Sabtu, 12 Jun 2010

Chiffon Oren

CHIFFON OREN

Salam pagi sabtu!! :D

Best betul bgn lmbt hari ni, lepas solat membuta balik hihihi....pastu kul 6.30 baru bgn ^____^.. Jom bf cipon kat siam pulak yg kat jepun dgn ganu dah habes! mkn sini pulak.. tak nak?? tak tinggi?? haaaa... ambik sorang 2 potong pastu letak yg sepotong tu atas yg sepotong lagi jdlah tinggi! wakakakakaka... adoiiilahhhh.. byk tragedi tau semata mata nak merasmikan acuan serombong tuu huh! Kira ni yg 2nd trial sbb 1 trial buat same day dgn kak hana sume BANTAT! uuugghhh... 10 minit pertama blackout!!!! uuughhhh... pastu dah 30 min lepas tu blackout lagi!!! gggrrrrrrrr....yg 1st trial tu sbnrnyer kita dah tahu hasilnyer tuu akn mendap sbb masa pukul meringue tu dia tak berapa kental, mmg dterbalikkan tak jatuh tp tak kental sbb masa tu dah penat sgt! n buat 1 adunan laks tu huhuhu.... Yg semalam ni pulakkk alahaiiii... tuan umah ni mabuk nak guna loyang baru agaknyer, dah lah besor loyang tu kita buat sepruh adunan jer! haaaa.... sah2 mmg naik separuh jer! ahahahaha... yg pasti TAK BANTAT! :D Ok lah hari ni tak leh bebel2 lama2 sbb nak kena g youchien ada sambutan FATHER`s DAY kat sana, pastu mcm biasa dolan2 jer kerjanyer hihihi... jemput makan tak nak tak pe hihihi.. Resepi asal dr GERT, n mcm biasa dah terbang ke umah CMG n seterusnyer.. Skrg ni mmg tgh demam cipon jdnyer jgn terperanjat klu kuar kek cipon lagi, byk perasa leh buat ni :D Resepi mintak halal n izin ya cikmat :D maceh buat gert jugak :-) nak g umah KAK HANA pun boleh umah KAK NOR pun boleh sume2 rumah ni sume tinggi2 kita jer ketot2 ahahaha...

CHIFFON OREN

Bahan A
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur
Bahan B
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan.

3 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Salaam Ika.. sihat? Lama dah mama tak menyipon ni. Infact, lama dah mama tak buat apa-apa experiment kat dapur. Ntah naper, rasa malas tahap melampau. Tapi rasanya beransur kebah la kot... daripada tahap 5 dah turun tahap 4 kot..

izahdaut berkata...

waaahh..dah demam sungguh ni..angin chiffon tak sampai ampang lagi ni...maklum lah..demam gula tak dak..huwaa nak chiffon gaak..nak nak..tak kira la kentot ke nak gak

PALATABLE berkata...

Salam Ika, mesti sedap kek, ada letak jus oren, kak suka .....

http://treatntrick.blogspot.com