Khamis, 2 Ogos 2012

Sotong Bakar Tom Yum

_DSC0482
SOTONG BAKAR TOM YUM

Salam ramadhan yg ke 14 sume :-)

Lamaaaaaa sgt dah tak buat sotong bakar mcm ni, buat sekali dulu2 pastu terus tak pernah buat sbb byk sgt menu lain yg nak dicuba>>alasan org malas :D

Resepi asal dr KAK HANIELIZA, kita cnp dr dapo kak hana :D. Kepada penyumbang resepi sebenar terima kasih berkongsi dan minta izin n halal kembali utk di kongsikan kat sini :-) Tak di lupakan juga buat pengunjung semua, terima kasih setiap kunjungannya m(_ _)m

SOTONG BAKAR TOM YUM (Resepi asal Ikan Siakap)
Sumber : KAK HANA

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)>>yg ni gantikan sotong
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil kita letak daun pisang jugak!! hihihi...

Bahan Kisar

  • 2 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Lengkuas yg ni kita tambah :D
_DSC0481
Makan ini sahaja dah cukup mengenyangkan tanpa nasi :))

Cara Memasak

  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)>>yg ni kita masak dulu rempahnya sampai naik bau barulah gaulkan dgn sotong td :-)
  2. Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
  3. Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit (aku wat stail ijan, bakor lam oven ngan suhu 200 selama 30min).
  4. Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang.

12 ulasan:

Mas Sani berkata...

assalamualaikum n slmt pg ija....akk xnk komen pnjng sbb akk x mkn sotong tp cuma nk bg tau sotong ija sgt menggiurkn hihihi

quinnie berkata...

wahhh besar nya sotong....meratah sedap nih..huhuhu....sejak duk bz buat biskut 2-3 hari ni..kurang selera nak makan utk berbuka..heheheh..masak pun sempoi2 je...kekeke

ady berkata...

as-salam IKA
slmt pagi IKA..SOTONG tomyam mmg bestlah..ratah2 mcm tu aje pun sedap..

zila norazila berkata...

moning adikku cygg..wahhh bestnya menu..akk dtg nk ratah2 jew bolehhh..he heee..nampak sedap la ika..:) biasa akk wt masak lemak cili api jew ..klu masak camne ok jgk kan:)

cikmanggis berkata...

salam ika..rasa rasanya nak bakar ikan camni hari ini...kasi pedas sikit lagi power kan...

CitarasaKu berkata...

Salam Ika...sedap nie...untuk berbuka

ibh_sue berkata...

Asslmkum Ika.
Wahhh!!!! Besar sotongmu itu ika..Hehehee..

Cheq Sue berkata...

huh... xde, xde maknanya sebab sekarang ni xleh makan safood langsung... tensen..tensen..

Mamamya berkata...

aduhh...baru baca tajuknya jer dah ngencess heheheee... akak mmg suka makan pedas2 ni lg2 klu ada rasa masam2 tom yam...mmg b'selera ler makan..

**bestnya tahun ni dapat sambut raya kat kampung...klu akak dok kota lagi blh jumpa ika kan... :)

Yati Ali berkata...

salam ika...sedap nih.selamat menjalani ibadah puasa ya.

Kak Nita berkata...

Ishk..ishk...menggoda sunnguh...nampak gayanya petang ni kena pi cari sotong gak nih...

faa.rosli berkata...

uuuuuuiissshhhh...sdapnyer