ads/iklan

Khamis, 19 Ogos 2010

Yong Tau Foo n Lepat Pisang

DSC_0970
YONG TAU FO

Salam Ramadhan buat semua :-),

Rasanyer kan lama sgt tak buat makanan mcm ni :D tetiba teringin pulak! buatnyer pun bukanlah ssh sgt senang jerr.. Resepi sos dr MINAMI san @ MyR sgt sedap! pd tekak kitalah, leh adjust manis, pedas suit ur taste lah kan kalau taste kita mmg suke pedas melampau wahahaha... pastu letaklah sukihati apa2 yg rasa nak d joinkan dgn sos yong tau fo tu tadi, kita tak mkn telur puyuh jdnyer telur tak letak nak letak telur ayam mcm tak best pulak dah jd mcm rojak lah pulak! :D apa2 jer lah! ehehe.. Macam biasa akn dulang tyg balik resepi yg sama :D yg ni biasa mkn dgn sup, n untuk sup tu guna ikan bilis, leek, bwg besar sebiji, bwg putih 4 biji, rebus semuanyer n tapis bila dah mendidih. Pastu celur lah sume2 tu ya :D

YONG TAU FOO

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka atau kurozato
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • sedikit ajinomoto

DSC_0973

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
DSC_0971



DSC_0977
LEPAT PISANG

weeeeee..... lama tak makan lepat pisang cuma kali ni versi lain sikit tp ttp resepi yg sama dr CMG :D, Maceh ya cikmat, sapa2 yg tak de daun pisang tu surrender jer lah buat yg dlm loyang tu hihihi.... nak antor pokok pisang kang sempat arwah oleh itu kenalah guna loyang :D Tapi kan kenapa layu daun pisang tu bila dkukus tak cantek??? sapa ada jwpn??? bgtau! huh! kalau mak kita buat masih nmpk mcm fresh gitu daunnyer, kita yg kukus mcm daun pisang dlm freezer jer rupanyer pdhal fresh tuuu.. haih! jom tgk resepi!

LEPAT PISANG

Bahan-bahan >>buat stgh adunan jer!

  • 700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
  • 70 g gula melaka, dihancurkan
  • 1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)>>Yg ni kita sangan sampai perang
  • 3/4 camca teh baking powder
  • 1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai
  • 2 sb Santan>>Yg ni kita tambah
DSC_0980

Cara-cara

Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

12 ulasan:

Unknown berkata...

salam ika. untung la pandai masak dan pandai ambil gambar. apapun yang kakchik tengok nampak sedap. dua-duanya pun mmg kakchik suka makan.

3 hungry tummies berkata...

Nampak begitu enak sekali terutama dengan sos cili tu!

Unknown berkata...

salam ika dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia..

amboi dah mula mengkukis ek..akak baru ajer beli bahan..buat nya idak lagi

Juwita Jamaludin berkata...

Ika.. Yong taufu tabetai.. Lama tak buat... Sedapnya.. Satu hari nanti kena buat ni :)

cikmanggis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ayu berkata...

salam ika,
wah yong tau fo,
tu supnya , bahan2 celur dicelur dalam supnya tu ke?..

adad berkata...

amboii ika.. rajin nko melepat. nko makan ingat aku tak tuu?? *pok ika.

Kerull berkata...

Salam Ika..wah sedapnya yong taufu ngan lepat pisang tu..sumenya peberet akak..sib baik ptg ni mmg nak buka makan yong toufu..hu hu

chikmi berkata...

yuhuuuuu ijah nak lepatttt pebret akak tu.ijah nnti emailkan add umah ye.umah baru lah sonang

indahhouse berkata...

Salam ika,
Ni sajer nak bagi jeles ni. taula kita takde pisang.. huhuhuh. windu ngan pisang. lepat tu dah cantek ika, sampai saya rasa nak menapau dah ni! yong tau foo tu, memang rasa nak makan. masuk list dlu. :)

Deliah's Deli berkata...

salam ika...lama x mkn yong tau foo-ikan nyer tu nampak sdap sgt3x...n lepat pisang tu menggoda betul-lapar ni :p~

fara dean berkata...

ika, macam dah tergigit n masuk mulut je lepat tu..hihi