Jumaat, 13 Ogos 2010

Muffin Pisang Coklat Rice/Chips

DSC_0918
MUFFIN PISANG COKLAT RICE/CHIPS

Salam d pagi 2 ramdhan d sini n yg sewaktu dgnnyer :-),

Sbnrnyer buat ni smlm petang, tak tahu nak dkerjakan dgn pisang tu sbb puasa2 gini mmg tak laku punyer, nak buat kuih2 daun pisang pulak tak de, nak buat kek malas nak pegang mixer lama jdnyer yg paling senang cuma pegang whisk ajerr lah buat muffin hihihi... senang sgt nak buatnyer ni! pastu mak aiii naik menggunung! ehehe... letak coklat rice dgn coklat chips mmg sedap! tp bakar yg tuk 2nd round tu terentung! huh! tp masih leh makan cuma rangup lerr bhgn atas tu hihihi... Resepi asal dr MAKLANG, kak hana ngendap kat umah MAMAFAMI kita pulak skodeng umah KAK HANA :D Mcm biasa ya mintak izin n halal cnp resepinyer :-) macehhhhhh!!!

MUFFIN PISANG COKLAT RICE/CHIPS

Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur- hana buh 2 biji size S
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek (mama gunakan 4 biji pisang bersaiz sederhana)
  • 3/4 cawan chip coklat - ganti choc rice segenggam


DSC_0920

Cara-cara
  • Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  • Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  • Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  • menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  • Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  • Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  • Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit.

9 ulasan:

cikmanggis berkata...

banyak pisang kat dapur cm ni..nampak gayanya kena tukar jadi muffin baru habis ni:)

HALAMANKU berkata...

Salam morning Ika.. wah menu jepung dah sampai bangkok he he he.. rajin tullah.. bak 5 ketui campur2 yer chip ngan rice tu he he he

indahhouse berkata...

salam ika,
Fuh yo.. mufin pisang dah sampai sini. hu, kita nak juga, cuma takde pisang jer ni. ;)

Ayu berkata...

salam ika,
gulai ayam cili padi dah lama tak masak..
itu muffin nampak sedap..basically semua nak!..
masih terpinga2 nak masak apa hari ni..

3 hungry tummies berkata...

Bagus ni dah balik blogging :) Mintak satu!

makngah berkata...

ija, kebetulan dah puasa ni pisang tak laku, esok boleh le try resepi ni.

PALATABLE berkata...

Salam Ika, selamat berpuasa, amboi gebunya muffin ni, boleh guna pisang yg dah terlebih masak..

http://treatntrick.blogspot.com

fara dean berkata...

jangan lupa bagi sebakul kat akak..hihi

openid berkata...

Salam Ika... wah rajinnya dia masak..macam2 ada.. terliur benor tengok kek lapis asam manis kat bawah nun.. nak sikit wat sahur :D
Ijan