ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee. Papar semua catatan

Selasa, 11 September 2012

Mee Kicap

_DSC0408
MEE KICAP

Assalamualaikum wbt semua! :-))

Sebelum tu DOA dr sini buat student2 yg menduduki peperiksaan UPSR hari ni, semoga dipermudahkan menjawab soklan2 insyaAllah, :-). Hari ni agak kesibukkan, kena g sekolah uruskan tugas2 sukarelawan pastu kena ambik parcel kat post office.. uuuwaaaaaa..... bdn tgh sakit2 byk pulak urusan hari ni :-( rindu dgn kak q, sunyi betul sejak kak q cuti2 nii huhu...

Yg ni pun n3 yg tersimpan dlm draft, lamaaaaaaaaaaaaa sgt buat ni masa sblm puasa lagi kot hihihi... Komen satu ajerr>>SEDAP!! KEna tgk rupa asal mee ni sbb kita gaul jer semua sekali :D Resepi dr penyumbang yg tak asing lagi kat MyR, CHE`IZA, tenkiu che`iza n minta izin n halal resepinya sharekan kat sini jugak utk rujukan akan datang :-)), terima kasihhhhhh!
Buat semua pengunjung arah dan penghantar komen utk n3 sebelumnya kat bwh tu, terima kasih m(_ _)m InsyaAllah kita buat balas kunjungan bila semua urusan selesai :-)) Salam bertemu kembali insyaAllah...

MEE KICAP
Resepi Asal : CHE`IZA MyR

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 250 gm mee kuning
  • lbh kurang 40-50 gm taugeh
*KUAH*
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 1 sb minyak masak
  • 1cm halia ditumbuk
  • 3 sb kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
  • sedikit lada sulah
  • 1 cwn air
  • garam n sedikit gula kalau perlu......
*SUP*
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bwg putih
  • 3 cwn air
  • 1 sk pati ikan bilis>>tak masukkan sbb yg ni kita buat sup yg biasa gunakan kat resepi yong tau foo
  • fish cake n fish ball
  • sedikit lada sulah n garam


_DSC0412
Makan dgn ayam goreng tepung rangup :D

Cara-cara

  1. Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
  2. Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...
  3. Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... Siap, matikan api.
  4. *UTK SUP*
  5. Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
  6. Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
  7. Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan


_DSC0405

Jumaat, 7 September 2012

Mee Kari

MEE KARI

Salam lebaran sume!! :-))

Selamat Hari Raya!!! Alhamdulillah!! dah selesai tunaikan puasa sunat 6 utk tahun ni :-)) Lepas ni tak tyg beskut lagi tp mungkin akn tayang sbb kita suke ler buat beskut ehehe... seronok buat beskut raya kalau tak raya pun seronok buat tp beskut specis beskut raya jugak yg seronok di buat :D kalau mcm beskut2 hari biasa tu dia punya aura lain tak macam beskut raya tp tu lerr tak larat nak lyn dia punyer mentega atau margerin utk buat2 beskut nii, lepas ni nak bertaubat lerrr tp buat lagi nk jg sgt pemakanan, kesan akn dtg kita tak tahu kan? Skrg ni tak rasa tp bila dah dtg sakit, dia akn ada sakit2 sampingan atau kwn2 atau adik beradik dia yg lain, itu yg takut tuu, doa2 diberikan kesihatan yg baik berpanjangan insyaAllah!

Yg ni menu berbuka semalamnya hari ke 5, mcm manalah nak taubat mcm gini gayanya ehehe... alaaaa.. kalau nk makan tu mesti rasa bersalah tak nak dtg, cubalah sblm makan tu terus rasa bersalah menyelubungi bdn ni kan bagus gerenti tak buat :D ni ler namanya nafsu makan tsk tsk.. Lama sgt tak makan mee kari, kalau nak tgk kita makan mee kari tahun bila tgk n3 kita yg terakhir pasal mee kari, haaaaaa! itu ler hari terakhir kita makan hihihi... Tengok resepi ni jgn ketawa2 tau, sbb itu utk kebaikan bersama ececece.... Buat tuan resepi minta izin kembali resepinya :-)) Terima kasihhh! utk setiap kunjungannya, terima kasih juga, insyaAllah bile free kita buat balas kunjungan :-)) Salam.....

Tips dari empunya recipe:- Ain's Kitchen

1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

MEE KARI III
Sumber :
KAK AYU SG
Resepi Asal : Ain's Kitchen
SINI


Bahan2
  • Satu senduk minyak masak>>yg ni kita kurangkan
  • 10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
  • 10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • Halia>>yg ni kita tambah
  • 2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes-Ayu gunakan 50g serbuk kari daging
  • 1 sudu besar cili blender
  • Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)-Ayu gunakan 3-4 batang daun kari
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang

  • Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)-Ayu gunakan santan kotak aje>>yg ni pun kita gunakan santan kotak
  • Asam Keping>>yg ni kita tambah tp kita gantikan dgn sos tomato
  • 600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
  • 1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-Ayu gunakan kerang
  • 3 biji kentang - potong kecil-kecil>>yg ni kita tak masukkan
  • Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-Ayu gunakan taupok
  • 1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
  • 2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk Perasa (Ajinomoto)
  • ½ kilo sawi>>kita celur asing2

(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:-
  • 1 bungkus Mee kuning (dicelur)
  • 50 sen taugeh (dicelur)
  • 3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
  • 2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
  • Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
  • Cili merah (dimayang halus)
  • Bawang goreng
  • Daun pudina (untuk lebh "ummpph")-Ayu xletak ni>>kita tak letak jugak

Bahan option:
  • Ayam Goreng di racik


_DSC0525
Tbh, kita tak pernah makan mee kari kat kedai2 jadinya mmg tak tahu rasa mee kari sebenar macam mana :)) Buat sendirik baru tahu, ooooo...mcm ni rasa mee kari nod nod.. :D

Cara2:
  • Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
  • Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.
  • Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.
  • Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.

Rabu, 8 Ogos 2012

Mee Sarang Ladna n Pulut Panggang

_DSC0752
MEE SARANG LADNA

Salam ramadhan yg ke 20 sume!

Eeeee.... kejapnyaaaaaa 0_0 dah nak raya dah ya, beskut belum buat yea yea.. tunggu balik mesia ler baru buat, nak buat kat sini nak balik nanti luggage dah penuh jdnyer buat kat mesia ajerr :)) seronok sikit buat kat umah mak sbb ada mak meriah ler sikit kan? kalau tak duk sorang2 buat kukis mcm tak best gituu :D

Menu berbuka semalam, mmg tak leh thn betul bila kak yus tyg mee sarangnya :D masa kuar g antar ank tuition terus siap2 beli bahan2 yg tak cukup :D Mekaseh kak yus! nak tengok versi penuh boleh g umah kak yus :)). Buat semua pengunjung terima kasih dgn kunjungannya :)) Terima kasih kak yus, minta izin n halal resepinya kita letak sini ya :))

MEE SARANG LADNA
Resepi Asal : KAK YUS

Masak bahan kuah dahulu :
  • 2 sb minyak masak
  • 4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
  • 9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
  • 1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • 2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
  • 5 sb kicap cair
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
  • 2 biji putih telur

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya :

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.

_DSC0751_DSC0758
jakun kita ni pestaim tahu mee hoon ni boleh digoreng mcm su`un :D siyesss best :))

untuk kuah kat atas kita guna resepi ladna.

KUAH LADNA
Resepi Asal : ARAH

Bhn2
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam>>kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair>>yg ni kita guna brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Fresh shitake optional
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
  • Bancuhan tepung jagung atau ubi secukupnya utk memekatkan kuah


_DSC0739
PULUT PANGGANG

Kuih berbuka semalam :)) Pulut panggang sbb serunding kita byk lagi :D Resepi senang sahaja, paling best part yg keras2 pulut yg kena bakar atau yg hangus2 tu :D

PULUT PANGGANG
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

Bahan-bahan ( 15 batang )

  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)

_DSC0737-1_DSC0747
letak inti byk2 itu harus :D

Cara-cara

  1. cuci beras pulut dengan air suam
  2. masukkan santan+garam+daun pandan
  3. tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>>yg ni kita kukus mcm biasa
  4. bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  5. ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  6. ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  7. tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  8. gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  9. letak atas api dan balik2kan hingga garing>>yg ni kita bakar
  10. makan masa panas-panas... best!

Jumaat, 4 Mei 2012

Penang Char Kuey Teow

_DSC0168
PENANG CHAR KUEY TEOW

Assalamu`alaikum wbt, salam n selamat pagi sume :-)

Alhamdulillah, n tahniah buat che`iza di atas kelahiran bb girl nya semalam :-) selamat berpantang juga ya. Dan minta izin n halal juga untuk resepi ni, terima kasih!

Buat semua pengunjung yg di kasihi, terima kasih setiap kunjungannya :-) insyaAllah giliran kita pulak blogwalking bila free, tenkiuu! selemat beristirehat sume!


_DSC0157
Sedapp n simple, letak lada jeruk byk2 mmg ler sedapnyer :D

PENANG CHAR KUEY TEOW
Resepi Asal : CHE`IZA

Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
* UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......


_DSC0153
sedap n simple :-)

Khamis, 12 April 2012

Laksa Sarawak

_DSC0308
LAKSA SARAWAK

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi khamis sume! :-)

Semoga semua orang dlm lindunganNya selalu insyaAllah. Susulan gempa bumi yg melanda acheh semalam, ramai yg panik especiallynya org2 mesia sbb mungkin 1st time, sgt kuat jugak lebih kurang 8.7 m, alhamdulillah kita kat sini selamat drpd gempa susulan tu hanya bhgn2 selatan thailand dan malamnya amaran tsunami ditarik balik tapi amaran kiamat tetap berterusan.. Doa dr kejauhan dr kita untuk semua juga moga sentiasa dilindungiNya insyaAllah!

Menu 2 hari lepas? lupa dah ehehe... Lamaaaaaaaa sgt mengidam laksa sarawak ni tp malas nak buat pastenyer ajerr, sbnrnyer takde ssh mana kalau dah siap2kan bhn2nya sume, oleh kerana kita ni emangnya pemalas :D baru lah dpt merasa.. hmmmm... apa yg boleh di komen ya? yg pasti kita suke dgn rasa dia, walau terpaksa menambah berat badan n membuang lemak kembali, kena balance kan, kalau dah mkn mcm ni kena kerja keras sikit masa bersenam :D Yg jadi nak buat sgt2 bila Sabariah yg duk kat dubai tu buat, alahaiiiii... nak mintak jauh sgt, jdnyer dgn malas2 alhamdulillah, jadi dan dpt merasa :-) lepas ni nak terbang negeri mana pulak ya? ehehe...

Untuk resepi, mcm biasa dr Kak Dayangjack, n tenkiu juga buat saba sbb kongsi idea nak buat menu apa, dgn ituuu ecece... minta izin kembali n halal juga utk resepinya serta ideanya, terima kasihh! Dannnnn terima kasih juga dgn setiap kunjungan, insyaAllah kita melawat kembali :-)

LAKSA SARAWAK
Resepi Asal: KAK DAYANG JACK
Sumber : SABA


Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

_DSC0303_DSC0300
Best! letak taugeh byk2 dgn daun ketumbar byk2 sedap :D

Laksa Sarawak (Resepi II)
Bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
SAMBAL UDANG KERING
Bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat

Isnin, 2 April 2012

Mee Rebus

_DSC0040
MEE REBUS

Assala`mualaikum wbt, salam pagi isnin buat sume!! :-)

Minta maaf, semalam tak leh nak buat BW, InsyaAllah hari ni kalau free kita buat BW ya, bdan kita ni sakit2 lah pulak haish!

Layan mee rebus yg kena dgn selera tekak kita :D REsepi dr Kak Fa, tp sumber dr Kak Hana kat MyR, tenkiuuuuu buat kakak2 ku sume, minta izin n halal resepinyer, ;-) Dan terima kasih juga setiap kunjungan :-)

MEE REBUS
Resepi Asal : KAK FA
Sumber : KAK HANA MyR


Bahan-bahan (4 orang)
  • 400g mee kuning - celur n toskan
  • tauhu goreng - goreng n hiris
  • sawi celur dan taugeh
  • lada merah - hiris
  • daun sup/daun bawang - hiris
  • telur rebus
  • limau nipis@ limau kasturi
  • jeruk lada@ cili

UTK KUAH
  • 5 btg atau lebih cili kering
  • segenggam udang geragau - hana tmbh skit udang kering
  • 1/2 biji bawang besar @ 3-5 biji bwg merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 sudu makan sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa
  • 2 biji keledek sederhana - rebus dan blend ngan air rebusan daging@udang.
  • 300g daging - rebus hingga empuk n hiris nipis. air rebusan ketepikan.
  • 5++ ekor udang segar - rebus separuh masak. air udang ketepikan.
  • gula melaka
  • garam n perasa (jika suka)
  • air secukupnyer - jika kuah terlalu pekat

KEROPOK RANGUP

Resepi Asal : CHEF JOE

  • 1 senduk tepung gandum
  • 1 senduk tepung jagung
  • Air Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Udang Kering yg diblender terlebih dahulu>>kita tambah yg ni
Cara2

Satukan semua bahan2 kecuali minyak, dan gorengkan dlm minyak byk mcm goreng jemput2 tu :D


_DSC0033
Suke makan mee rebus dgn keropok tepung dia tuuu, sedappppp!

Cara-cara

  1. bwg besar@bwg merah,bwg putih dan lada kering potong2 kemudian goreng sekejap dengan minyak yg sedikit.angkat.
  2. blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas hingga hancur.
  3. panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau. tumis lagik.
  4. masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. didihkan hingga kuah agak pekat baru kaww! jika terlalu pekat sgt tmbhkan air yer..last sekali baru masukkan udang. tutup api.
  5. hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, sawi,limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, lada merah, jeruk chili/jeruk lada dan curahkan kuah tadi. siap!
  6. SeLaMaT MenCuBe!
_DSC0037

Ahad, 7 Ogos 2011

Menu Iftar ke 6>>Bihun Sup Utara

_DSC0264
BIHUN SUP UTARA

Salam kembali di ramadhan yg ke 7 insyaAllah! :-)

Maaf ya tuan umha pemalas sikit hari nii hihihi.... Ni menu iftar atau berbuka semalam ya, nak mengn3 pagi td tp lepas sahur tertido dekat pukul 6 tersedor solat gitu gini terus mulakan misi menggosok bajuu, finally!!! abis jugak baju2 di gosok ari ni kecuali baju yg td pagi basuhlah kan belum kering lagi hihihi..

Dah lama mengidam nak makan Bihun sup utara ni sebab? sebab kaler meenyer yg kuning ituuuuu dan sambalnyer ituuu tapi semalam duk kelam kabut mmg tak sempat berbuka dgn bihun ni just minum air batalkan pose sebab kita masak main2 lah semalam niii asyik kata nanti lahhh nantilahhh lama2 tgk jam dah kul 5.stgh!!! ambikkk kauu! mcm speedy gonzalessss buat kerja, tungggang langgang! dgn layankan si kakak yg batuk2 tuuu, ninja tu ada tp mak jugak yg di cari kalau budak2 ni kan haish! Sempat buat jemput2 ikan bilis rangup tuk ninja sbb kuih lompat tikam tu mana dia makan haish! payah kalau duk serumah dgn org jakun ni wakakaka... Ok Resepi ambik kat umah KAK MADIHA maceh kak madiha cayang!!! MAK AYU pun dah buat jugak, mmg mabelessss!!!! kita makan bukan aja dgn sambal malah dgn lada jeruk sekali kita letak, tp duk kelam kabut semalam niii sume lupa nak ambik gmbr tang sambal tuuu :D Ok ok ni pun tak masak lagi, mintak izin resepinyer macehhhh!!!

BIHUN SUP UTARA
Resepi Asal : KAK MALIDA
Sumber: KAK MADIHA

Bahan2 utk sup
  • Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)>>yg ni kita tumis
  • Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar ~ MaDiHaA guna kasar2 mcm tu jer sbb takde grinder yg sesuai)>>yg ni pulak guna blend kering tuk blend rempah nii :D
  • 2 ~ 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 s/b ketumbar
  • ½ s/b jintan manis
  • ½ s/b lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • ½ s/b lada putih
  • (sukatan tu aku main agak2 jer)

Bahan Kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia - dititik atau kisar (dulu MaDiHaA titik tp kali ni dikisar sbb gearbox tu byk lomak)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
  • 1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
  • 1/2 kg tulang
  • 1/2 kg perut (jika suka) ~ MaDiHaA tak letak tapi masuk tulang lebih>>Yg ni tak letak :D
  • air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
  • garam & serbuk perasa
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • Tauge n sayur celur>>itu kita tambah hihihi.... dah terbiasa mkn sup mesti ada taugeh :D

_DSC0263
Memang sedappppp!!! i loikeeee!!!

