ads/iklan

Isnin, 16 Ogos 2010

Pulut Seri Warna

DSC_0927
PULUT SERI WARNA

Salam ramadhan kembali buat semua bersiaran langsung dr siam ehehe,

Ok, ni kuih berbuka semalam lah! dulangi SEMALAM ada BELEN lg beberapa ketul dlm sebok ehehehe.... Ohhhh... tuan umah mmg suke dgn kuih2 mcm niii tekak ni dah mcm2 pkir dah yg nak melapis lah tu tunggu lah, tunggu kuih ni abis dulu ya :D Itu hari nmpk kak TTM buat kuih serimuka ni tu sebab teus terngigau ngigau dgn kuih serimuka tu sampai semalam, tp yg ni nama jer lain yg pasti lebih kurang jerr, nak tahu citer kena g kat uamh KAK YATIE US yg skrg dah balik mesia, tp kes dekat umah ni pulak tak de kes mcm kat umah kak yatie tuuu, kita suke serimuka dan kita pun suke kuih lapis jdnyer kita lah semua yg makan hihihi.... buat pun sikit kecik jerrr sukat sukihati jerrr, tp resepi tuk bhgn atas kat umah kak yatie sbb suke dgn resepi2 kuih2 talam yg ada kat sana, mcm biasa kak yatie yg drindui setiap hari mintak izin n halal resepinyer, macehhh!!!! Sbnrnyer byk kaler n lapis kt bhagian atas tu tp oleh kerana mangkuk kita tu kecik segitu jer lah dpt lapisnyer :D ok lah! janji kaler maler belang2 :D

PULUT SERI WARNA

Lapisan Bawah:>>yg ni dah biasa buat cara kita :D
  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis

DSC_0925

Lapisan Atas
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
  3. Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
  8. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
  9. Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
  10. Sejukkan dan bolehlah dipotong.

7 ulasan:

Kerull berkata...

Salam Ika...wah meriahnya pulut seri warna , macam pelangi...mai setalam hu hu buat buka ptg ni..

ICook4Fun berkata...

Adui cantiknya. Sayang lah nak makan :)

HALAMANKU berkata...

Wah Ika dari tingkap dah nampak pelangi.. rajinnyer melapis kuih tu.. syantiq lak.. nak tapau wat buka yer..

LENDANUAR berkata...

wah ika gojezz tu kalernya..suka2......nak makan pun sayangkan...

indahhouse berkata...

salam ika,
mmg salute kat ika kalu bab kue lapis ni, ada pulut pulak tu. suka.. :)

adad berkata...

ikaaa... nak menuntut bolehhh?? ngee! leh jd cikgu lapis segala lapis ni. hikhikhik!

~*as*~ berkata...

Ika, walah2 apik ne.. kena blajo ngan Ika nih.. :)