Selasa, 7 Ogos 2012

Biskut Nestum Rangup n Pau Gebu Inti Kelapa

_DSC0499
BISKUT NESTUM RANGUP

Salam kembali sume!

Malam lailatul qadar, sama2 kita kejar :-) Buat pengetahuan semua yg bg komen kat n3 bawah, kita sihat, yg tak sihat tu idola kesayangan kita yg berada kat mesia :( Risau sgt2, dan rasa semakin tak sabar nak balik mesia minggu depan nii. Yg jadi merisaukan ni sbb idola kita yg sorang ni kalau mmg betul2 serius sahaja akn mengalah, setakat demam, batuk2, selagi solat tak tumbang jatuh terduduk mmg tak akn nmpk idola kita yg sorang ni duk cuti :( sedih sgt, doa ajer yg mengiringinya sekarang ni moga diberi kekuatan melawan penyakitnya, insyaAllah.

Beskut sana sini, kita yg tgk ni makin frust :D bila fikir2 balik malas sgt nak buat beskut sbb nak balik mesia tapi bila tgk org buat beskut sana sini MEMANG harus lerr buat beskut ehehe... yg ni test2 ajerr kalau sedap balik mesia nanti kita buat :-)

Akhir sekali, terima kasih yg tak terhingga dengan kunjungannya :-) selamat berbuka dan menunaikan solat terawih untuk malam2 terakhir ramadhan ni ya insyaAllah! moga kita semua diberi kekuatan yg luar biasa utk menjalankan ibadah yg hampir2 ke penghujungnya insyaAllah!

BISKUT NESTUM RANGUP
Resepi Asal : KAK NADZ

Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil>>kita ganti dgn kismis


_DSC0502
sedap! letak kismis :D

Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit.
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

c67909fc
PAU GEBU INTI KELAPA

Yg ni pulak menu kuih, tumpang sekali kat n3 beskut ni ya :D

PAU GEBU
Resepi Asal :
KAK TON MyR
Boleh g SINI jugak :-)

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

16 ulasan:

Zaliedana berkata...

Assalam ika,wah dah tayang kukis eks,byk ke wat kukis taun nih..kak ct suka ler tgk pau yg ika wat,nmpak gebu montok sungguh,licin jer..

Kak Nita berkata...

Salam Ika...

Biskut tu mmg nampak rangup dan pau tu pon nampak gebusss benor...gerammmm tengok. Btw..nak balik M'sia tu kat mana/ hometown kat ner?

Amie berkata...

ada biskut... ada pau lagi... nak dua2...

Qasey Honey berkata...

wow..nk pau gebus tu...biskut tu pon nmpk sedapla...thn dpn kot bleh cuba..thn ni biskut raya dh cukup.hihi

chikadakbiru berkata...

assalamualaikum ika...dh lama tak singgah sini...wahh beshnye kat sini ade biskut nestum....sukaaaaa sangat biskut nih...boleh cuba buat...hihi

Sheila Shafeareen berkata...

Salam..selamat balik ke m'sia raya nnt yee seronokan...teruja rasanya..pau kak ton tu mmg gebu akk pun dah beberapa kali juga buat..
..cute nya biskut

Sari Yusa Ibrahim berkata...

pinjam tangan Ijah, semua kuih gebu2 Ijah buat, jelez tau.. jelez!!

Nuridah berkata...

Assalamualaikum adik Ika cayang!!!

wah dh keluar miskut raya nie...alahai buatkan akak sebalang boleh??Hehehe...rajin Ika...makin hari makin sibuk kan Ika??

FnF Simple Life berkata...

gebusnye pau... biskut pun nmpk sgt sedap... best nye ika beraya di Msia tahun ni... kami dah masuk 3 tahun beraya di perantauan...kesian anak2 tak dpt dit raya...huhu

Cheq Sue berkata...

tu le pasai sik ika wehhh... sana sini biskut, rambang mata nak membuatnya

faa.rosli berkata...

baru masuk list biskut nestum rangup ni..hehehe

zila norazila berkata...

salam ika
akk x pernah mencuba wt biskut nestum..x tau knapa..klu mkn mmg suka..nnt klu ada masa akk pun nk try jgk la..pau pun cantik jew gebu..:)..

Mamamya berkata...

waaaa...pau lagik!! sejak ika buat roti kukus dulu akak dah beli tepung pau tp smpi ke arini x buat2 pun pau ataupun roti kukusnya.. aduh la x rajin mcm ika ler...

quinnie berkata...

uiii sempat buat biskut ye....kita sekarang ni tak dek test2 dah..hahhha..buat je sekali harung..ni pun tiap2 hari ngadap oven ni..aduiiii....

semalam buat tart utk kawan kita menempah..dah settle hat derang sampai 4 adunan tu buat...aduiii....utk rumah tak dek la nampaknya..ingatkan ada lebih..rupanya cukup2 je 4 adunan tu tuk depa..hhehehe...ukt rumah buat tart gulung je ler...kekekek..hari ni sambung buat biskut lagik...

sape yg sakit ni? bapak ke? mesti risau kan..kita doakan moga cepat sembuh ...jgn susah hati sangat ek...

Mas Sani berkata...

Owh...igtkn ija yg x sht hihihi
Semoga idola ija sentiasa berada didlm keadaan sht dan sejahtera....amin.
Nk blk mlysia ye....mesti seronokkn! Beskut nestum tu mmg nmpk syok je tp lg syok kalo dpt rasa kan kan kan.... Hihihi

Kamalia berkata...

sapa yg sakit ni ika..bapak atau mak?semoga cepatt sembuh ye.
dah buat kukis ek..kita maleh tahun ni sbb aritu mmg dah bwk balik sesiap dr sana kan..