ads/iklan

Khamis, 26 Ogos 2010

Mee Hoon Tom Yum Tumis Pedas

DSC_1053
MEE HOON TOM YUM TUMIS PEDAS

Salam ramadhan buat semua ;-),

Arini tuan umah nak berehat jap bukan berehat tanpa melakukan sebarang kerja tp kena tgk2 kan yg kecik ni sbb demam, baru nak relax2 sikit ari ni dah kena jd nurse pulak.. Sekarang ni menu berbuka menu malas2 giteewww menu satu mangkuk sahaja atau satu pinggan sahaja ehehe... ntahlah tekak2 nak mkn bersup sup giteewww, kalau rajin buat lauk2 tu mmg untung lerrr tp ntahlah! asyik nak menghirup kuah jerrr!

Seperti yg djanjikan mmg akn buat mee hoon tom yum, buat kuah tom yum tu ikut resepi kak hana yg dulu tu tumis dulu dgn lada blend mmg sedap! sbb pedas :D mmg kita tak pernah serik kena kuar masuk bilik termenung :D Resepi mcm biasa akn dkopipeskan dsini sekali lg just tambah mee hoon jer lah.. Leh g Umah KAK HANA untuk resepi asal, macehhhh! Leh g SINI jugak n3 sebelumnyer :-)

MEE HOON TOM YUM TUMIS PEDAS

Bahan-bahan
  • 1/2 biji bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar - leh add klu nk lg pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 4-5 biji cili padi - ketuk
  • udang, sotong dan ayam jika suka
  • carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis - ikut suka
  • tomato - belah dua/empat
  • daun ketumbar
  • jus limau nipis
  • garam
  • air

DSC_1052

Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih, serai, cili padi, lengkuas, hingga naik bau. Masukkan pes tomyam, daun limau purut dan air sedikit. Tumis lagi.
  • Jika letak ayam, masukkan dahulu dan masak hingga setengah masak. Juga masukkan carrot sehingga setengah empuk.
  • Masukkan bawang besar, udang, sotong, sayuran2an dan air secukupnya. Perahkan jus limau. Perasakan dengan garam. Didihkan. Masukkan tomato.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar.

Tiada ulasan: