ads/iklan

Rabu, 25 Ogos 2010

Puding Cendol

DSC_1041
PUDING CENDOL

Salam ramadhan kembali :-),

Akhirnyaaaaaaaaaa kini pastiiiiii... :D alalalalala~~ TErlaksana jugak buat PUDING CENDOL nii, sblm ni kalau buat sure habis cendol tu, buat cendol semalm tu 1 dunan so byk lebih leh lah buat puding ni lama betul menunggu tuk dbuat puding dan mlm td lepas free terus buat jdnyer leh mkn pagi2 ni sejuk2 masa sahur nak rasa, mmg sedap! Manis dia pun sedang2 sbb kita kurangkan gula tuk lapisan bwh tu n untuk yg atas tu ikut resepi asal sukatan tuk gula merah tu, oppss lupa gula perang yg kita guna ni ehehe..

Resepi asal dr MyR oleh KAK G atau TUNTUNG15, macehhhhh kak! Mintak izin n halal resepinyer tuk d sharekan dsini juga.. Tapi tuan umah sajer terlebih kerja tambah sikit kacang merah :D sedap!!! Untuk geng2 bwh jambatan jgn malu2 bukak jer sebok tu ya wakakakaka....

PUDING CENDOL

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )>>kita buat stgh adunan jer!
  • Bagi Lapisan Bawah
  • 500ml air
  • 180gm gula pasir
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 500gm cendol
  • sedikit garam

  • Bagi Lapisan Atas
  • 500ml air
  • 200gm gula merah
  • 300ml santan pekat
  • 10gm agar - agar powder
  • 1 biji kuning telur>>Yg ni kita omit
  • sedikit garam
  • Sedikit kacang merah yg drebus>>yg ni sajer2 tambah :D

DSC_1044


Cara-cara

  1. Bagi Lapisan Bawah
  2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
  5. Bagi Lapisan Atas
  6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
  7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
  9. Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
  10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

DSC_1038
Yg ni pulak versi tak cukup ank tuang sume dlm mangkuk tu :D

6 ulasan:

Love2cook Malaysia berkata...

Hi dearie Ika, hru doing there??? oooooh I missed U lorrr...hehehe! :D

Sedapnye puding cendol tuh...mintakkkk. ;)

Selamat berpuasa ya Ika...jgn lupa hantar biskut, kuih muih to Love tau! :DDDD

3 hungry tummies berkata...

Oii agar-agar cendol ni memang istimewa sekali! :)

HALAMANKU berkata...

Wah sana sini cendol.. erma nak wat semalam tapi ader sesi berbuka bersama sultan Selangor.. so kiv dulu he he he sedapnyer Ika.. rajin..

Chik Att berkata...

menarik jee... wajahnya ...
kena try buat gini gak ...

Mas berkata...

tu la erma, ramai betul mencendol...terliur dibuatnya tengok puding cendol ika ....sedapnya...mesti puas makan cendol kan ika, siap buat puding lagi...he..he..

Chik Mimi berkata...

ijahhhhh tapau tapau tp tak bnyk ye sbbnya akak sorang je yg nak makan yg lain2 tak mo termasuklah menantumu itew