Cara2 Membuatnya~ MaDiHaA tak tumis.. daging & tulang tu dah cukup berlemak dah..

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit (MaDiHaA tak tutup pun periuk... biar gitu jer.. hehe) Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )

Menyediakan Bihun
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.

Bahan Tabur/ Tambahan Lain
Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap)
Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri )
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili

_DSC0262

RESEPI SAMBAL CILI
½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.

Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya

Khamis, 4 Ogos 2011

Mee Kari Resepi 4

_DSC0110
MEE KARI KAK NOR STYLE

Salam ramdhan yg ke 4 sume!!

Alhamdulillah selamat menunaikan puasa yg ke 3 semalam niiii, kekenyangan hihihi.... Ni pagi2 lagi nii baru abis sahur jap g ada hal sikit sampai ke tgh hari kiranyer hari ni super bz lah yerr :D
Rasanyer lamaaaaaa sgt tak buat mee kari niii, kita suke sbb menu2 mcm ni sgtlah simple dan yg paling best ada kerang, daaannnnnnnn yg paling suke sekali kerang2 tu sume kita yg makan wakakakaka.... ninja tu tak makan kerang, kena nyorokkan serang tu jgn bgtahu dia dlm tu ada kerang sbb pantang dia mkn benda2 berkulit ni kalau kat thai sbb dia takut keracunan! hihihi... sib baik dia makan tak ape2 kira selamat lah kan kerang tuu tak tercemar :D

Menu ke 3 ramadhan, MEE KARI style kakak secubit garam, senang n sedapppp!!! Dan alhamdulillah jugak sejak puasa pertama samapi skrg masak tak de yg terkurang tang masinnyer tuuu sume secukup rasa, berkat hasil tgn org yg berpua sa ye taK? :D Kak Nor! mintak izin n halal resepinyer kembali!!! Mekasehhhhh!!!!

MEE KARI K.Nor Style
Resepi Asal: KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan2:
  • isi ayam, udang, isi kerang
  • fish/chicken ball
  • 4 - 5 sudu cili mesin
  • 5 - 6 sudu besar rempah kari
  • 5 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar kicap
  • 4 liter air
  • 1 - 1 1/2 cawan santan pekat
  • air asam jawa>>Yg ni kita tak masukkan gantikan dgn sos tomato
  • 1 kiub pati ayam
  • sawi
  • garam secukupnya
  • 1/2 sudu besar gula
  • minyak

bahan dikisar:
  • 3 bj bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1in halia

bahan sampingan:
  • mee kuning secukupnya
  • telur rebus
  • tauhu ~ digoreng dan dipotong
  • taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
  • daun saderi ~ dihiris
  • bawang goreng ~ jika suka
  • cili merah/cili padi ~ dihiris
  • limau kasturi/nipis

_DSC0121
TAugeh kita tak celur suke mkn mentah2 gituuuu :D

Cara2:
  • Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
  • Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
  • Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
  • Masak seketika.
  • Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan daun kari dan kicap.
  • Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
  • Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
  • Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.
  • Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
  • Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
  • Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
  • Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
  • Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
  • Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
  • Padamkan api.
  • Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
  • Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)

* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)

_DSC0116

Khamis, 11 November 2010

Mee Hoon Goreng Kunyit

_DSC0828
MEE HOON GORENG KUNYIT

Salam kembali sume!!! :D

Hari ni makan lambat sbb merangkap diner sbb malas! ahahahaha...... oh oh oh sya byk abiskan masa menonton drama ajer ari ni, drama apa???? rahsiaaaa!! wakakakaka..... since dah malas tu kannnn, meh kita masak menu simple2 jerrrr! tgk drama sambil bergosip, gosip apa? tak de kene mengena dgn sume org :D

Resepi ni kepunyaan KAK MADIHA n org kedua yg buat mee ni MAK AYUUU SG yg sibuk jalan sana sini shopping sana sini katanyer nak distressss hihihi..... yer yer yer mmg betul kata kak ayu sgt sedap! sgt setuju! asyik2 ayam goreng kunyit nasik kunyit bla bla kunyit kali ni kita cuba mee hoon sbb kita ni pun mmg antu mee hoon buat lah apa jer dgn cik manis mee hoon pastinyer dgn muka tidak malunyer tidak akn menolak, ni bukan alasan org kuat makan taww! wakakakakaka...... da da, jom tgk resepi.. KAK MADIHA n KAK AYU mintak ijin n halal resepinyer!!! mekaseeehhhhhh!!!!! lappppp uuuu both!!! :-) lepas ni nak gosokkkkkkk :D sbb skrg tak leh miss tgk AMAZING RACE ASIA kahkahkahkah.......

MEE HOON GORENG KUNYIT

Bahan2
kita buat stgh dr resepi kat bwh n buat ikut apa yg ada dlm sebok ya :D tu pasal semak samun :D

  • 1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
  • 1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) -(Ayu gunakan semua)>>kita pun nak sibuk jugak guna sume :D
  • 2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal>>tak de stok!
  • 2 biji telur
  • 1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)>>guna kobis n kuncu2nyer
  • 1 ketul brokoli -potong floret>>tak masukkan
  • 2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
  • 6 ulas bwg merah - hiris
  • 3 ulas bwg putih - hiris/ketuk
  • 1 s/ kunyit serbuk -(Ayu bubuh 1 sudu besar)>>kurang sikit dr kak ayu
  • 1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)-(Ayu gunakan 1 kiub ayam)
  • garam & perasa
  • minyak utk menumis
  • 1 s/k lada sulah (jika suka)
  • 2 cawan air-(Ayu gunakan 1 cawan aje)>> masuk sikit jerrr buat basah2


_DSC0824_DSC0823
jemput makan jemput minummmm milo aissss taburrrrr :D ni KAK FMINA punyer pasal huh! dah terjangkit pong! sib baik tak de pisang goreng :D

Cara2


Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah hingga wangi.
Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna. Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.
Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2. Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata. Masukkan semua sayuran & air sebentar. Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau. PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.) Sedia untuk dihidangkan Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar.

Sources:-From mamawandiha.blogspot.com

Jumaat, 29 Oktober 2010

Mee Racun

_DSC0658
MEE RACUN

Salam kembali sume!!!

Jeng jeng jeng jeng!!!!! wakakakaka... tuan umah ilang akal sbnrnyer skrg niii maklomlah esok dah bz dan bz dan bz gonna misssssss u alllllll!!!! cewahhhh! sapalah yg nak rindu2 kat kita yg kdg terbalik kdg tegak ni ye tak? hihihi.... Minggu depan n sunday ada sport day kat school abg jdnyer minggu depan hari untuk peningkan kepala nak buat bekal apa tuk hari ahad depan ni ya BUKAN ahad ni :D ahad ni nak kena tgk perlawanan bolasepak ank bujang sorang tu lerrrrr, pemain terbaik taww! wakakakaka... nak gelak guling2 bila dia dpt pialaaaaa besorrr n tingggii bersama gold medal :D da da, balik citer menu kat atas ni ya :D

MEE RACUN by CHE`IZA yg dah mulakan mengASAPkan dapurnyerrrrr.. sedapppp!!! nak kata rasa mcm mee bandung jauh sekali tapi dia ada iras2 TAPI bukan haih! g buat sendirik baru tau! wakakakaka.... jap g nak kena turun bwh tak leh lama2 :D Resepi mintak izin n halal ya che`iza, macehhhhhh!!! lapppp uuuu!!!! Happy weekend sumeee!!!! :-)

MEE RACUN

Bahan-bahan
  • 600 g mee kuning>>yg ni guna mee cintan segera sbb mee kuning tak de! :D
  • 1/2 kg tulang kambing>>yg ni pulak guna tulang moooooooo moooooo
  • 1/2 inci hali ditumbuk
  • beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker
  • 3-4 biji bawang merah dikisar
  • 2-3 ulas bawang putih dikisar
  • 4 sb lada boh
  • 5 sb sos tomato
  • 4 sb sos cili
  • 1 sb gula
  • 1 kiub ayam>>Gantikan kiub lembu :D
  • 2 kelopak kobis ( nak letak sawi pun boleh)
  • sebiji tomato (dipotong baji)
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah


_DSC0661
Memang betul betul BERACUN!!! jemput makan!! kuah byk lagi tuuuu lmbt mmg abess! :D


Cara-cara
  1. Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
  2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan n naik bau.
  3. Masukkan lada boh, tumis hingga garing.
  4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato n sos cili biar mendidih
  5. Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam n serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis n tomato.
  6. Masukkan mee.. Tapi den celur jer mee... Kuah tuang kemudian...
  7. Boleh letak telur kalu suker.... Den tak letak... dah byk dah kalori.... heheheh...
  8. Sedia di hidang... Taburkan daun bawang n bawang goreng..

Khamis, 23 September 2010

Taiwanese Beff Noodle

DSC_0234
TAIWANESE BEEF NOODLE

Salam kembali!! :D

Burrrpppp...alhamdulillah udah kekenyangan makan mee kat atas niii :D hihahihahihahiha mkn mee ni maklomlah ikut betul2 dia punyer sukatan lada malah ditambah tambah dgn kita lagi nak kasi kick! rupanyer terus terkick diri sendiri wakakaka... sedappppp loooooo! walaupun tak de mee khas dia saya main belasah guna mee udon wakakakaka... :D Betul niiii sedap sgt mee ni! Sapa2 yg antu2 SPICY tu boleh cuba, n lagi satu kita sukeee dgn daikon aka lobak putihhh iteeewwwwww sedappp sgt rasa dia, haish! tak tahu nk ckp macam mana, kena buat sendirik baru tahu :D

Resepi asal dr dapur KHUN TUMMY again!!! thanks tummy!!! leh g kat 3 HUNGRY TUMMIES untuk tgk step by step dia :D tak susah sbb bhn2nyer pun senang untuk alcohol tu skip jerr ganti air biasa, sodap ajerrrr! Neway tummy, mcm biasa copy and paste ur recipe here! tenkiuuuuu!!! Kalau i rajin i selitkan bahasa melayunyer tp nanti2 lah! nak merehatkan bdn :D

TAIWANESE BEEF NODDLE

serves 4 generously
you'll need; >> buat suku portion drpd resepi asal

  • 1 kg of stewing/gravy beef, cut into chunks>> 1kg daging batang pinang potong dadu
  • 1 medium size Chinese radish/daikon, cut into chunks>>1 btg daikon aka lobak putih di dadu
  • 1 large carrot (optional), cut into chunks>> 1 btg Lobak merah, di dadu>>yg ni tak masukkan
  • 2 packets of Shanghai noodles*>> 2 packet Mee shanghai>>ganti dgn udon atau apa2 mee pon ok kita ganti udon :D
  • pickled mustard greens (酸菜), sliced>>Sayur jeruk>> yg ni tak masukkan ganti dgn sawi n taugeh
  • chopped spring onions>>Sedikit daun bwg di hiris
  • 5 garlic cloves, chopped>> 5 ulas bawang putih di cincang
  • 5 tbs of hot bean paste (辣辨醬)>> 5 sb tauchu pedas klu tak de guna yg biasa ok tp lebihkan kuantiti cili flakes
  • 2 tbs of dried chili flakes (optional)>>tambahan, serbuk lada kering
  • 1 cassia bark or 1/2 a stick of cinnamon stick>> 1/2 btg kayu manis
  • 2 star anise>> 2 kelopak star anise dlm bahse melayu tak tahu :P yg bintang2 tuu
  • 1/4 cup of soy>>1/4 cwn kicap cair
  • 1/4 cup of dark soy>>1/4 cwn kicap pekat atau kurang
  • 2 tbs of sugar>> 2 sb gula
  • 2.5 L of homemade or low sodium chicken stock+xtra water>>2.5 liter home made stok ayam atau guna 1kiub stgh campur dgn air panas dan kita campur dgn air rebusan daging
  • salt and pepper to taste>>garam dan serbuk lada putih sedikit
  • *dried wheat noodles can be used

DSC_0237
terlebih kicap sudah ahahaha.... tu yg ireng semacam kuahnyer :D

Method:-

  • Blanch beef to remove impurities then rinse with cold water.>>Celur daging yg di hiris dadu td dlm air panas dan basuh kembali dgn air sejuk>> yg ni kita rebus terus dan air rebusan simpan.
  • Saute chopped garlic, hot bean paste and chili flakes if using with 4 tbs of cooking oil for a few minutes. Add in the cassia bark and star anise.>>Panaskan 4sb minyak dlm periuk, masukkan cincangan bawang putih, tauchu pedas dan serbuk lada bersama, tumis sehingga naik bau masukkan juga star anise dgn kayu manis.
  • Return the blanched beef to the pot and fry the meat in the fragrant sauce for a minute or two.>>Masukkan daging yg telah di celur tadi kedalam periuk tumisan tadi dan kacau sehingga sebati beberapa minit.
  • Next add stock and the rest of the seasonings and simmer for 1.5 to 2 hours or til the beef is very tender. half way thru the cooking add in the daikon chunks. Check for seasonings.>>Masukkan stok ayam + air rebusan daging serta sos td ke dalam periuk dan rebus sehingga daging betul2 empuk lebih kurang 1jam stgh atau 2 jam dgn api sederhana besar, kemudian masukkan lobak merah dan putih yg di dadu tadi ke dalam periuk dan boleh perasakan, tambah apa2 perasa jika kurang.
  • Cook noodles according to the packaging.>>MAsak mee shanghai td mengikut arahan yg tertera di bungkusan mee tadi dan toskan.
  • Pour hot broth together with some beef and daikon over the noodles, add some pickles mustard greens and chopped spring onions. Perfect for our chilly spring nights!>>thai panas! :D>> Tuangkan kuah td ke dalam mangkuk yg telah di letakkan mee serta sayur jeruk tadi, tabur dgn daun bawang(kita gantikan sawi yg di celur n taugeh) dan siap sedia untuk di hidang! :-) selamat mencuba!

Khamis, 16 September 2010

Curry Laksa Tummy

DSC_0164
CURRY LAKSA

Salam lebaran semuanyer!! :D

Alhamdulillah, yg kecik dah tak demam batuk2 jer yg tinggal, mekaseh buat yg mendoakannyer. Ni menu berbuka semalam, senangggggg sgt nak buatnyer, sedap pun ya jugak n lagi satu nama jer curry laksa tp tak de serbuk kari ke atau perasa2 kari, dia lebih kurang mcm thai curry kalau tak silap tp tak guna serbuk kari pun ehehe... Resepi asal kat umah 3 HUNGRY TUMMIES, thanks again tummy! lagi satu resepi yg sedap ;-), neway, copy and paste ur recipe here, thanks for sharing! Leh g umah MAKCIK MANGGIS yg ayu jugak tuk resepi ni :-) kita cnp dr umah kak cm :D

Mulai minggu depan kita akn sibuk packing2 brg lagi jdnyer minggu ni last lah kot nak lepak2 kat sini pastu mmg sibuk terus lah dgn urusan sekolah lagi :D.. ok, hv a nice day everyone!!! hari ni ada appointment dgn cik abg tepon n tenet semalam urusan tuk television berbayar dah settle, alhamdulillah semuanyer berjalan lancar :-)

CURRY LAKSA

you'll need; >>kita buat suku portion jer :D
  • 1 packet of Hokkien noodles>>guna spaghtthi jer!
  • 1 packet of rice vermicelli, soaked in warm water for 10 minutes and drained
  • bean sprouts
  • 1/2 kg of prawns, cooked, peeled and halved lengthwise
  • 2 chicken breasts, poached and hand shredded
  • 1/2 block of fish cake, sliced
  • 3 hard boiled eggs, peeled and halved
  • a handful of green beans, cut into manageable pieces and blanched
  • 1 red chili, sliced
  • a handful of picked mint
  • a handful of picked vietnamese mint
  • lime wedges
  • cooking oil


DSC_0163

for the laksa broth;

  • 5 cm piece of turmeric or 1 tbs of turmeric powder
  • 5 cm knob of galangal, chopped
  • 250 g of shallots, chopped
  • 10 garlic cloves, chopped
  • 20 dried chillies, removed seeds and soaked in hot water for 20 minutes(guna 3 tangkai cili kering je)
  • 6 red chillies, chopped(tak bubuh)>>xtra byk2 :D kasi pedas
  • 6 candlenuts
  • 1 tsp rempah kari(tambah sendiri)resepi asal tak bubuh.>>yg ni kita ikut resepi asal
  • 50 g of dried shrimps
  • 2 tbs of shrimp paste, toasted
  • 1 tbs coriander powder
  • 1 lemongrass, white part only, chopped
  • 1.5 L of water
  • 400 ml of coconut milk
  • salt to taste

* blend everything except the last 3 items into a fine paste
For the chicken and prawn stock - bring water and a pinch of salt to a boil before adding the chicken breasts. Turn the heat up and when the water returns to a simmer turn off the heat, cover and let the chicken steep in the hot water for 20 minutes. Do not attempt to open the cover before the time is up. Remove chicken and return the water to a boil, add prawns and cook for 5 minutes then remove the cooked prawns. Peel prawns and return the prawn shells and heads to the cooking liquor, simmer for 10 minutes and remove solids.

Cara-cara untukbuat kuah kari:
  • Tumis bahan-bahan yang di blend hingga naik baunya .
  • Masukkan air rebusan ayam & udang.
  • Masukkan santan-cm guna susu cair
  • Kemudian masukkan garam,gula dan 1 biji buah tomato.
  • Rasakan masin,manis dan masamnya.
  • Celur mee kuning.
  • Hidangkan bersama telur rebus,hirisan fish cake,udang,daun kesom dan daun pudina serta tauge
  • Curahkan kuah kari..hmmm yum yum

Rabu, 1 September 2010

Pelangi Senja n Mee Kari

DSC_0016
PELANGI SENJA ^_*v

Salam ramadhan kembali buat semua ;-),

Nmpk pelangi ni lg 20minit nak berbuka sbb kita nyer dining table ni ngadap ke luar jdnyer kalau ddk mmg leh nmpk luar, lepas siap kemas sume baru nak duduk nmpk pelangi yg cantek ni subhanaAllah! semua ciptaaNYA mmg tiada tandingannya, tersgt cantik! Cuaca pun mmg cantek dah senja matahari dah nak terbenam n baru lepas hujan pulak tu terasa syahdu jerr tp yg kat bwh ni kat tgkt 6 tu lah memekak jerrr tak leh nak feeling2 dgn kebesaranNya haih! Masa main2 dia org ni maghrib2 biasanyer mmg riuh kat tingkat 6 ni riuh tak kena masa huh!

Menu berbuka semalam MEE KARI resepi III, ambik dr umah KAK AYU SG dan resepi asal dr AIN'S KITCHEN, kalau tgk resepinyer mmg penuh dgn segala tips bagus tuk budak2 yg baru nak belajar masak2 mcm kita ni tp kelakar pun ada masa baca resepi tu hihihi.... Mcm biasa mintak izin n halal juga resepinyer, mekaseh sume!!! Resepi copypaste dr umah KAK AYU SG cayang bucuk :D kali ni nak kim salam sapa ya? :D

DSC_0005
MEE KARI
resepi III

MEE KARI III

Tips dari empunya recipe:- Ain's Kitchen

1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

Ingrdedients:-
Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes-Ayu gunakan 50g serbuk kari daging
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)-Ayu gunakan 3-4 batang daun kari
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)-Ayu gunakan santan kotak aje
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-Ayu gunakan kerang
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-Ayu gunakan taupok
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi

(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:-
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")-Ayu xletak ni

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Directions:
Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.


DSC_0009
Mee kari yg penuh dgn umat :D


DSC_0001
LYCHEE SMOOTHIE

Lama sudah tak tyg air ya :D alaaaa..buat air biasa2 jer lg best minum air kosong taww! tp semalam tu teringin pulak nak minum mcm ni, resepi dah dulang ulang ulang lagi jdnyer kalau nak resepi leh g kat SINI n3 sebelumnyer n resepi asal dr SIS LOVE2COOK, thanks sis! :-)

Selasa, 31 Ogos 2010

Laksa n SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!!

DSC_0016
LAKSA

SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA WARGANEGARA MESIA!!! :-)

Kita di sini tumpang gembira, n tah niah buat mesia sekali lagi kerana dpt meyambut hari kemerrdekaan ni dbulan ramadhan semoga negaraku yg tercinta itu aman damai.. cuma sstgh manusia ajer yg tak merdeka lagi, sedih dgr berita buang bayi hampir tiap2 hari, semalam ada satu kes sangkut kat signboard beri laluan, aduhhhh, comel sungguh! sib baik umur bayi panjang, semoga DIA memudahkan perjalanan hidup bayi yg teranaiya tu insyaAllah..

Berbalik pd menu semalam, sbnrnyer sgt2lah tak de mood :-( bukan kerana raya atau apa2 atau gitu2 kita lencong lah ya, LAKSA resepi dr MAK KAK YAU SG, mmg super sedap! i likeeee! lebih kurang laksa johor tp cara yg ni lagi senang n sukelah rasa kuah dia! pekat dia mmg best! Kak ayu mkn dgn sambal tumis tp kita ni malas pulak nak menumis tp kalau menumbuk tu kita nak, jdnyer mkn dgn sambal belacan dah cukup menyedapkan! Macehhh mak kak ayu n KAK AYU!!! Mintak izin n halal reseinyer kak :-) cayanggggg mak akak! jan lupa mintakkan otograp! hihihi.. org2 oberC mmg dah biasa mkn laksa guna spaghethhi malah kita lg suka guna spaghethhi, selain tu leh gantikan dgn UDON tp kureng sikitlah :D

LAKSA

Ingredients:-
  • 1 kg laksa boiled and drained leave to cool-(1 packet spaghetti boiled w/ some salt & some oil)
  • 4 horse mackerel (ikan selar besar) boiled and take the meat, don't throw the balanced water
  • 3 tbsp kerisik
  • 400ml coconut milk (2packets)
  • *5 garlics
  • *2 inches ginger
  • *2 big onions
  • 1-2 dried tamarind sliced(asam keping)
  • 1 tbsp blended chili
  • 2 lemongrass crushed
  • 1 inch galangal crushed
  • 2 tbsp fish curry powder
  • water to estimate

  • 3 pieces fishcake sliced
  • 4-5 taupok sliced
  • 10-20 quail's eggs, boiled>>Ganti telur ayam jer sbb tk makan telur keck tu :D
  • 500g cockles boiled (optional)>>Gantik udang 2 ekor :D

  • Garnishing:-
  • blanced bean sprout
  • cucumber sliced thinly
  • laksa leaves sliced(daun kesum)
  • lime
  • big onion sliced thinly
  • sambal tumis

Method:-
Scrap boiled fish meat and throw away bones. Blend fish meat in blender with the balance fish water. Heat oil and saute all the blended ingredients*cili boh, curry powder, lemon grass and galangal stir well. Add in the blended fish and put in the coconut milk, water. Leave it to boil and add in dried tamarind, sugar, kerisik and salt to taste.Stir well, Add in fish cakes, taupok, quails eggs and cockles. If to thick add some more water. Leave to boil.
When ready, scoop laksa and laksa gravy top with garnishing. Serve hot.


DSC_0017
Baru tersedar lupa letak timun :D

Ahad, 29 Ogos 2010

Mee Hoon Kueh (Hand Made noddle)

DSC_1091
MEE HOON KUEH

Salam ramadhan kembali buat semua :-),

Resepi ni mmg kena cuba sbb dia punyer soup base dia tersgt sedap! n dia punyer hand made kueh tu pun for sure bersih n halal n sedap! Promote ni ahahaha.... tp tekak jawa ni mkn dgn sambal kicap wakakaka... super sedap taww! :D Resepi setelah ternmpk kat rumah 3 HUNGRY TUMMIES n resepi asal AMY COOKING CRAVE thanks both of u! Neway i copy paste resepinyer d sini pula ya :-).. Thanks!

Biasanyer 1st attemp kalau kita yg buat mmg selalu ada kejadiaannyer drpd sebaliknyer huh! untuk adunan doh tu dah ok tp kita terlupa pulak nak tabur tepung lepas dah bentuk n flat kan dia, dah separuh baru sedar tapi dah terlambat, abis sume melekat! uuuwaaaaaa..... penat tawwwww keja menipiskan dia, n last2 main cubit2 n tarik2 dia jerr :D Kalau rajin leh lenyek dgn rolling pin n cetak jer lah dgn apa2 ya atau leh guna mesin n gunting2 ajer :-) ikut kretiviti masing2 yg lain2 tak ssh nak buatnyer, tp sup ikan bilis tu mmg best! da da tgk resepi pulak tak ssh mana pun :D Resepi kat bwh dah di ubah suai mengikut kefahaman kita sendirik :D resepi asal leh klik kat nama tuan resepi kat atas tadi :-).

MEE HOON KUEH

Bahan2 untuk doh:

  • 250g Tepung Gandum
  • 1 biji Telur
  • 100 ml Air
  • 1 sb Minyak>>kita guna minyak jagung
  • Sedikit garam

Cara2

Satukan air, garam, telur yg dikocok terlebih dahulu dan minyak sampai semuanyer sebati. Di dalam mangkuk yg berisi tepung, tuang bancuhan cecair tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, uli lebih kurang dlm 5 minit sehingga doh tadi bila di tekan dgn jari dia akn ternaik kembali dgn sendirinyer. Bentukkan bulat doh tadi dan tutup dgn cling film lebih kurang 1 jam. Ketepikan. Sediakan bhn2 untuk sup.

Cara ke 2 menggunakan Breadmaker:

Masukkan semua bhn cecair dan di ikuti tepung. Setting kan dlm masa 30 minit masa menguli. Setelah selasai kuarkan doh masukkan dlm mangkuk dan tutup dgn cling film lebih kurang 1 jam. Ketepikan. Sediakan bhn2 untuk sup.



DSC_1094


SUP IKAN BILIS

Bahan2

  • 200 gm Ikan bilis yg dgoreng terlebih dahulu
  • 1 tbs Tong Choy>> yg ni tak tahu jdnyer kita tak masukkan :D
  • Sepokok Chinese Spinach>>Kita guna sawi
  • 1.5 liter air
  • 6-8 Keping Cendawan Shiitake kering, rendam dlm air
  • 2 ulas Bawang Putih
  • Daging ayam yg telah di potong kecik2 dan perap dgn sedikit kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, garam dan sedikit lada sulah.

Bhn2 Taburan

  • Hirisan daun bawang
  • 100 g ikan bilis goreng drpd 200 g yg dgunakan untuk dbuat sup tadi
  • Sedikit Bawang Goreng
  • Daun Ketumbar
Cara2

Di dalam periuk, didihkan 1.5 liter air dan masukkan 100 gm ikan bilis yg digoreng tadi(100 g lagi dsimpan untuk bhn taburan) dan tong choy jika ada. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yg berasingan dan tumis bawang putih dan hirisan cendawan yg direndam td dan hirisan daging ayam yg telah diperap td sehingga naik bau dan masukkan ke dlm periuk yg berisi air tadi. Biarkan mendidih sebentar beberapa minit.

Ambil doh yg telah diperap tadi, dgn menggunakan rolling pin lenyek doh tadi beberapa kali selepas itu bolehlah cubitkan sedikit doh ikut saiz kesukaan masing2 dan tarik2 kan doh yg kecik tadi sehingga nipis atau boleh menggunakan rolling pin dan nipiskan doh yg telah di bahagikan kepada doh yg kecik atau pun boleh menggunakan cetak(yg ni kita yg buat :D) buat sehingga habis, jika doh terlalu lembik boleh taburkan dgn tepung sehingga senang di nipiskan.

Masukkan doh yg telah di koyakkan atau dcetak td kedalam mangkuk yg berisi sup tadi. Ulang proses ini sehingga doh habis. Apabila doh yg dimasukkan td sudah masak masukkan sayur dan seasonkan dgn sedikit serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Masukkan dlm mangkuk dan taburkan dgn bhn2 taburan yg telah disediakan td dan bolehlah di hidang!

>>p/s kita mkn dgn sambal kicap hihihi