Khamis, 12 April 2012

Laksa Sarawak

_DSC0308
LAKSA SARAWAK

Assalamu`alaikum wbt, salam pagi khamis sume! :-)

Semoga semua orang dlm lindunganNya selalu insyaAllah. Susulan gempa bumi yg melanda acheh semalam, ramai yg panik especiallynya org2 mesia sbb mungkin 1st time, sgt kuat jugak lebih kurang 8.7 m, alhamdulillah kita kat sini selamat drpd gempa susulan tu hanya bhgn2 selatan thailand dan malamnya amaran tsunami ditarik balik tapi amaran kiamat tetap berterusan.. Doa dr kejauhan dr kita untuk semua juga moga sentiasa dilindungiNya insyaAllah!

Menu 2 hari lepas? lupa dah ehehe... Lamaaaaaaaa sgt mengidam laksa sarawak ni tp malas nak buat pastenyer ajerr, sbnrnyer takde ssh mana kalau dah siap2kan bhn2nya sume, oleh kerana kita ni emangnya pemalas :D baru lah dpt merasa.. hmmmm... apa yg boleh di komen ya? yg pasti kita suke dgn rasa dia, walau terpaksa menambah berat badan n membuang lemak kembali, kena balance kan, kalau dah mkn mcm ni kena kerja keras sikit masa bersenam :D Yg jadi nak buat sgt2 bila Sabariah yg duk kat dubai tu buat, alahaiiiii... nak mintak jauh sgt, jdnyer dgn malas2 alhamdulillah, jadi dan dpt merasa :-) lepas ni nak terbang negeri mana pulak ya? ehehe...

Untuk resepi, mcm biasa dr Kak Dayangjack, n tenkiu juga buat saba sbb kongsi idea nak buat menu apa, dgn ituuu ecece... minta izin kembali n halal juga utk resepinya serta ideanya, terima kasihh! Dannnnn terima kasih juga dgn setiap kunjungan, insyaAllah kita melawat kembali :-)

LAKSA SARAWAK
Resepi Asal: KAK DAYANG JACK
Sumber : SABA


Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

_DSC0303_DSC0300
Best! letak taugeh byk2 dgn daun ketumbar byk2 sedap :D

Laksa Sarawak (Resepi II)
Bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
SAMBAL UDANG KERING
Bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat

25 ulasan:

quinnie berkata...

wahhhhh..rajinnya..sungguh terharu kita..hehehhe...awakkkk..kita kan dah lama nak buat tapi kemalasan yg amat sgt nak buat pes dia tu...ada lebih tak pesnya..meh post kat kita..hahahha...aduii tengok je la org duk buat laksa ni dulu...huhuhu...

awak..kita kan..sekarang ni suka sgt kat junho 2pm...hahhahahha..sempat lagi tuh..aduii chentas la sama itu namja..huhuhu

Sheila Shafeareen berkata...

Salam..semoga semuanya di dlm linduagn yg baik2 yee

laksa serawah yeee hem npk pun dah terliuq.....x silap rasanya akk pernah buats ekali laksa serawak ni...tp dah x ingat rasanya cam ne...cuma ingat rasa pedas sambal aje...nak ingat balik kena buat jugak ni...nnt le g markat cari udang besau.....

~~zana@pb~~ berkata...

As salam Ika, alhamdulillah semuanya selamat tapi tsunami yg sebenar akan kita tempuh juga.

Ika...ini yg mendatangkan kemarahan akak ni. Apa pasal laksa sarawak ada kt sini eh? Favourite akak ni tau...tapi sedih la..tak jumpa restoran yg betul2 sedap laksanya. Disebabkan cemburu yg amat sgt, minggu ni juga akan ku gagahkan diri membuatnya. Nantikannya...yeye je ni..

Rohah berkata...

Salam kenal,
Tak pernah lagi masak laksa Sarawak.Ramai yang dah mencuba,mungkin satu hari nanti giliran saya pulak..Mesti sedapkan..

cikmanggis berkata...

salam ika dan selamat pagi.Seumur hidup makcik tak pernah makan atau cium bau laksa sarawak ni.Nanti jika senang senang boleh lah mencubanya.

Alhamdulillah kerana ika tak terlibat dgn gempa semalam.Sian Mummy maryam terpaksa dokong Maryam menuruni tangga tingkat 15 kerana gempa terlalu kuat.Kebetulan Daddy maryam tak de.Syukur segalanya selamat...syukur sangat sangat.

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Ika..

Tulah kan .. Mmg amaran Tsunami dah ditarik balik tp amaran kiamat ttp diteruskan sama Ada kita sedar atau tidak..

Dah gi exercise ker? Kalau lom meh kita gi sama2. Balik nanti kita pekena laksa sarawak ni sorang semangkuk kecik jer...hehehe...

izahdaut berkata...

bagi sikit vitamin rajin tu adik ika.. akak nak buat gak ni. pes nyer ada je ni org mukah bagi, tapi nak membuatnya tu, mcm tersankut jek montot kat kerusi. canner tu. hahahhaa...

aaargghh tak kuasa natap laama2 laksa dlm mangkuik mu ituuu.. huhu

Watierman berkata...

Assalam Dik Ika...hrmmm baru ni tengok kat dapur Ha Sue..dah terbang lak mangkuk laksa Sarawak tu ke Bangkok....sedapnya!!! Slurpp!Memang TERbaiklah!

Ilhamkreatif berkata...

Salam kenal Ika...Sedap nampak je... laksa serawak
X pernah makan...kena p serawak dulu kot.

ady berkata...

as-salam Ika
ngancam betui laksa sarawak tu..belum pernah buat..sedapnye!!!

ANR berkata...

sedapnya laksa sarawak.. aiyok.. kecur liur tgk gmbar² tu kak. yums

tun_telani berkata...

kak ika... ghajinnyerrr!!! tun, kalau xde pes instant tu kompom xbuat nih. hihi

Mas berkata...

Rajinnnnnnnnnnnn ika buat laksa sawarak.... tgk udang tu landing molek2 dlm mangkuk tu rasa jeles plak. Kalaulah dapat...memang akk bolot sorang2 udang tu walaupun alah dgn makanan laut hihihi....

Mama Hawa/Mama Nani berkata...

Salam Ika!!
Allhamdullilah semua nyer selamat disana..semoga semua umat Islam didunia ni dibawah lindungan swt.. amin!!

betul itu Ika kalau rajin semua kerja menjadi hehehe mcm mama yg tgh malas malasan nie..hehehe

dap nyer laksa serawak yg blm pernah mama cuba lagi ...

sabar dubai berkata...

welcome...welcome kak ika cayang....lepas ni insyaallah terbang lebih jauh dan lebih lame....hahahaha...kak ika.....mtk pengeras sikit..nk laaa sikit paste laksa swak tuh hahahahahaha

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Kak Ros suka laksa serawak tapi tak pandai buat.Dah ada resepi ni boleh le cuba.Asyik dok makan laksa klate jah!!!

Nuwairani Ira berkata...

wow! dia dtg dgn laksa sarawak la pulak! sedapnye! nani macam ingat2 lupa dah rasa laksa ni...last makan masa study kt upm dulu...berzaman dh kot..

DjDayang Jack berkata...

terguda akak nengok laksa ni Ika...mekasih ye sudi mencube resepinya...jangan jemu utk mencubenya lagi ye.
ehem..mek Jah Ampang bila lagi??...hehe

Kamalia berkata...

ehem..sanagt rajin ni,tiup sikit roh rajin tu kat sini pulak..
kita masak laksa sarawak guna paste je tau..tapi,tak bapo nak sodpala..huhu
p/s:gmbr yg 1st tu takdela dear..hilang..ke ika dah delete?

Kamalia berkata...

eh,ada pulak gmbr tu..huhu.gomen ne.:)

Sue @ Nenie berkata...

Salam Ika..hu hu hu kalau orang yang wat paparan 2~3 kali sehari ni dah ngaku diri dia malas..apalah panggilan sepatutnya utk org yang post dia 2~3 kali seminggu yaaaa....Apa-apa pun Laksa itewwww nampak sedappppp

Chik Mimi berkata...

salam ijah,akak tak pernah makan laksa sarawak pes ada tu tapi bila sorang anak tak suka meehoon nak buat pun ada sikit malas

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

adoii.. kalau masuk 'umah' ika ni tak sah kalau tak telan air liur 10 kali... heheheeh... mmg mantap lah laksa sarawak tu... akak sukaaaa...

Sari Yusa Ibrahim berkata...

Salam, Ija.. sedapkan Laksa Sarawak ni, akak pernah buat tapi guna paste ready made, tak acikan.. pas ni kena rajin buat sndiri pastenya.. huarghhhh... nak minta vitamin R dari Ija sikit, hihi

ibh_sue berkata...

Ikaaa..sedapnya..Kompem dah habis ni..Pastt!! laksa dah habis kan. Ko bg ja la akk pes yg dah siap tu..Buleh?..kikikiiii.. :p