Sabtu, 7 April 2012

Kerabu Jantung Ikan Bilis & Air Asam wif Ulam

_DSC0220
KERABU JANTUNG IKAN BILIS

Asslamu`alaikum wbt, salam minggu buat semua ;-),

Terima kasih setiap kunjungan :-) Semoga semua org dirahmati n dilindungNya selalu insyaAllah! Menu tertunda juga :D Dah lama sgt nak buat kerabu jantung atau jantung rebus cicah air asam ehehe... kat sini byk jual jantung pisang tapiiii.... dulu2 pernah beli sekali, rebus sampai kan dekat stgh jam tak nak lembut huh! pastu kaler birattt jerrr huhu.. serik nak beli lagi sejak kejadian tu TAPI minggu lepas oleh kerana NAK sgt makan carik lah jugak jantung pisang ni, SOS mak kita ler mcm biasa hihihi....

Al kisah rupanyer jantung yg kelat ni mmg bukan utk dimasak sbb yg kat atas ni kelat jugak tp still boleh makan(yg ni kes terpencil n darurat :D eehehe)..haish! Tips dari mak kita lerr kalau ada terkurang minta maaf n boleh lah sapa2 tambah ya :D Untuk dapatkan jantung pisang yg bila direbus putihh jerrr dlmnya kena guna jantung PISANG NIPAH, yg tu mmg direbus kurang birat kaler, bhgn dlm pun putih ajerr, biasanyer klu kat kampung2 atau tanam sendirik boleh ler carik jantung pisang apa pisang apa kan? kalau kat supermarket tu bukan dia tulis pun jantung pisang apa ehehe... Lagi satu tips kalau tak nak jantung pisang kita birattt jer kaler nya, didhkan air rebusan dulu sampai mendidih letak garam sikit, baru kopek kulit keras dia n belah 2 memanjang jantung pisang tadi, pastu rebuslah sampai empuk, itu sahaja setakat ini ehehe... kat sini pisang tak byk pilihan, rasanyer ada 3 jenis pisang yg kita nmpk, lain2 tak nmpk atau tak jumpa lagi huhu...

Resepi Kerabu Jantung Pisang Ikan Bilis dr Kak Hana, tenkiu ya kak, mintak izin n halal resepinya! Untuk air asam tu, kita tanya mak kita sbb sukeeeeeee sgt dgn air asam mak kita :-) Akhir sekali, selamat hujung minggu sume!! Kalau ada terkurang kita minta maaf, ada ayat2 yg kurang sedap pun kita minta maaf juga :))

KERABU JANTUNG IKAN BILIS
Resepi Asal : KAK HANA

Bahan-bahan
  • satu biji jantung pisang
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 tangkai lada merah - hiris
  • 1 inci belacan bakar
  • 1/2 biji bawang besar - mayang halus
  • 1 biji tomato - buang empulur dan hiris
  • 2 biji limau kasturi - lebihkan jika ingin lebih masam
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
  • gula@perisa
  • garam

_DSC0225


Cara-cara
  • Kupas kulit jantung pisang yang keras hingga ke kulit yang putih. Rebus dengan sedikit garam lebih kurang 15minit atau hingga masak/lembut. Toskan, perah dan hiris nipis. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah, dan belacan bakar hingga lumat.
  • Satukan jantung pisang yg telah dihiris tadi, bawang besar mayang, dan tomato.
  • Kemudian masukkan garam, sedikit gula@perisa dan juga bahan tumbuk tadi.
  • Masukkan ikan bilis goreng.
  • Perahkan limau kasturi. Ambil jus sahaja.
  • Gaul mesra.
  • Segera dihidang ketika ikan bilis tengah rangup.

AIR ASAM n ULAM
Resepi Asal : ARAH

Bahan-bahan :

  • 130ml air asam jawa>>bancuh asam jawa dgn air sampai pekat
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan Bilis di siang buang kepala n perut>>lebih kurang separuh genggam, suku ditumbuk dan selebihnya digoreng
  • Sedikit belacan dibakar terlebih dahulu
  • Lada Cili>>ikut kepedasan disukai. yg ni kita guna 10btg
  • Sedikit Hirisan Daun ketumbar
  • Gula, Garam n Pak aji kalau suke

_DSC0227

Cara-Cara:

Tumbuk semua bahan-bahan di atas kecuali daun ketumbar, air asam dan ikan bilis goreng sampai lumat, tak lumat pun tak pe. Kemudian masukkan bilis goreng dan tumbuk lagi sampai lumat. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi kedalam air asam jawa. Perasakan dgn gula dan garam, bergantung pd selera masing-masing. Biar ada rasa pedas, masam, masin n manis. Boleh dibuat cicah dgn ulam2 dan jantung pisang rebus. Selamat mencuba!

_DSC0236

15 ulasan:

ady berkata...

as-salam Ika
Fuh, meleleh airliur...mengecurkanlah...

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamualaikum..sihat hendaknya....kerabu mmg kesukaan....x kira lah apa2 kerabupun...pernah juga kena cam tu rebus2 x empok sampai nak legam...lg pedas dan masam lg sdp kan....lauk2 kampung mcm ni beselera mkn ramai2....

Asmara berkata...

Ika, akk tak pernah mkn jantung pisang. tak tau pasal apa ulam ni yg tak pernah rasa, tp ulam2 lain mmg suka sgt. blk msia satu hari nak cari dan rasa. mak pun x pernah buat rasanya. hehe..

makcikmanggis berkata...

salam ika..pagi pagi nampak air asam dan tauge tu...memang ancaman besar pada diet Cm pada hari ini...

Mas berkata...

Assalamualaikum ika...
amboiiii...
pepagi dah tayang jantung.....
terliur jerk kak mas nengoknya tauu.......

ummiaisyah berkata...

jantung akak berdegup-degup tgk jantung pisang cicah air asam...bestnya....my ol taim feberet!

Anna Qawina berkata...

Ika..ooo Ika..dah bangun lom? haish..dok dlm selimut lg budak ni yer...
g masak nasik nun, akka nak makan..haahaa..sedapnya kerabu..smlm akka celur je jantung hati pisang tu, cicah budu..weeeee

Amie berkata...

Assalamualaikum Ika,
amboiiii...! menu sihat penuh khasiat.... ni yang tahan sampai mengundang liur jatuh meleleh-leleh ni. Sedapnya... tak boleh jamu mata lama-lama di sini nIka, habis basah kuyup ngencesss!

Watierman berkata...

Assalam..Akak faham nape sentiasa muda ceria...sebab berulam-ulaman...tak pe...nanti Akak senduk resepi bila nak guna ...hehehe...boleh kan?? Mengancam betoi..bila berkait dgn kerabu ala-ala pecal gitu!!!

MaryaYusof berkata...

As salam Ika,

Rindu nak makan jantung pisang!! Masak lomak pun sodap!! :)

Sari Yusa Ibrahim berkata...

Salam, Ijaaaaa... hai, makan jantung nampak, hehe.. akak pun suka juga berulam jantung ni, tupun kalu jumpa kat kedai makanm dekat rumah memang tak pernah buat sendiri sebab rasa macam tak best makan sorang2, hehe

Mas berkata...

akk malas masak tapi akk lapar pastu bila dtg sini nampak plak kerabu jantung pisang. Tersangatlahhhhhh menggugat tekak akk!
cian akk telah air liur je ni huhhuhuhu...

::Azura Rahman:: berkata...

Salam Ika.. akak pon masak jantung pisang arini.. tp akak masak lemak putih.. belum update lg.. jantung pisang ni masak ape pon mmg meleleh air liur kan.. huhuhu..

quinnie berkata...

wow weeee..sedapnya...lama betul tak makan jantung pisang..cicah ngan sambal sedap betul la...huhuhu...bukan tak dek org jual jantung pisang...tapi kita ni kedekut nak beli...hahahhaha....aduss lain kali nak beli jugak la....kekeke

ijan berkata...

Fuh... air asam mu Ika... memikat kalbu. Sungguh ler menyelerakan. Rasa nak hirup jer... hehehee.... ai peminat jantung pisang gak, tp belum pernah try yang rebus setengah jam tak empuk2 hehehe... cantik pulak dihias dalam kelopak macam tu tau :)