Rabu, 30 Jun 2010

Gendang Kasturi/Kuih Kasturi

GENDANG KASTURI/KUIH KASTURI

Salam bertemu kembali ;-),

Bangun pagi hari ni segar walau terkewat hihihi.... Alhamdulillah, akhirnyer dah g berjumpa dgn dentist sib baik dentist perempuan tak malu sgt pun :D tp next appoinment dgn dentist lelaki pulak sbb yg ni pakar untuk buat root canal treatment jdnyer kena berpisah ngan dentist perempuan tu dulu, waduhhhh, berdebar sungguh masa 1st time baring tu heart beat kita jgn ckp lah dia punyer kencang mcm org kena kejar antu! kikiki.....masa xray pun gitu, mcmlah baru 1st time kena xray :D gigil2 bdn :D.. Ok lah rupanyer yg sakit semalam ni bukan gigi berlubang itu(yg ni dah kena filling semalam :D)sebelah gigi yg berlobang ni lah yg nak kena buat root canal itu lah yg sakit sbnrnyer dia bermasalah bhgn dlm bila dketuk aduhh mak aiiii sakit! oleh itu g lah berjumpa dentist anda at least setahun sekali :D, rupanyer lg sakit kena cuci dr kena injection huh! habis semalam semua gigi kena cuci :D selesa betulll lepas kena cuci mcm tak nak makan apa2 jer! :D

Resepi kat atas tu goggle2 kat umah KAK AYU SG, lebihan kacang hijau yg dbuat kuih lapis semalam tu tp kita dah siap2kan dulu dr mlm td, pg ni tggl goreng jer, senang kerja taklah terkejar kejar :D, sedap betullll dpt mkn kuih ni dulu2 kita kan mmg jual mahal ngan kuih2 gini tp skrg apa jer sedap! hihihi.. KAK AYUUUU mintak izin n halal resepinyer :-) maceeehhhhhhh!!!

GENDANG KASTURI

Ingredients:-

400g kacang hijau-direndam 2-3 jam atau semalaman-(400g green beans-soaked 2-3 hours or overnignt)
3 sudu besar santan pekat-(3 tbsp coconut milk)
1/2 cawan air gula melaka-(1/2 cup palm sugar syrup)
secubit garam-(a pinch of salt)





Method:-

Rebus kacang hijau sehingga agak lembut. Masukkan santan pekat, air gula melaka dan secubit garam dan gaul rata.. Bila adunan sudah pekat dan kembang, masukkan inti kelapa dan gaulkan rata. Matikan api dan biarkan sejuk. Buat bulat2 , leperkan dan ketepikan-(Put green beans to boil till soften. Add in coconut milk, palm sugar syrup and a pinch of salt, stir till incorporated. When mixture has thickens and soften, add in coconut filling and stir well. Turn off heat and let cool. Make balls, slightly flatten and put aside)

Bahan untuk tepung menggoreng:- (Ingredients for batter)
3 cawan tepung gandum-(3 cups plain flour)
air secukupnya-(water to estimate)
2 sudu besar kelapa parut -optional -(2 tbsp grated coconut-optional)
1-2 sudu kecil serbuk kunyit-( 1-2 tsp turmeric powder)
garam-(salt)
1/2 sudu kecil kapur- (1/2 tsp white lime)

Method:-
Masukkan tepung kedalam mangkuk, tuang air kacau sehingga sebati jika pekat tambah lagi sedikit demi sedikit air. Masukkan serbuk kunyit, kapur, kelapa parut dan garam. Ambil inti kacang hijau yang telah dibulat dan leperkan tadi dan celupkan kedalam adunan tepung(seperti nak menggoreng pisang) dan goreng dengan api yang sederhana. hingga kekuningan. Angkat dan siap.-( Add flour into a bowl, mix water. Add in turmeric powder, white lime, grated coconut and salt. Take the flatten green beans fillings and dip into batter(same steps like frying the banana friiters) and fry with medium heat till golden yellow. Dish out and ready.)

9 ulasan:

Wanieyra berkata...

salam pagi ika, masa kecil2 dulu kita mmg suka betul kuih ni, lebih2 lagi kalu kulitnya garing... tapi sekarang kita beli frozen je sbb kita sorang je makan....

izahdaut berkata...

ooo sedapnya nama kuih ni, dulu kite panggil kuih kacang yang goreng..hehe..alhamdulillah.. dah tak sakit gigi ye..dengan tulang2 skali ko nak gigt ye ika

HALAMANKU berkata...

Ika... sihat dah gigi? ni bawak dentis dtg umah he he he... rajin nyer Ika.. nak 2 ketui..erma panggil kuih kasturi jek..

Lovely Kitchen berkata...

masa kecik2 arwah ayah selalu gorengkan utk kami adik beradik kalau mak g keje...mak dah siapkan kacang dan bancuhan tepungnya arwah gorengkan je...sedap mkn air tangan both of them! miss my dad so much!

Jiya berkata...

gendang kasturi?? pestaim dgr ni... bukan gegendang ker? akekekekekkeke! bak separuh pinggan.. gemok2 kuih kasturi nko ika. adakah mcm tuannya jugak? akekekeke

3 hungry tummies berkata...

Sesuai buat afternoon tea ni! Enak!

Ayu berkata...

salam ika,
mintak 20 ketul..buat buka posa hari ni..
apa ada lagi kat dapur tu..bawak sini ya..
hehe thnks for trying ya ika..

Deliah's Deli berkata...

salam ika..lama x mkn ni.rangup tak?

Juwita Jamaludin berkata...

salam ika.. akak scroll dari atas sampai bawah perut kenyng jadi lapo la.. sedap2 sungguh menunya.. bagi vitamin rajin tu sikit.. la ni akak tak rajin nak masak yang bulan2 asyik masak yang simple2 jje.. jeles la kat ika