ads/iklan

Ahad, 29 Ogos 2010

Mee Hoon Kueh (Hand Made noddle)

DSC_1091
MEE HOON KUEH

Salam ramadhan kembali buat semua :-),

Resepi ni mmg kena cuba sbb dia punyer soup base dia tersgt sedap! n dia punyer hand made kueh tu pun for sure bersih n halal n sedap! Promote ni ahahaha.... tp tekak jawa ni mkn dgn sambal kicap wakakaka... super sedap taww! :D Resepi setelah ternmpk kat rumah 3 HUNGRY TUMMIES n resepi asal AMY COOKING CRAVE thanks both of u! Neway i copy paste resepinyer d sini pula ya :-).. Thanks!

Biasanyer 1st attemp kalau kita yg buat mmg selalu ada kejadiaannyer drpd sebaliknyer huh! untuk adunan doh tu dah ok tp kita terlupa pulak nak tabur tepung lepas dah bentuk n flat kan dia, dah separuh baru sedar tapi dah terlambat, abis sume melekat! uuuwaaaaaa..... penat tawwwww keja menipiskan dia, n last2 main cubit2 n tarik2 dia jerr :D Kalau rajin leh lenyek dgn rolling pin n cetak jer lah dgn apa2 ya atau leh guna mesin n gunting2 ajer :-) ikut kretiviti masing2 yg lain2 tak ssh nak buatnyer, tp sup ikan bilis tu mmg best! da da tgk resepi pulak tak ssh mana pun :D Resepi kat bwh dah di ubah suai mengikut kefahaman kita sendirik :D resepi asal leh klik kat nama tuan resepi kat atas tadi :-).

MEE HOON KUEH

Bahan2 untuk doh:

  • 250g Tepung Gandum
  • 1 biji Telur
  • 100 ml Air
  • 1 sb Minyak>>kita guna minyak jagung
  • Sedikit garam

Cara2

Satukan air, garam, telur yg dikocok terlebih dahulu dan minyak sampai semuanyer sebati. Di dalam mangkuk yg berisi tepung, tuang bancuhan cecair tadi sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, uli lebih kurang dlm 5 minit sehingga doh tadi bila di tekan dgn jari dia akn ternaik kembali dgn sendirinyer. Bentukkan bulat doh tadi dan tutup dgn cling film lebih kurang 1 jam. Ketepikan. Sediakan bhn2 untuk sup.

Cara ke 2 menggunakan Breadmaker:

Masukkan semua bhn cecair dan di ikuti tepung. Setting kan dlm masa 30 minit masa menguli. Setelah selasai kuarkan doh masukkan dlm mangkuk dan tutup dgn cling film lebih kurang 1 jam. Ketepikan. Sediakan bhn2 untuk sup.



DSC_1094


SUP IKAN BILIS

Bahan2

  • 200 gm Ikan bilis yg dgoreng terlebih dahulu
  • 1 tbs Tong Choy>> yg ni tak tahu jdnyer kita tak masukkan :D
  • Sepokok Chinese Spinach>>Kita guna sawi
  • 1.5 liter air
  • 6-8 Keping Cendawan Shiitake kering, rendam dlm air
  • 2 ulas Bawang Putih
  • Daging ayam yg telah di potong kecik2 dan perap dgn sedikit kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, garam dan sedikit lada sulah.

Bhn2 Taburan

  • Hirisan daun bawang
  • 100 g ikan bilis goreng drpd 200 g yg dgunakan untuk dbuat sup tadi
  • Sedikit Bawang Goreng
  • Daun Ketumbar
Cara2

Di dalam periuk, didihkan 1.5 liter air dan masukkan 100 gm ikan bilis yg digoreng tadi(100 g lagi dsimpan untuk bhn taburan) dan tong choy jika ada. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali yg berasingan dan tumis bawang putih dan hirisan cendawan yg direndam td dan hirisan daging ayam yg telah diperap td sehingga naik bau dan masukkan ke dlm periuk yg berisi air tadi. Biarkan mendidih sebentar beberapa minit.

Ambil doh yg telah diperap tadi, dgn menggunakan rolling pin lenyek doh tadi beberapa kali selepas itu bolehlah cubitkan sedikit doh ikut saiz kesukaan masing2 dan tarik2 kan doh yg kecik tadi sehingga nipis atau boleh menggunakan rolling pin dan nipiskan doh yg telah di bahagikan kepada doh yg kecik atau pun boleh menggunakan cetak(yg ni kita yg buat :D) buat sehingga habis, jika doh terlalu lembik boleh taburkan dgn tepung sehingga senang di nipiskan.

Masukkan doh yg telah di koyakkan atau dcetak td kedalam mangkuk yg berisi sup tadi. Ulang proses ini sehingga doh habis. Apabila doh yg dimasukkan td sudah masak masukkan sayur dan seasonkan dgn sedikit serbuk lada putih dan garam secukup rasa. Masukkan dlm mangkuk dan taburkan dgn bhn2 taburan yg telah disediakan td dan bolehlah di hidang!

>>p/s kita mkn dgn sambal kicap hihihi

3 ulasan:

Mas berkata...

wah sedapnya mee hoon kueh tu, rajin ika buat....

3 hungry tummies berkata...

Eh eh bangkanya saya nampak mee hoon kueh tu.. :) Dah beli tauhu akan masak ma po tofu esok :)

wawasan usaha niaga berkata...

Bestnye ddk japan