Sabtu, 4 Ogos 2012

Tepung Bungkus

Align Center_DSC0675
TEPUNG BUNGKUS

Salam ramadhan yg ke 16 sume:-),

Semalam tak berapa nak online sgt sbb kebizian+bdn tak berapa nak bertenaga :D lgpun semalam thailand ada public holiday tp tak kemana mana pun lah, sejak2 puasa ni kalau boleh nak terperap kat dalam rumah ajerrr, malas betul nak kuar2 rumah.

Kuih ni bukan pestaim buat, kiranya ni kali ke2 buat bila nmpk kak nieza buat. Kebetulan inti kelapa kita bykkkkkkk sgt2 jdnyer ni salah satu kuih yg boleh digunakan jugak :D buat tak byk sikit jerr cukup lah utk kita sorang yg makan berulang ulang lepas moreh kikiki... Malas nak cek dulu2 guna resepi sapa, utk yg ni kita copy n paste dr rumah kak nieza, resepi asal dr bidaria, minta izin n halal kembali resepinya :-)

Buat semua pengunjung, terima kasih setiap kunjungannya :-)

TEPUNG BUNGKUS
Resepi Asal : BDARIA
Sumber : KAK NIEZA, KAK IZAH, KAK SHEILA


LANGKAH 1

Bahan A (inti kelapa gula melaka)

  • 1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
  • 2 1/2 ketul gula melaka
  • 1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • sedikit garam

Cara memasak bahan A

  • Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  • Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  • Masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa.
  • Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  • Ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  • Tutup api dan sejukkan inti anda
  • Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.
_DSC0664_DSC0661
Tepung bungkus versi kita ni tak nak kena madu, duk dlm bilik sorang2 ajerr sbb gemuk sikit :D


LANGKAH 2

Bahan B
  • 200gm tepung pulut
  • 150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B

  • Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli.
  • Uli sebentar sedikit minyak atas talam/bekas.
  • Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  • Buat sampai habis dan ketepikan.

LANGKAH 3


Bahan C

2 pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan

LANGKAH 4

Bahan D
  • 200gm tepung beras
  • 20gm tepung ubi
  • 1 1/2 tsp garam (ratakan)
  • 300ml santan (saya guna santan kotak)
  • 700ml air

Cara-cara memasak bahan D

Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.


CARA-CARA MEMBUNGKUS

  • Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  • Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  • Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  • Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  • Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.


_DSC0651

15 ulasan:

makcikmanggis berkata...

nakkk ini kuih kegemaran makcik.4 bungkus pun boleh habis.

quinnie berkata...

hhahahha...ni versi tak dek pasangan la ni ye..kekeke..kita resepi daria ni dah makan tahun juga salinnya..tapi buatnya idak lagi..kekeke

psttt..radio m'sia hari ni dah start pasang lagu raya...yayyyy!!! hehehhe

eh nak kasi tau...kita tengah malam tadi baru la kebulur nak makan ramyun tu...sekali masak la sebungkus...mak aiii bau dia semerbak..kongsi je ngan adik last2 rasa tak cukup lak..hahahahha...lepas tu kasi sebungkus kat cousin suh dia rasa....lepas tu dia pulak kongsi ngan makcik langsung tak cukup sebab sedap..hahahahha...makcik lepas tu mintak lagi sebungkus...dia kata mee ni rasa maggie mee zaman dia kecik2 dulu...dia panggil mee ni mee jepun..kekeke...makcik kata terima kasih byk2...hehehe..dia siap suh simpan plastik nanti nak carik katanya..hahahhaha

Nieza berkata...

Assalam Ika, wahh...buat versi solo dok sebilik jer yer..hehe sedap tu.nampak inti pun byk. Sedapkan mkn lembik-lembik gitu kan:)

Yatie berkata...

Assalamualaikum Ika,
cantik kuih tepung bungkus Ika ni, kuih koleh kacang tu pun buat akak terliur je.semuanya nmpk sedap sngt..aishhhh..

Bicara Kak Noor berkata...

lama nya akak tak makan tepung bungkus ni sbb kat Brunei mmg tkde jual tak reti makan kot orang sini nak buat kalau sekadar makan sorang tu mmg malas heee tunggu orang kampong dtg lah makan ramai2 besttttt heee sedap sangat nmpak Ika punya ni

dZana berkata...

aduh.. tringinnya.. nk cuba buat jugak la..

rostina76 berkata...

salam ika...
Dap, dap, dap nyeeee

rostina76 berkata...

salam ika...
Dap, dap, dap nyeeee

Mas Sani berkata...

alamak dh terliur...mcm mana ni? akk suka kuih tuuuuu...sedappppp, rasa kenyal2 je masa ngunyah...

cantik warnanya, nampak lembut je mesti selembut org yg membuatnye tu kan.... hihihi

yana lyana berkata...

macam sedap je..terliur pulak..hee

nOOrsha berkata...

Salam ika...amboih semangat sibaju hijau tu dok bergulubg dlm limpahan adunan tpg beras..hehehe..sodapnyee...kt pun suka sgt tpg bungkus ni...

ibh_sue berkata...

Ika!. Nakkkkk. . Sedap nampak tepung bungkus ko ika.

Mas berkata...

ikaaa...meh 6 bungkus wat berbuka..he3

sitiezahim berkata...

besnyaaa...teringat arituh saya buat tp tak bape menjadi..huhu sedih betul. tp boleh la stakat nak lepaskan windu :(

Hanis MY berkata...

salam ika... ya ampunn sedapnyaaa tapi tak sanggup nak buat wuwuwu