Ahad, 5 Ogos 2012

Karipap Daging

_DSC0601
KARIPAP DAGING

Salam ramadhan yg ke 17 sume!>>org2 dibangkok n yg sewaktu dgnnya aja ya :D

Sejak2 ni suke pulak nak buat karipap :D kali ni cuba guna resepi dr KAKAK manis kita kak yasmin atau lebih dikenali dgn kak Q :D kita mmg serasi dgn resepi2 kuih2 dr blog kak q sbb tekak kita dgn kak q lebih kurang sama bab2 mengetest tahap kelembikkan atau yg sewaktu dgnnya ehehehe.. Buat ni sama n seangkatan hari dgn sup tulang kat bwh nun :D

Kak Q mintak ijin resepinya ya, inti dia sedappp! kulit dia rapuh gituuu.. betul ke ni kak? ke kita silap buat? hihihi... yg pasti sedapppp! Macehhh! Pada pengunjung yg dtg bertandang terima kasih, insyaAllah kalau free kita buat balas kunjungan :-)

KARIPAP DAGING
Resepi Asal : KAK Q

Bahan2 inti
  • 300gm daging - nak tambah lagi pun boleh...cincang halus daging
  • 8 biji kentang saiz besar - potong dadu
  • 1 biji ubi keledek saiz sebesar kentang - potong dadu (optional- tak dek pun tak pe)
  • 4 sudu besar udang kering *
  • 2 sudu besar ikan bilis*
  • 1 bawang besar*
  • 2 bawang putih*
  • 6-8 cili kering* -rendam dgn air ( blend bahan* halus)
  • 7 tangkai daun kari
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 5 sudu besar rempah kari daging -dibacuh dgn air
  • air secukupnya
  • sedikti daun sup dihiris
  • cili merah dihiris

Bahan2 doh
  • 750gm tepung gandum
  • 300gm planta>>yg ni kita kurangkan sikit
  • 1/3 cawan minyak sayur/ masak -saya guna cawan biasa minum kopi tu bukan metrik>>yg ni kita guna cwn metrik
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 cawan air dari peti ais - saya guna cawan biasa minum kopi tu bukan cawan metrik...>>yg ni pun sama jugak guna cwn metrik

_DSC0605_DSC0600
Jgn lah tenung lama2 kelimannya tu ya, dohnya lembut payah sikit nak mengelim>>alasan org2 yg gagal mengelim :D

Cara2

1. mula2 masak inti....panaskan skit minyak dlm kuali...kemudian masukkan bahan2 blend....masak hingga naik bau dan bahan tumis gak kering airnya....kemudian masukkan rempah kari daging...kacau2 rata...dan masak hingga terbit minyak...bila dah terbit minyak...masukkan daun kari....kacau hingga naik bau dan masukkan daging....gaul2 rata....kemudian masukkan kentang, keledek dan air. air hendaklah dimasukkan sampai hapus kentang tapi jgn lebih sgt sebab nanti kentang jadi hancur. isi gula.....masakkan hingga kering....bila dah agak2 nak kering...masukkan garam...daun sup dan cili merah dihiris.....kacau lagi hingga kering inti tadi/ air dia dah tak de....tutup api dan sejukkan.

2. bila inti dah sejuk...baru buat doh....mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh tak melekat pada mangkok.....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...

3. lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....

UNTUK SETIAP DOH YG DIGELEK SAYA AKAN TEBARKAN TEPUNG SEBAB DOH NI MEMANG LEMBUT DAN BERMINYAK..JADI KENA PANDAI2 ADJUST BAHAGIAN NI AGAR DOH KITA ELOK CANTIK JE.

4. goreng karipap dgn api yg kecil..selalu balik2kan....bila dah masak boleh la diangkat dan toskan.

KALAU NAK DPTKAN KARIPAP YG KEMBONG HASILNYA...GUNAKAN MINYAK YG BANYAK MASA MENGGORENG TU...TAPI PASTIKAN KELIM KARIPAP TU KUAT SEBAB NANTI TAKUT TERBURAI PULAK ISINYA...SAYA AKAN KELIM BALIK DOH YG DAH DIKELIM TU SEBELUM SAYA GORENG DLM KUALI. API MASA MENGGORENG PUN TAK BOLEH KUAT SANGAT. SELALU BALIK2KAN KUIH MASA DLM KUALI AGAR MASAK SEKATA..

13 ulasan:

Mas berkata...

Assalamualaikum ika...
selamat berpuasa...
ehh..kak mas baru jerk sahur ngan karipap yg akak frozenkan..he3
tips yg ika kasi tu 100 persen akak setujuuu...

faa.rosli berkata...

lama xwat karipap sendirik..

CitarasaKu berkata...

salam.....saya pun baru buat karipap sardin semalam...hehe kat sini nampak daging pulak....sedap tu.

ieda berkata...

sedapnyeeeeeeeeee
aah dah lama juga akk x wat karipap sendiri .. kalau buat suke karipap sardin ;)

Rohah berkata...

buat karipap kalu kena gayanya mmg enak bebenar kan..klu ada daging lagi berganda lah sedapnya..

ibh_sue berkata...

Asslmkum ika.
Wah! Kepop la. Eh! Silap. . Karipap la. Heeeee. . Lama beno x bwt karipap sendiri. :)

quinnie berkata...

hahhahaa...susah nak kelim ek...kalau tengok dari rupa karipap dah cantik elok dah tu..kental je rupanya bila dah digoreng...heheheh....

dia memang kena tabur banyakkkkkk tepung waktu nak gelek2 tu sampai la doh dia cantik senang nak kelim...hehehhe...dia bila dah goreng...rangup je....jadik kembong karipapnya...

meh le dtg ipoh makan karipap raya nanti..hehehehe..eh karipap leh post ke ek? yg frozen...kalau boleh kasi tau kita :)

FnF Simple Life berkata...

Ika... karipap lagiii... alahai terliurnye tengok... seb baek dah berbuka ni haaa... ;)

Kak Nita berkata...

Salam ika ,

Tq la sbb banyak sungguh bagi petua/tips kat atas tu... cuma la ni akak dok tunggu ika mai hantaq karipap tu kat akak ...bila yekkk? hahahaha...

Diana @ Melley Mey berkata...

ika cayang... karipap daging akak paling suka makan.. wah rajin adik akak nie buat karipap... dah lama akak x buat karipap.. kalau dkt nak gak cuba karipap yg ika buat tau.. ;)

Outbound di malang berkata...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Tanpa Nama berkata...

The volume of the debt you're straining to talk terms with your creditors would be unsecured credit card debt, as it allows a bigger amount of leverage when negotiating, and the close result will likely be a satisfactory settlement to both the debtor (consumer) and creditor. Department store charge cards, financing, contracts, medical cards and miscellaneous debts are also negotiable, even though it's been my experience that the effects are not quite as predictable as standard credit cards. Unfortunately, government sponsored student loans cannot be negotiated or discharged.
Massachusetts debt settlement loan

ElsieD. Ryan berkata...

A fantastic range of Wall & Floor Tiles in the Newcastle, Hunter & Port Stephens areas. A wide range of wall & floor tiles suitable for complicated renovations. Wall and Floor Tiles Newcastle