Sabtu, 19 Jun 2010

Tom Yum Campur Tumis Pedas

TOM YUM CAMPUR TUMIS PEDAS

Salam kembali!

Masukkan n3 awal jugak sbb masak awal :D almaklumlah nak kena kuar jap g nii jdnyer kita n3 dulu sebelum kemalasan atau kepenatan dtg nanti ni baik kita masukkan n3 ni dulu :D Kita mmg suka lah sgt mkn benda2 yg bersup niii tak kesahlah pedas ke tak mesti nak ada sup! sup2 bodo pun kita suke kalau dah dmasukkan lada sume perah limau sume SEDAP! :D N tom yum ni salah satu fev kita tp kan honestly, kita lg suke perencah tom yum adabi drpd paste asli yg ada kat sini :D kita pun tak tahu kenapa tp kalau org nak kita bg org tak nak pun kita bg ahahahah... maklumlah nak kasi org merasa kan :-) Resepi tumis ni idea dr KAK HANA semalam tuu haih! buat org terliur jerrr! nak2 semakin pedas.. hihahihahihahiha masa hirup kuah dia tu sume air kuar wakakakaka..... Sedap! suke sgt mkn pedas2 gini, macam biasa yer kak resepinyer tepek kat sini pulak :D macehhh!!! Buat semua SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!! :-)

TOM YUM CAMPUR TUMIS PEDAS

Bahan-bahan
  • 1/2 biji bawang besar - hiris kasar
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 sudu besar cili kisar - leh add klu nk lg pedas
  • 1 peket perencah tomyam adabi
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 4-5 biji cili padi - ketuk
  • udang, sotong dan ayam jika suka
  • carrot, bunga kobis, jagung muda, kobis - ikut suka
  • tomato - belah dua/empat
  • daun ketumbar
  • jus limau nipis
  • garam
  • air


Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih, serai, cili padi, lengkuas, hingga naik bau. Masukkan pes tomyam, daun limau purut dan air sedikit. Tumis lagi.
  • Jika letak ayam, masukkan dahulu dan masak hingga setengah masak. Juga masukkan carrot sehingga setengah empuk.
  • Masukkan bawang besar, udang, sotong, sayuran2an dan air secukupnya. Perahkan jus limau. Perasakan dengan garam. Didihkan. Masukkan tomato.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar.

1 ulasan:

Jiya berkata...

uihh.. tahan ke ninja nko makan pedas ni?