Rabu, 8 Ogos 2012

Mee Sarang Ladna n Pulut Panggang

_DSC0752
MEE SARANG LADNA

Salam ramadhan yg ke 20 sume!

Eeeee.... kejapnyaaaaaa 0_0 dah nak raya dah ya, beskut belum buat yea yea.. tunggu balik mesia ler baru buat, nak buat kat sini nak balik nanti luggage dah penuh jdnyer buat kat mesia ajerr :)) seronok sikit buat kat umah mak sbb ada mak meriah ler sikit kan? kalau tak duk sorang2 buat kukis mcm tak best gituu :D

Menu berbuka semalam, mmg tak leh thn betul bila kak yus tyg mee sarangnya :D masa kuar g antar ank tuition terus siap2 beli bahan2 yg tak cukup :D Mekaseh kak yus! nak tengok versi penuh boleh g umah kak yus :)). Buat semua pengunjung terima kasih dgn kunjungannya :)) Terima kasih kak yus, minta izin n halal resepinya kita letak sini ya :))

MEE SARANG LADNA
Resepi Asal : KAK YUS

Masak bahan kuah dahulu :
  • 2 sb minyak masak
  • 4 - 5 ulas bawang putih diketuk dan ditumbuk kasar
  • 9 - 12 ekor udang sederhana besar dibersihkan
  • 1 - 2 ekor sotong dibersihkan dan dihiris sederhana nipis
  • 2 keping fish cake dihiris sederhana nipis
  • 1/2 sb serbuk pati ayam/ ikan bilis
  • 5 sb kicap cair
  • 1/2 sk serbuk lada sulah
  • 1 ikat sayur sawi (bersihkan dan siang, asingkan batang dan daun)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan air masak + 2 sb tepung jagung, dikacau rata
  • 2 biji putih telur

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Kacau sekejap sehingga udang dan sotong hampir masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam/ ikan bilis dan kicap cair. Kacau sekejap dan masukkan 4 1/2 cawan air dan serbuk lada sulah.
4. Masukkan pula batang sawi yang telah dikerat-kerat. Masak sehingga mendidih.
5. Apabila mendidih, masukkan pula daun sawi dan sayur-sayur yang lain jika ada. Biar 3 -4 minit kemudian masukkan campuran air tepung jagung. Kecilkan api, kacau sehingga kuah pekat dan mendidih.
6. Tutup api dan masukkan putih telur, kacau membulat.

Sementara tungguh kuah mendidih, sediakan sarang daripada bihun.

Bahan Sarang :

Sebungkus Bihun (gunakan yang dibungkus bersih & ditanggung halal, mahal sikit tak apa sebab kita nak goreng terus ia dalam minyak tanpa dibilas air, kalau bilas susah nak jadi sarangnya)
2 cawan minyak masak

Caranya :

Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Sederhanakan api dan masukkan segumpal bihun (leraikan segumpal- segumpal) ke dalam minyak dan goreng cepat-cepat sehingga kembang keseluruhan bihun. Angkat dan masukkan dalam pinggan. Teruskan menggoreng gumpalan bihun yang lain. Tuangkan kuah ke atas sarang ketika menghidang dan nikmati bersama cili hijau jeruk.

_DSC0751_DSC0758
jakun kita ni pestaim tahu mee hoon ni boleh digoreng mcm su`un :D siyesss best :))

untuk kuah kat atas kita guna resepi ladna.

KUAH LADNA
Resepi Asal : ARAH

Bhn2
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1/2 sk Halia yg di cincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam>>kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla
  • 3 sb Sos Tiram
  • 1 sb kicap cair>>yg ni kita guna brand thai yg biasa digunakan utk buat ladna
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sk lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Fresh shitake optional
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun
  • Minyak utk menumis
  • Bancuhan tepung jagung atau ubi secukupnya utk memekatkan kuah


_DSC0739
PULUT PANGGANG

Kuih berbuka semalam :)) Pulut panggang sbb serunding kita byk lagi :D Resepi senang sahaja, paling best part yg keras2 pulut yg kena bakar atau yg hangus2 tu :D

PULUT PANGGANG
Resepi Asal : KAK UMIE E MyR

Bahan-bahan ( 15 batang )

  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • garam secukup masin
  • serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkok)
  • beberapa helai daun pandan
  • daun pisang secukupnya ( dalam 4 keping lebar pelepah pisang)

_DSC0737-1_DSC0747
letak inti byk2 itu harus :D

Cara-cara

  1. cuci beras pulut dengan air suam
  2. masukkan santan+garam+daun pandan
  3. tutup dan masukkan dalam microwave - tekan kat 'rice' atau set sekitar 15mins (kacau setiap 5 mins supaya pulut masak rata)>>yg ni kita kukus mcm biasa
  4. bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudia potong panjang 10inci dan lebar 5inci. Setelah itu ambil sehelai dan sapukan sedikit margerin di atasnya
  5. ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang
  6. ambil 1-2 sudu makan serunding daging dang letak di tengah2 pulut tadi
  7. tutup inti serunding daging dengan temukan kedua2 hujung pulut supaya tertutup
  8. gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya
  9. letak atas api dan balik2kan hingga garing>>yg ni kita bakar
  10. makan masa panas-panas... best!

12 ulasan:

quinnie berkata...

ika...wahhhh dah cuba ek mee sarang ni..kita pun jakun gak masa sari tunjuk resepi ni hari tu..hahahaha....tak sangka bihun leh goreng gitu je...kekekek

ika buat biskut kat sini syok juga sambil2 dengar lagu raya....bunyi mercun..kekekek..eh tapi thn ni tak dek bunyi mercun sgt le...ke belum lagi depa ni..hehehhe...

eh tadi baca pasal TOP kena check dgn airport guard kat koya kot..eee jelesnya...sabo je la tengok guard pompuan tu sentuh2 my oppa..huwaaaaa.....tetiba nak jadik guard kat airport boleh? ahhahahahaha

apa lagi nak citer ek..hahahahha...aduiii ...baru habis buat biskut ni...tart...esok pun tart lagi kot..hahahahha...adussss bila nak habis nih..kekekek

Mas Sani berkata...

assalamualaikum dan slmt pagi....
Waduh2 mee sarang ladna tu byk betul kekawanya dlm tu...kemain seronok mata akk nengok hah sampai tekak pun ikut sama hihihi pulut panggang peberet akk, ye betul bhg yg hangus tu yg paling sedap :-)

quinnie berkata...

sambung lagi..ahhahaha..dah bertahun kita tak makan pulut panggang...sardisnye..huhuhu

Asyifa Mustaffa berkata...

sedapnya nmpk semunya kak....

Zaliedana berkata...

Ika..kak ct pon punya jakun tgk binu yg kak sari tayang mari leh goreng gittew,amboiii nih mmg dah berkenan sungguh nih,marin pon smp 2kli komen,tup2 dah wat eks,hihi..mmg nmpk sdp tui mee sarang ladna ika tuh,yerla nga udang,sutun n daging bagai,sure sdp gilosss uu..pulut panggan pon best juga tuh,ermmm klo panggang bgi garing mmg sdp tuh..

HomeKreation berkata...

Aslmkm adik cayang. Wah dah ke udara semula ya... salam rindu dari Along.

Sheila Shafeareen berkata...

salam....hemmm bila nak kemas megemas beg dah soping keee hee
pulut pangang pehhhh ni fv ank akk ni sofea...bila lah nak buat...insyaAllah kena jugak buat ni....

Sari Yusa Ibrahim berkata...

tuuuuuu dia!! Punya meriah mee sarang dia.. tu burung pun nak bertelur boleh patah balik... hehehe.

terima kasih, Ijah sudi mengeksperimenkan bihun itu menjadi sarang, ekekeke.

Pulut panggang akak suka, tapi suka makan jer nak buat macam tak brapa nak RRRRRRRR.... ;-))))

Ummi berkata...

Assalam Ika cayangggg....apa kabor? Weeee bz sikit akak, lama x jenguk dapur Ika ni...waah dah mengukis ek...akak apa satu pun belum lgk...mcm xnak raya jek...hehehheeh. Sedap pulak tgk mee sarang gituuu, masak ladna pulak...best nih...! Bahaya la pepagi masuk dapur Ika ni... ^__^

Kamalia berkata...

saya yang sungguh jakun..mee sarang ladna pulak dah.pestaim ok dengar nama resipi camni..hehe
kita pun plan nak buat pulut panggang tp takut daun pisang tu takmo bg kerjasama la pulak..hehe sbbnya nmpak mcm dia muda sgtla,aritu buat lepat pisang dah jd bentuk apo dah..

faa.rosli berkata...

dua2 top of my fevret...lagi2 ladna tu..selalu mkn kuey teow..ni kene try ni...

Nuridah berkata...

Ika manja mucuk2

nie kak Nur dtg bawak satay goreng...mkn tuk buka nanti erk?? Mee ladna tu utk kak Nur 2 mangkuk...hehehe..nk buka ke nk mentah kedarah nie??MasyaAllah Ika...akak kau nk tambah berat bdn nie!!