ads/iklan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Pulut Serimuka Jagung

DSC_1085
PULUT SERIMUKA JAGUNG

Salam ramadhan kembali ;-),

Last n3 hari ni kot sbb nanti sibuk nak hantar guntingan si abang dgn bapak abang ehehehe... maklumlah minggu depan hari rabu dah naik sekolah nak kena buat kain burok lagi 2 helai haih! paling menyampah part nak menjahit tuala menggunakan tangan sendirik ni, sakit tawww! :D kita miskin tak de mesin jahit jdnyer kena jahit sendirik lah..

Ok, resepi dah nmpk umah MAMAHAWA terus masuk list pastu umah KAK AYU SG pulak buat bintang2, resepi asal dr KAK RUSNAH FP, mekaseh buat semua! mintak ijin n halal resepinyer! Kalau sapa2 nak buat n nak cantik baik adunan untuk jagung tu dblender jd senang nak potong tak pecah2, mcm kita ni bukan sahaja jagung krim tp jagung sebutir butir tu yg kita letak! wakakaka.. semakin ssh nak dpotong tp hasilnyer mmg tip top! SEDAP! sapa2 yg lom cuba tu kena cuba ya.. Buat lepas berbuka sbb dah masak pulutnyer sblm buka pastu buat moreh malam2 buta, bdn dah kembang ingatkan puasa berat turun tp naik hihihi... Jom tgk resepi! maceh kanda2 sume :-) Kopipes dr umah KAK AYU SG :-)

PULUT SERIMUKA JAGUNG

Bahagian bawah

  • 1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
  • 1 1/2 cwn santan
  • sedikit garam dan gula
  • 1 st butter
Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.

Bahagian atas
  • 2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja)
  • 1/3 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 1/3 cwn susu cair
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 sb tepung custard
  • sedikit garam dan vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sb jagung cream

Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.

Sources:- From mamahawa.blogspot.com & originally from Kak Rusnah fotopages


DSC_1089

5 ulasan:

Mas berkata...

cantik la serimuka ika...mesti sedap kan perasa jagung, tak pernah buat lagi, nanti kalau ada stok jagung nak buat juga la...

Aku dan Sesuatu berkata...

oh..pegi blog sana ada kuih..sini juga ada kuih yg mengancam..oh lapar..

Ayu berkata...

salam ika,
wah serimuka mu cantiknya bak tuan punya badan!
sekata aje potongan nya tu...
buka apa hari ni ika?
akak petang ni nak keluar berbuka di rumah bro-in-law..
Selamat berbuka puasa ya..

ijan berkata...

Salam Ika...
Banyaknye menu Ika yang terlepas ni.. semua sedap2. aduhhh tak tahan tengok nasik palembang tu. kuih serimuka jagung tu pon mengancam botul! kalau ktie tolong menjahit, boleh upah sedulang serimuka tak? hehehe

Fiza Amran berkata...

gobunya kuih.. kaler striking lagik... mesti sedap kan..