ads/iklan

Khamis, 26 Ogos 2010

Bubur Som Som Pandan

DSC_1068
BUBUR SOM SOM PANDAN

Salam Ramadhan kembali :-),

Bubur yg harus ada masa puasa2 :D tak puasa pun sesuwai jugak.. Buat ni sebelum g sepital antar si kecik jumpa doktor, pergi lagi 2 jam nak berbuka bila sampai sepital doctor mintak test for influenza, alamakkk, biasanyer mmg kena tunggu result 45 min, jdnyer kita terpaksa berbuka dgn air manis ajer lah balik baru makan sbb kalau nk makan pun bukan ada benda yg boleh dmakan pun lgpun dah siap2 masak sebelum kuar tu :D.. Nasib baik yg kecik ni demam kali ni dia tak nyusahkan sgt mcm dulu2 asyik nk bekepit jer, agaknyer dah besar dia asyik baring, tido, main pun tidak, kesian tgkkan dia walaupun dia tak nyusahkan org tp kita ttp dtg dekat2 dgn dia biar dia tak rasa sunyi :-).. Kalau g sepital ni biasalah ubat2 yg popular tu lerr yg dbg telan2 muntah balik gitu jer lah ehehe..

Resepi tuk bubur som2 ni dr KAK FIDA@MyR mekaseh kak! rasanyer dah ramai org buat som som ni mcm2 pesen, kita tak sempat cuma sempat buh dlm cwn tu jer! bolehlah ehehe... Macam biasa mintak ijin n halal resepinyer kak ;-), macehhhh!! Pada yg dtg singgah n tinggal komen terima kasih tak sempat nk balas, akn buat kunjungan balas insyaAllah..

BUBUR SOM SOM PANDAN

Bahan-bahan ( tergantung acuan atau loyang )
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
DSC_1069

Cara-cara

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

3 ulasan:

Ayu berkata...

ika, akak dah buat apam tu..sedap, tapi tak cantk macam ika punya....bubur som2 yg ni akak belum pernah try buat..boleh masuk list lah..

izahdaut berkata...

ika..semoga sikecik cepat sembuh..saya plak si abangnya demam ni..sian budak2 ni kan.. som2 sedaaap..

Chik Mimi berkata...

ijah sempat lagi sikecik demam mamanya masak bagai ,mmg tabik ngan ko la jah .semoga cepat sembuh ye sikecik