADE COCONUT ICE CREAM


Salam jumaat yg barakah buat semua! :-)

Sebelum nak mulakan n3 hari ni, nak bgtau, sangat TERKILAN dan KECEWA dgn sikap SESETENGAH blogger :( Pasal apa? Biar rahsia tak baik mengaibkan org, skrg org yg kita labelkan SESETENGAH duk kat atas kita tunggu dia turun kat bawah pulak, sedih jugak tapi apa pun kata org tepuk dada tanye selera.. Kita jadi blogger sebab apa? selain nak kongsi hasil masakan especially pd foods blogger lah kan boleh bg jawapan tak? Honestly, memula jadi blogger kita cuma suke2, sbb yer lah kan kita mana ada kawan sgt org akn kata sombong kalau tak kenal kita :P ok lah itu silap kita lah kan sbb pemalu uuweekks! :D Jadinyer bila dah berblogging n jd blogger ni byk perkara yg kita kena terima dan byk jugak RAGAM org yg kita jumpa, betul tak? tu kdg jadi tak ngam atau pendek kata tak sekepala.. Itu satu hal, lain hal pulak, Orang memberi kita menerima, boleh phm tak maksud tu? ni berkaitan kunjung balas atau berkunjung, bg jawapan pd diri sendirik tanyer diri sendirik jer eak :D Pendek kata, berblogging pun ada adab dan Moral.. Mcm kita ni apa2 ajerr lah,sbb tak kisah :D tp ttp akn hormati setiap kunjungan.. selalu teringat kata KAK HANA, jadi rindu pulak pd kak hana.. kalau ada apa2 masalah selalu kak hana kata LANTAKLAH! pepaham jer lah maksud lantak tu kan.. APA2 AJERLAH... bahasa sopan, sbb kita org jawa, bila berckp mmg mcm tu ahahaha.... Emo sikit pagi2 ni :D jom makan eskrim pulak :D

Balik pada tajuk dgn gmbr kat atas tu ya.. Kat sini mmg kalau pergi luar akn jumpa org sorong keta kecik(apa nama eak?) :P bawak si sekrim ni, kdg dia org makan dgn roti n topping dia mcm2 biasanyer kacang tanah disangan, pastu pulut, pastu nata de coco kalau tak silap, kita jrg beli yg kat luar2 ni biasanyer beli tempat yg bersih maksudnyer kat department store. Sangat pemes eskrem kelapa ni kat sini sbb sedap! Kita suke mkn dgn pulut atau senang kata mcm gmbr yg ada ni :D ikut suka atilah nak makan dgn topping kesukaan :-) ambik resepi ni kat thaifood.about nak translate malas, alaaaaa.. sume org pandai2 kita jer yg bodo :D jdnyer semua org phm dan lagi satu kepala kita ni dah pening dgn terjemahan itu hari pheewwww....

Btw, ank kita sihat alhamdulillah, silap diagnosis, mungkin dlm mulut dia tu trauma jerr mcm tergigit ke atau masa berus gigi terjolok, itu sbbnyer tp tak sure cuma kena pantau dia punyer makan, kalau dia tak leh nak makan atau telan itu harus bwk g sepital lagi.. Terima kasih yg mendoakan dan kunjungan akn dibalas :-)

HOMEMADE COCONUT ICE CREAM
Source: thaifood.about

Ingredients:

  • 4 eggs
  • 1 cup white sugar
  • 2 cups heavy whipping cream
  • 2 cups canned coconut milk (not 'lite')
  • 1 tsp. vanilla flavoring
  • optional: 2 tsp. coconut flavoring>>yg ni tak de
  • optional: 3 Tbsp. flaked coconut (baking type), sweetened or unsweetened)
Topping:

Peanut, sticky rice, corn>>any topping is ok..



_DSC0939


Preparation:

  1. Prepare a container with a lid in which to freeze the ice cream. Large yogurt containers work well (you'll need quite a few), or you can re-use a plastic ice cream tub.
  2. Place the eggs and sugar in a food processor, mixer, or blender. Process about 1.5 to 2 minutes.
  3. Pour this mixture into the top of a double-boiler and place over medium-high heat.
  4. Cook for 8-10 minutes, stirring continuously with a whisk, until the mixture thickens and becomes creamy (it should look like custard). Place in the refrigerator to cool.
  5. Pour heavy cream into your food processor, blender, or mixer. Blitz until cream becomes very thick and stiff peaks form (approximately 1 minute). Scoop into a large mixing bowl.
  6. Fold coconut milk plus flaked coconut (if using) into the whipped cream, stirring to combine.
  7. Now add the cooked egg/sugar mixture from the refrigerator. Also add the flavoring (vanilla/ccconut), gently stirring everything together by hand. You should end up with a thick, ivory-white batter-like mixture. Pour into prepared container(s). Set in the freezer and allow to freeze at least 8 hours, or overnight.
  8. To serve, dip an ice cream scoop in warm water and scoop the ice cream into bowls. For extra coconutty flavor, top with a little sweetened flaked coconut. ENJOY!


