Selasa, 17 Ogos 2010

Nasi Ayam Madu dan Kuih Sagoo@Bronok

DSC_0949
NASI AYAM MADU

Salam ramadhan buat semua ;-),

Hari ni mood kurang, ntahlah! mcm dah tawar hati pulak, mcm terkecik hati pulak rasanyer haih! sejak2 ni terlalu sensitip mudah sgt terasa walau tak dtujukan ke kita tp kesannyer amat dalam cewaaahhh! kali ni baru betul2 tuan umah ni ilang akal huh! Layan nasi ayam jer lah ni sbb tgk kat umah kak mimi terus potong list yg sepatutnyer menu hari ni gantikan nasi ayam :D cuma nasi ayam kali ni nasi ayam sukihati, untuk nasinyer kita buat ikut nasi ayam ipoh dan untuk ayam buat resepi sendirik campak2 untuk sup pun sendirik punyer lah, tp kita akn letak resepi yg lebih kurang sama yg dolu2 kita buat, resepi dr NADIA @ MyR, mekaseh ya :-) Selamat berbuka!!

NASI AYAM MADU

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

[hiasan]

  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun



DSC_0951

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi



DSC_0947
BRONOK @ KUIH SAGOO

Yg ni pulak kes tengok kat umahnyer bini si abg wahid KAK ANA :P, 1st time buat kuih ni, n i likeeeeeee cara penyediaan dia sbb dkukus, mmg cantekkkkkkkk sgt tekstur sago tu mcm manik2 yg berkilat tak benyek pastu berbiji biji, jernihhh sungguh! Kiranyer misi berjaya ;-).. Resepi asal kat MyR dr MAMA KASTAM TIOMAN, mekaseh ya ma share resepi ni, sedap banget! rasa dia pun dah sedang2 manis dia semakinlah i sukeeeeee :D.. KELAPA PARUT tu pulak parut sendirik tawwww! puas hati sgt! putih melepak! hihihi....tp menguji kesabaran nak kopek dia tu huhuhu.... maklumlah tak tahu teknik main belasah jer ketuk sembarangan sbb tak nak terbukak kulit dia ehehe... Mcm biasa ya mama, resepi mintak izin n halal juga d sharekan dsini, macehhhh!!!

KUIH SAGOO @ BRONOK

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah>>kaler hijau
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose>>Ganti dgn pandan paste


DSC_0944

Cara-caranya:-

- Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
- Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya
Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

4 ulasan:

Deliah's Deli berkata...

salam ikan..dtg ni pun nak minta kuih ijo n kcg merah kat bwh sinun..rajen betul ika bt kuih buka pose yerk...klu duduk sblh rmh alangkah bahagianyer :)

indahhouse berkata...

Salam ika,
Ooh.. itu ABC (Allah bagi cuti). hihi.. saya punya pun tak lama lagi menjelang. huhu..

Dulu saya buat bronok sagu ni berbiji juga, ika. Memang saya kukus lama skit. Sejuk jer tekak makan kuih ni. hihi, guna pemarut tu ika? my FIL slalu buat, sbb takde pemarut mesin tu. memang kena cungkil. haha. Nasi ayam madu tu, haish.. berkenannya kat ayamnya yg basah2 tu.. tukarla ngan ayam grg saya yg angus tu. kihkih.

HaSue berkata...

mak aii..menggodanya ayam tuu..lama dah takbuat nasik ayam ni...tgk sana sini org buat..akak ada buat lemang jer..tp lum terpost2 lagi sebab sangkut je nak upload..hehe
Kalo part memarut kelapa tu memang akak surrender..bg kat cik abg jer..haha..dah laa kat sini takde tmpt nak anta atau beli kelapa parut..kalo kat kmpung ader ler..

HALAMANKU berkata...

Wah Ika syedap n menarik tgk menu tu... syantiq jek.. kuih tu pun.. dulu selalu sebut kuih mata katak.. he he he.. rajin Ika ni.. ader lagi tak tuk erma? he he he