ads/iklan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Sotong Goreng Belacan

DSC_1080
SOTONG GORENG BELACAN

Salam ramadhan kembali d hari minggu :-),

Menu iftar semalam, tersgt malasnyer dr tgh hari sampai kepetang malas sungguh nak buat itu ini, yg kecik tu masih demam lg jdnyer ada alasan jadi pemalas :D.. Ptg turun ke tingkat 6 ajak budak2 ni main, pastu balik tgk jam dah nak berbuka pulak! lauk satu benda pun tak buat lg sib baik stong dah dkeluarkan awal2 biar cair, last2 kita buat sotong masak belacan ni untuk sendirian berhad maklumlah bau2 belacan ni mmg sgt aneh bg2 org2 kat dlm umah ni, si kakak kata bau busuk tak nak makan! jdnyer kena maskkan lauk lain :D iaitu nasik goreng cepat n sedap hihihi...

Untuk resepi sotong ni resepi asal dr CMG, tp dah byk umah buat, KAK AYU SG, KAK HANA lg sapa? lupa pulak :D Macam biasa mintak izin n halal resepinyer ya :-) macehhhhh!!

SOTONG GORENG BELACAN

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 5 ekor sotong saiz besar
  • 2 biji cili hijau, hiris serong
  • 1/4 camca teh serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
  • Sedikit air, untuk kuah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 inci Halia>> kita tambah

DSC_1082

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat..

Tiada ulasan: