ads/iklan

Sabtu, 19 Jun 2010

Pau Gebu

PAU GEBU

Salam n selamat pagi sume :D,

Asyik makan kuih muih jer ya tuan umah ni ehehehe.... masaklah! tp masak biasa2 jerr nak tepek gmbr malaslah pulak! Jom layan kuih lagi buat mlm td :D hari ni sekolah mcm biasa sbb gantikan masa kena curfeww bulan lepas tu, tp sblm lunch dah balik cuma 3 subjek jer, n lepas balik dr sekolah kita n budak 2 org tu kena tawaf kwsn dekat2 umah ni sbb projek si abg kena lukis peta! ahahaha... jdnyer lepas dia balik sekolah kita bz lagilah ni, dak kecik tu tggl ngan ninja tu kang bwk tak leh nak buat kerja.. kena bwk payung n kipas sbb mesti panas kat luar sana tu :D.. Ikutkan malassssssss sgtttt tp sian minggu depan dah nak kena hantar biar dia tgk n imagine sendirik mcm mana nak lukis peta tu :-)..
Resepi pau ni kita pun dah biasa guna, resepi dr KAK TON MyR, mmg lembut ler, kalau dpegang lekuk gituuu! tp kita guna special flour yg buat pau made in thai halalan tau! putih melepak betul hasil dia! suke tgk pau putih2 ni, ada resepi kat belakang pack tu tp tulisan thai lah pulak! Nanti2 nak tanyer maid kat atas tu :D Resepi mcm biasa ya kak ton mekaseh!!!! Kita tak leh masuk MyR lagi jdnyer kita cnp post yg sebelumnyer kita buat tu leh g kat SINI..

PAU GEBU

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener>>yg tak masukkan tp hasil ttp gebus ;-)
  • 1/2 cawan air suam>>yg ni kita lebihkan sbb tak surelah air baper byk takut kita silap, nak tgk resepi asal tak leh sbb MyR tak leh bukak, kita tmbh dlm 1/3 lagi air suam.


Cara-cara

  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...


INTI SARDINE+KENTANG

Tiada ulasan: