ads/iklan

Khamis, 24 Jun 2010

Bone Steak

BONE STEAK

Salam khamis sume :D,

Hari ni pun kalau sihat tubuh badan masih lagi berpuasa insyaAllah tp bdn ni mcm dah tunjukkan tanda2 yg pelik huhuhu... tunggu dulu ya :D.. Ni menu berbuka semalam, rasanyer dah lama beli tulang tp tak masak2 pun alasan sbb syg nak masak! ahahahaha.. gonjeng punyer tuan umah :D Resepi ni kita paling suker! sedap! ratah gitu jer dah cukup mengenyangkan, paling best tak bau sbb ada daun pandan n serai sekali masa merebus dia, sapa yg rasa nak cuba atau lum pernah makan lehlah cuba resepi ni, adjust jer rasa masam sikit manis sikit masin sikit walahhhh! oppsss lupa xtra cili kering ehehehe...
Resepi asal dr KAK FIDA MyR tp syg skrg ni masih bermasalah kena tunggu dulu MYR baik ya baru leh masuk jdnyer tak leh nak antar link tu ke sana, boleh tgk kat SINI, yg n3 yg sebelumnyer :-) apa pun Macehhhh! n thank u to MyR jugak byk resepi2 best kat sana :-)

BONE STEAK

Bahan-bahan
  • 1 kilo tulang *- cuci bersih
  • 3 helai daun pandan*
  • 1 btg serai*
  • 4 ulas bwg putih* -diketuk
  • 1 ibu jari halia* -diketuk
  • (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
  • 2 sb ketumbar biji*
  • 1 sb jintan kasar*
  • 3/4 sb jintan halus*
  • 1/2 sb lada hitam/putih*
  • (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bwg merah
  • 5 ulas bwh putih
  • 1 botol tomato sos
  • 2 sb kicap manis
  • kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
  • 1-2 biji bwg besar - dibelah
  • cili hijau - dipotong
  • 2 biji telur - di kocok
  • Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • 1/2 cwn kacang peas -utk tabur


Cara-cara
  1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
  2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
  3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
  5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
  7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual

1 ulasan:

Watierman berkata...

Salam Dik Ika....Akak ni memang suka makan daging....terkedu kejap tengok gambar tu....Hrrmmm terasa nikmatnya!!!