_DSC0933
Setelah semalaman~~

_DSC0906_DSC0905
Yg bwh adunan telur dgn gula, masak double boiler sampai pekat mcm custard, yg atas tu adunan yg dah dicampur.

Rabu, 15 Jun 2011

Muffin Pisang Mudah (kukus n bakar)

_DSC0887
MUFFIN PISANG MUDAH (KUKUS)

Salam di pagi rabu sume,

Terlebih dahulu nak mintak maaf kalau tak sempat buat Blogwalking, sbb hari ni pun kita sibuk kena g sekolah n hospital, insyaAllah bila free kita akn balas setiap kunjungan dan setiap kunjungan ke sini juga kita nak ucapkan terima kasih! tak datang pun tak pe sbb kita pun tak pergi lagi ke rumah sapa2 :-)

Malam td menyiapkan terjemahan sampai pukul 1 pagi! mata dah lah sgt pedih, ni pun pedih lagi tp kena gagahkan jugak sbb ari ni banyakkkkkkkkkkkkkk sgt kerja yg nak kena selesaikan uuuwaaaaaa...nanges hentak2 kaki** sapalah tu??? wakakakaka...... Sapa2 yg duk area Kuala Lumpur Prof jepun tu akn ke mesia utk buat servey jadinyer kalau ada terserempak dgn Prof jepun yg tgh buat survey itulah kertas yg kita terjemahkan wakakakaka... jgn ada yg pening sudah lah ya! :D

Resepi ni nmpk kat umah KAK CT semalam, dan semalam jugak sblm semua2 berlaku iaitu kena g sepital sbb cikgu suspect ank kita yg kecik tu kena HMFD, jdnyer kena balik awal then ke hospital pastu jumpa prof jepun tu dan bla bla sampai saya ni pun tak mandi lagi wakakaka... adduhhhh byk tul dugaan sejak2 nii..redha jer lah mungkin ada hikmahnyer kan kan sapa tahu kan :-) Buat kak CT n CMG minta izin n halal resepinyer, tenkiuuuu!

MUFFIN PISAG MUDAH (KUKUS/BAKAR)
Source: DAPO KAK CT
Copy:CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/3 camca teh garam halus*
  • 1 camca teh soda bicarbionate (mat letak 3/4 camca teh)*(*disatukan dan diayak)
  • 3 biji pisang emas, dilecek halus
  • 1 camca besar mayonnaise
  • 1 biji telur gred B
  • Beberapa titik esen pisang
  • 1/3 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 3/4 cawan gula halus)
  • 1/3 cawan mentega cair (mat guna minyak canola)

_DSC0891_DSC0890
Bakar dan kukus dua duanyer sedap n gebu! suke sgt benda2 yg berkaitan pisang2 nii :D

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, dalam satu bekas, satukan telur, gula perang dan mayonnaise, kacau rata dengan whisk hingga sebati. Masukkan pisang, minyak canola, esen pisang. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung yang telah diayan bersama bahan2 yang bertanda (*), tadi, gaul pantas hingga sebati, jangan gaul lama2.
  3. Sudukan ke dalam bekas muffin yang telah disediakan terlebih dahulu sebanyak 3/4 penuh. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...
Kalau versi kukus, kukus macam biasa dgn api besar lebih kurang 10 minit bergantung size cup yg digunakan....


Selasa, 14 Jun 2011

Som Tam

_DSC0690
SOM TAM WITH GRILLED PRAWN

Salam Pagi selasa!

Hari ni ada org nak dtg utk ganti filter air, so akn sibuk sikit BUAT2 kemas dapo kita tu lah hihihi.... Lepas tu tgh hari nak kuar nak g carik munga2 pastu nak menggosok :D Esok pulak kena g sekolah tgk budak tahun 4 belajar, pastu dan seterusnyer mcm sibuk jerrr rasanyer :D

Somtam lagi dan lagi mmg dah biasa makan somtam maklomlah dah ada sikit2 bau2 siam kan kan wakakaka... bau siam jerr belum jd darah siam lagi :D Resepi dr sorang kwn thai eh? bukan! dia asal org laos tp dah duduk sini sejak lahir dan suami dia pun mcm kita jugak japanese n kerja dgn com yg sama cuma lain factory jerr :D

Ok lastly terima kasih setiap kunjungan kalau kita tak sempat balas kunjung akn buat balas kunjung petang2 insyaAllah.. Jumpa nanti!! Resepi kita letak sini lagi ya :-)

SOMTAM
Source: ARAH

Bahan2>>

  • 1 gengam penuh betik muda yg dsagat>> kita guna manual jer
  • 1 genggam atau kurang udang kering yg kaler oren, direndam dan toskan
  • 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
  • 3 ulas bwg putih size kecik
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg dsangan
  • Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
  • 5 biji cili padi atau kurang atau lebih
  • 1 biji lime perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera
  • 4 biji ceri tomato
  • 1/2 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok>>yg ni ikut kemanisan nak pedas2 manis atau masin2 terpulang
  • 2 sb kurang atau lebih Sos Ikan
  • Ajinamoto>> org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni..
Bahan sampingan

3 ekor udang di bakar atau lebih.

