Selasa, 1 Jun 2010

Apam Inti Gula Melaka

APAM INTI GULA MELAKA

Salam sume selamat pagi ;-)

Buat malam td :D, so pg ni kena bf ngan apamlah kan :D.. ingat ya sume JANGAN LUPA AMBIK BF sbb penting tuuu cewaahhh! sejak bila jd pakar pemakanan nehh?? :D dulu kita tak leh nak bf skrg ni terpaksa bf sbb nak jg kesihatan hihihi... dah byk info pasal bf ni rasanyer sume org tahu dah kan.. haaa..jom makan apam dgn kita pagi ni kelapa parut bwk sendirik2 ya :D.. Resepi tgk kat umah KAK AYU SG, tp resepi asal kak ayu amik dekat umah KAK NUR cayang kat SG jugak.. Sedaplah apam ni! betul kata kak nur similar dgn putu piring tp sebab apam ni gebussss busss rasa dia lari sikit sbb putu piring kan mcm penyek jer kan.. uuwaaaa..sedapnyer putu piring mkn panas2 huhuhu..lama betul tak makan setiap kali balik mesia sure pasar malam dah terlepas :-(.. Ok lah tak leh bebel2 kang sume tak siap :D resepi cnp dr dapur KAK AYU SG, , mintak izin n halal ya kak ayuuuu.. n KAK NUR jugaaa... :-) macehhhh!!! :-)

APAM INTI GULA MELAKA

Ingredients:-
5 biji telur- (5 eggs)
300g tepung gandum-(300g plain flour)
50g gula pasir-(50g white sugar)
150g gula melaka, dihiris halus-(150g palm sugar, sliced thinly)
100ml santan pekat-(100ml coconut milk)
100ml air-(100ml water)
1 sudu besar ovalette-( 1 tbsp ovalette)

Fillings:-
100g gula Melaka, dihiris halus-(100g palm sugar sliced thinly)

Toppings:-
Kelapa parut dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan.-(Grated coconut steamed with some salt and pandan leaves)



Method:-
Pukul telur dengan gula pasir dan gula melaka hingga gula hancur lalu masukkan ovalette dan pukul hingga mengental. Santan dan air disatukan. Masukkan santan berselang seli dengan tepung. Tuangkan 1/2 bahagian adunan kedalam acuan, lalu taburkan dengan gula melaka, tutup lagi adunan. Kukus selama 25 minit. Keluarkan dari kukus dan sejukkan sebentar. taburkan kelapa parut diatasnya dan siap untuk dihidang.-(Beat eggs, sugar and palm sugar till dissolves and add in ovalette and continue beating till still peak. Add in coconut milk alternately with flour. Scoop 1/2 mixture into moulds and sprinkle palm sugar for fillings and cover with another mixture on top. Steam for 25 miniutes. When ready, let cool and sprinkle steamed grated coconut on top before serving.)
Sources:-From fiqah99.blogspot.com

3 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
Nak tumpang bekfes kat sini...! :) Harini saya bekfes roti jer. nasi lemak tu menu lepas..hehe..
Betul rasa apam ni macam putu piring? wah...mesti moist punyala...
Teringat orang palestin, tgah tunggu bantuan makanan tu.huhu...sedih...Moga2 cepat2la kapal2 tu dilepaskan. :(

PALATABLE berkata...

Salam Ika, datang nak makan apam tu,boleh? Cantik dan gebu!

http://treatntrick.blogspot.com

MamaFaMi berkata...

BF memang tak lupa ambil tapi yang tak syoknya, mama ni suka bf heavy. Kalau takat kuih je for BF, ma lebih rela tak makan! Hahaha... see the bodylah pulak! Ahakss...

Kuih apam yang Ika buat ni kan, macam adik beradik coconut blossom ek?