ads/iklan

Selasa, 29 Jun 2010

Kuih Lapis Kacang Hijau

KUIH LAPIS KACANG HIJAU

Salam pagi selasa sume!! :D

Buat petang semalam sbnrnyer ni sbb tak tahu nak buat apa ehehe... sedap! jom makan! :D Nmpk kat umah kak yatie aduhhhhhh sedap betul tgk! nak2 ada kacang2 gini mmg lerr sedap! Resepi asal dr KAK HANIELIZA tp untuk adunan kacang hijau tu kita tambah 1 sb tepung hijau! hihihi... xtra sedap suke dgn bau tepung kacang hijau tuu :D Mcm biasa kak yatie mintak izin n halal cnp resepinyer! kredit juga buat tuan punyer resepi KAK HANIELIZA macehhhh sume!! :-) cnp dr umah KAK YATIE US.. kalau dekat ni mmg leh berguru dgn kak yatie ;-)

KUIH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan A
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1/2 cawan kacang hijau yg telah direbus kembang
  • 1/2 cawan air
  • pewarna hijau
  • 1 sb tepung kacang hijau >> yg ni kita tambah
Bahan C
  • 1/2 cawan air




Cara-Cara
  1. Gaukan semua bahan A sehingga sebati. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  2. Campurkan bahan B dalam 1 bahagian dan kacau rata.
  3. Campurkan bahan C dalam 1 bahagian lagi. Kacau rata.
  4. Sapukan minyak pada loyang bulat atau empat segi berukuran 5 inci.
  5. Tuangkan 1 senduk adunan B dalam loyang dan kukus selama 7 minit.
  6. Lapiskan lagi 1 senduk adunan C diatas lapisan tadi dan kukus selama 7 minit lagi.
  7. Ulang proses melapis sehingga adunan habis.
  8. Bila telah masak sejukkan betul-betul baru potong dengan pisau pelastik.

7 ulasan:

Yatie berkata...

Salam Ika,
Wow dah jadi kuih lapis kcng hijau tu....ingt Ika ada letak perisa durian....mesti lagi sedap...maklumlah kat Thai kan bnyk durian....
Kejap lagi akak nak berbuka pose ni....bak sepiring kuih ni....

Watierman berkata...

Wha...whaaaaaa..Ika...Akak toooo busy....nak gi KL Khamis....tengah menguruskan banyak hal.....geramnya...tengok orang melapis!!!!

LENDANUAR berkata...

hmmm sedapnya kuih lapis ni.....rajin ika melapis...nak mintak ler beberap ketul blh.....

izahdaut berkata...

ika...tak yah dah berguru dgn kak yatie tu..dah cantik molek dah tu ha... waah masuk majlah lawo ni...

aeinio berkata...

yup! betul2 mengancam nih...

Shereen berkata...

Hi there,
I suka betul tengok your hasil air tangan.Whatever you masak and bake,all look very cantik..like we Peranakan will say...'..senonoh sekali'.

3 hungry tummies berkata...

Sedapnya! Ni sesuai untuk membuka puasa ni!