_DSC0697_DSC0698
Mari belajar bahasa thai :D

Cara2>>

Tumbuk bhn rencah dlm lesung atau lesung somtam seperti bwg putih, udang kering, lada n masukkan bhn cecair perasakan mana yg nak dtambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul2 then baru masukkan bahan2 hiris seperti kacang panjang dan juga tomato, gaul sebati dan perasakan, sedia untuk dihidang!

_DSC0689
antara bhn2nyer :-)

_DSC0686_DSC0685
PAste Sugar yg digunakan ada tanda HALAL gunakan tanpa was2 :D dan hirisan betik dgn lobak merah, santek tak??? :D tuannyer lg santek :P

Isnin, 13 Jun 2011

Kerabu Ikan Tongkol

_DSC0871
KERABU IKAN TONGKOL

Salam bertemu kembali sume :-)

N3 ni sya dah siap2kan awal sblm tgh hari sbb sibuk sgt hari ni nmpknyer hihihi.... Buat Kerabu ni semalam sbb semalam g pasar jumpa ikan tongkol gedabak yg segar! jdnyer tanyer2 si KAKAK IZAH suke mapin tuuuu, ckp ke kak izah asyik kicapppppp jerrr selain kari lah kan, nak buat apa lg dgn tongkol niii, pastu dptlah menu niiii.. memula mcm tak kompiden jerr sbb yer laa! isi ikan dah jd mcm tuna dlm tin pulak! hihihi

Sekali dah rasa! waduhhhhhh!! sedap banget! mkn ni jerr! tak yah makan nasik dah kenyang :D n kita kalau kerabu2 ni mmg suek sgtlah letak kacang panjang, letak tomato hihihi..sedap!!!! pastu tambahkan sos ikan alalalalala.... selamat mencuba!!! :D Resepi asal KAK WATIERMAN MyR dan kita ambik kat umah KAKAK SECUBIT GARAM yg manis lagi ayu tuuu ya tp kakak nor ambik kat umah KAK YANI deco choco tuuu :D, macehhh kakak2 manis sume!!! Mintak halal n izin kembali resepinyer tenkiuuu!!!

KERABU IKAN TONGKOL by Watierman MyR
sumber : Yani Deco Choco
Copy: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • air perahan limau kasturi/ limau nipis
  • sedikit gula ( ni sy tambah)

  • Sedikit Kacang panjang dipotong pendek2>>yg ni kita tambah :D
  • Setgh biji Tomato di potong wedges>>yg ni pun kita tambah
  • Sedikit Sos Ikan>> yg ni pun kita tambah :D



_DSC0873
sedap tergigit gigit isi ikan tongkol tu dgn kacang dgn tomato dgn lada :D

Cara-cara
  • Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
  • lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
  • Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
  • Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah dan cili api
  • Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
  • Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
  • gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi(boleh masukkan sos ikan masa proses ni juga) ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Chocolate Chips Muffin 2

_DSC0717
CHOCOLATE CHIPS MUFFIN 2

Salam kembali di hari isnin! :-)

Alhamdulillah bertemu kembali setelah bermalas malasan semalam niii yerrr :D Kunjungan akn dibalas kemudian maklomlah kena marathon serba serbi :D..

Layan muffin yg dah buat beberapa hari lepas, rasanyer last nmpk kat umah MAMAFAMI, resepi asal oleh MR BREAKFAST, sedap lerr muffin ni! kita suke! budak2 pun suke! menyesal pulak buat stgh adunan sbb tak cukup! nxt time kena buat 1 adunan baru kenyang :D Resepi copy dr umah KAK IZAH atau tokey muffin :D mmg addicted betul kakak sorang ni dgn muffin kan kak izah??? hihihi...

Balas kunjung akan dibuat selepas selesai kerja2 rumah :-) Terima kasih yg dtg berkunjung! sila dtg lagi :D tuan umah nak undur diri dulu ya :-)

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
sources: Mr Breakfast
Copy:KAK IZAH

Chocolate Chip Muffins
(12 servings)

  • 2 cups all-purpose flour
  • 1/3 cup light-brown sugar
  • 1/3 cup sugar
  • 2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2/3 cup milk
  • 1/2 cup butter -- melted and cooled
  • 2 eggs - beaten
  • 1 teaspoon vanilla
  • 1 package (12 oz) chocolate chips
  • 1/2 cup walnuts or pecans -- chopped>>yg ni kita tak masukkan sbb kids tak suke

_DSC0706

Method:
  • Preheat oven to 400 F. and grease up twelve muffin cups.
  • In a large bowl, stir together flour, sugars, baking powder, and salt. In another bowl, stir together milk, eggs, butter, and vanilla until blended. Make a well in center of dry ingredients; add milk mixture and stir just to combine. Stir in chocolate chips and nuts.
  • Spoon batter into muffin cups; bake 15-20 minutes, or until a knife inserted in center of one muffin comes out clean. Remove muffin tin to wire rack; cool 5 minutes and remove from tins to finish cooling.
  • Serve warm.