ads/iklan

Rabu, 9 Jun 2010

Soft Honey Raisin Pumkin Buns

SOFT HONEY RAISIN PUMPKIN BUNS

Salam pagi sume :-),

Bf roti pulak sbb stok WR kita byk sgt! nmpknyer ptg nanti pun kena meroti jugak :D . Buat petang semalam sebelum g jumpa dentist, dah nak kuar tu settingkan doh ON pastu balik jer dr klinik gigi dah leh bentuk2 kan dia :D. nmpk ross buat roti ni guna kabocha teringat kaboca kita yg dah nak itam2 tu sib baik dia bercendawan bhgn biji jerr hihihi.. punyerlah lama perap, memula dulu plan nak buat pengat tp tak jugak buat2 sampailah seru semalam petang ni buat roti, mcm kebetulan jerrr :D, Resepi asal ROSS OSAKA, akak mintak izin n halal cnp resepinyer ya ross, macehhh!!! Tp kan roti kali ni kita tak tahu nak kata apa sbb dia terlalu lembut mcm roti naik tuuuuu, bila pegang dia tgglkan bekas giteewwww... sedap sbb lembut! :D

SOFT HONEY RAISIN PUMPKIN BUNS

Bahan-bahanya ( sumber resepi ros@jintanmanis.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

  • 220gram tepung roti
  • 30gram tepung gandum
  • 4 gram yis
  • 1/2 biji telur>>yg ni kita tak letak ganti kan dgn 1 1/2 sb WR
  • 100 ml susu segar suam+1 sudu besar madu ( di kacau sebati)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 40 gram butter atau marjerin>>yg ni pulak 20g shortening 20g butter
  • 80 gram labu (yang telah direbus dan dilecek baru ditimbang)


bahan tambahan
1/2 cawan kismis hitam

bahan topping
sedikit kelapa kering/ gula



Cara-Caranya ( Jika Uli Tangan)- Doh Roti

1. Satukan tepung roti, tepung gandum, yis, gula, butter dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah-tengah.

2. Kemudian masukkan susu segar yang telah dicampur dengan madu, labu yang telah dilecek serta telur di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

Cara lain jika menggunakan bread maker :

-Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, kecuali kisimis hitam, pilih menu dough dan tunggu sampai doh siap diuli baru masukkan kismis hitam dan uli sebentar, selepas itu boleh terus dibentuk bulat-bulat.

3. ( sambungan step jika uli tangan) Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara@angin. Uli lagi 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam. ( ros letakkan dalam papercup muffin dan susun dalam muffin tray, kemudian ros gliss permukaan buns dengan susu segar yang dicampur dengan beberapa titik madu dan tabur kan atasnya dengan kelapa kering dan gula.)

4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 18 – 20 minit. Setelah masak, sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

- di bawah ni ade gambar buns sebelum dan selepas dibakar, ros suke buat kecik-kecik, biar nampak comel je dan senang juga untuk dimakan.


Tabur gula jer! senang citer! :D yg belen tu biar giteww jer kat cup tu :D

1 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
huwa...! cantik roti dia. oh, pumpkin pun bole buat roti ya ika? lembut lak tu... cantik wane dia kuning ori... huwa...nak pinjam BM ika??... hehehe... curi seketul ...tanya dulu ni. ;)