ads/iklan

Khamis, 19 Ogos 2010

Biskut Mama Carey

DSC_0966
BISKUT MAMA CAREY

Salam ramadhan sume :-),

Xpiriment pd hari ini adalah seperti gmbr di atas tp ada kejadian sikit huh! sgt2 tabik dgn org2 yg berniaga sekut2 mcm ni, ini kita baru buat stgh adunan dah ke kiri ke kanan ke belakang serba tak kena cuaca panas haih! surrender betul! Pastu gula icing dia tersilap pulak tertuang 1 biji putih telur! patut pun mcm cair jerr hampehhh sungguh! Tak pe janji sodap! :D satu kes lagi ni terentung pulak! wakakaka..menggong tulll tuan umah hari ni, jap g nak g berehat tenangkan minda apa nk masak ptg nanti :D

Nak imbas kembali zaman2 kita tolong mak kita buat sekut2 raya ni dulu2.. sedih tu bila teringatkan balik, nak tahu tak kita org bakar kuih2 ni guna apa??? sapa dpt teka bg 100bht!!! eheheh.... dulu2 tak mampu n tak tahu sgt timbang pun tak de, sukatan sudu2 tu lglah jakun! :D guna tutup periukkkkkkk!!!!! abis kemek tepi2 dia tu baik yg kecik sampai ke besor tudung periuk tu sume kena kerah! tak terkecuali hihihi... pastu bako guna satu periuk jer yg tebal tu haaa mak kau berat kemain! kalau baling org mau meninggal :D sob sob sedih kalau ingatkan dulu2 ni kalau skrg ni nak apa jer insyaAllah leh belikan :D..

Resepi dr KAK LILYDVALLEY@ MyR, mintak izin n halal resepinyer ya kak :D macehhhh! frust sikit ni pas ni nak merajuk nak g tido!

BISKUT MAMA CAREY

Bahan-bahan ( 60-75 biji )

  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Utk hiasan
  • -1 biji putih telur
  • -100gm gula icing
  • -1 sudu besar tepung jagung

DSC_0968

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  2. Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  5. Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk "heart".
  6. Sapukan HIASAN (sila lihat "HIASAN" di bawah) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan penyunkil gigi.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
  8. ***utk HIASAN***
  9. Pukul putih telut hingga gebu.
  10. Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  11. Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  12. Sapukan putih telur keatas biskut
  13. Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.

4 ulasan:

Kerull berkata...

Salam Ika..wah makin menjadik2 nampaknya perang kuih raya ni..akak je yang tak berjuang2 lagik ni..inimacam akak kena buat kuih tunjuk2 ni..hu hu hu

Ayu berkata...

saalm ika,
aahlah memang mood raya dah tiba ONLY in Bangkok..hehe..kalau hati ada baik..poslah sini sebalang 2..kuih2 tu..hehe

HaSue berkata...

ijah..akak buat dulu pun ter brown sket tp masih ok gak dr segi rasa..hehee..xyah frust2 k.
yg korang guna bakar kuih tu mesti guna tdudung periuk kan kannn!!yeyyy..dapat 100bath..haha :P

leen hussain berkata...

ika...meh tolong akak ada lagi 75balang nak buat...