ads/iklan

Selasa, 22 Jun 2010

Bun Gula Merah/Perang

BUN GULA MERAH


Salam n selamat pagi!!

Haaaaaa...sesuwai tuk budak2 roti mcm ni, mekaseh ya ross! sedap niii bau dia pun harummm jer! tp akak guna gula perang sbb gula merah tak de! huhuhu... kat sini kat mana ntah kedai yg jual gula merah huh! Buat ptg semalam sbb nk buat bf tuk budak2 hari ni, n macam biasa versi budak2 kena ada cekelat chip itteeewwwww versi mak mmg suke letak kismis jerrr :D.. ambik ni ross akak bg 3 ketul cukup2 mkn ank beranak :D Mcm biasa ya ross resepi akak mintak izin n halal ya :-) tenkiiiuuuuuuuuu!!! Leh g umah ROSS jugak! Buat kecit2 jerr :D




BUN GULA MERAH/PERANG

Bahan-bahanya-sumber resepi ros@jintanmanis.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

180gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar skim milk@susu tepung
3-4 sudu besar gula merah
100ml susu segar suam@boleh ganti dengan air suam
40gram butter
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
50 ml air
1/3 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner ( boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux)>>Guna WR

bahan sampingan

1/3 cawan kismis hitam




Cara-caranya ( uli tangan)

1. Mula-mula masakkan gula merah bersama 50ml air didalam periuk dan kacau sehingga gula merah larut, ketepikan dan sejukkan sebentar.

2. Selepas itu, masukkan bancuhan gula merah dan semua bahan doh dalam bekas adunan kecuali kismis hitam dan uli hingga tidak melekat pada jari. Uli selama 5 hingga 8 minit.

3. Setelah adunan menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapatkan doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan beberapa minit, anda akan dapat doh yang elastik.

4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan kain bersih atau plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di campur dengan kismis hitam dan uli sebati.

5. Bahagi kedua-dua doh pada 9 bahagian bun kecil dan susun di dalam acuan petak 18cm, pastikan acuan petak di lenser dahulu dengan butter atau marjerin, biarkan doh naik dua kali ganda dan gilss permukaan bun dengan 1 sudu kecil susu segar+beberapa titikmadu.

KAEDAH LAIN ( menggunakan Bread Maker)

- Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam dalam BM dan pilih menu Dough dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli, kemudian keluarkan doh dan bahagi doh pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan kismis hitam. Boleh terus bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam acuan petak. Biarkan naik dua kali ganda.

5. Akhir sekali bakar pada suhu 170-180darjah selama 20 hingga 23 minit dan sedia untuk dihidangkan panas-panas atau boleh juga disejukkan dahulu atas redai. Selamat Mencuba.



2 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

salam Ika..

cantik, kemas je bun tu Ika...
kalau akak..sure ada beso kecik punya hehehe..
meh la 3-4 ketoi..akak nak buat minum pagi ni...tadi bf roti canai..dah lapor balik:D

Watierman berkata...

Oooo dari Jepun terus ke Thailand...kenapa lah Penang tak sangkut angin buat bun ni....tiup gi mana angin tu erk!