ads/iklan

Isnin, 7 Jun 2010

Nasi Tomato Ayam

NASI TOMATO AYAM

Salam kembali!!! :-)

Hari ni makan nasik yg senang dmasak n sedap! ;-) Plan nak buat semalam tp semalam ada org nk makan makanan jepun jdnyer kena kanselll lah nasi ni semalam tuuu.. jdnyer balas dendam buat hari ni, sedapppppp! cuma tang beras tu kita terpaksa guna separuh beras basmathi n separuh beras biasa sbb tak de stok! ehehhe... kler pun cam nasi sakit jerrr tak nk merah! ahahaha.... tak pelah janji sedap n letak tomato2 :D, lawankan dgn sup jer! malas punyer pasal hihihi.... Cubalah sapa yg belum cuba lg tu, kita ntahlah sejak2 ni mmg suke bebenor nasik2 mcm gini, sbb malas lah tuu buat mcm ni abis citer sbb tak yah buat lauk byk2 :D klu buat pun budak2 ni bukan makan sgt :D ye tak? :D Ambik resepi kat umah KAK AYU SG, mekaseh kak ayu!! mintak izin n halal resepinyer juga! Resepi asal kat MyR dr KAK FIDA, eh? mcm dah buat pulak resepi ni ahahaha... adoilah! leh lupa pulak! Tak pelah dah buiat ke salin lagi resepinyer kikikiki.....:D skrg ni MyR tgh sakit tak leh nak masuk huhuhu...

NASI AYAM TOMATO

Ingredients:-
1kg beras basmathi-cuci dan toskan
300g ayam/isi ayam -dipotong kecil
110ml air
8 biji toamto buah -dicincang halus
4 sudu besar toamto puri
11/4 cawan susu sejat
3/4 cawan minyak sapi/marjerin
garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
3 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
1 ibu jari halia

Bahan Penumis:-
8 kuntum bunga cengkih
8 biji pelaga
3 inci kulit kayu manis
4 batang serai ditik
3 helas daun pandan- disimpul

Bahan Hiasan:-
daun sup/ bawang, bawang goreng, gajus goreng



Method:-
Air dan ayam direbus hingga empuk, toskan ayamnya dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pula tomato buah dan tomato puri dan kacau hingga rata. Masukkan pula air rebusan ayam dan susu cair dan biarkan mendidih lalu masukkan beras dan masak hingga hampir kering. Masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati. Tutup periuk dan kecilkan api dan masak hingga nasi toamto ayam tanak. Matikan api. Taburkan dgn 1/2 bahagina hiasan dan serihkan nasi perlahan2. Taburkan lebihan bahan hiasan diatas nasi ketika menghidang.

Tiada ulasan: