ads/iklan

Jumaat, 11 Jun 2010

Japanese Style Sweet Bun Dough

JAPANESE STYLE SWEET BUN DOUGH

Salam jumaat sume :-),

yeee haaaaa... akhirnyerrrr! gebussss g i l e r! Sesuwai mmg kalau letak gula atau mkn dgn jem, mmg best! Buat ptg semalam n buat bf tuk hari ni letak jem.. yum yum!! sedap banget! lain sikitlah tekstur dia lembutttt n toink2 gituu :D Sapa2 yg tak cuba lagi harus cubaaaa tp harus dingat dia tak berapa manis sgt jdnyer mmg sesuwai kalau tabur gula atau mkn dgn jem ;-) Resepi asal kat umah GERT, then terbang ke kuantan umah KAK UMMI yg tgh nak cuti2 tuuu, pastu berenti kat sedenak umah CMG, dan balik ke tempat asalnyer JEPUN umah KAK HANA hihihi... ooopsss... yg suaminyer jepun pun baru nak sampai sini buat :D bukannyer apa, menu penuh lerrr :P Mcm biasa ya, terima kasih kerana berkongsiiii ;-) Resepi cnp dr umah KAK HANA, maceh yo kak! :D btw, leh letak inti jugak mcm inti kacang merah ke atau kelapa ke atau yg sesuwai dgnnyer :D

JAPANESE STYLE SWEET BUN DOUGH

Bahan-bahan
  • 375 g tepung roti (high protein flour)
  • 100 g tepung gandum
  • 35 g susu tepung
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
  • 80 g gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 1/2 camca teh instant yeast
  • 150 ml air suam (kurang lebih) - hana lebihkan 15ml>>yg ni pun kita lebihkan
  • 40 g mentega>>20g shortening+20g butter
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan



wit choco chip :-)

Cara-cara
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.
doh yg tanpa segan naik huh! bila bakar 2 kali ganda naik! :D

2 ulasan:

Fiza Amran berkata...

tapau..... boleh??

maz berkata...

rjin btul ika buat rti ye..kmaz anak2 xminat mkn rti..lgipun kat msia ni akak mai beli je..hehe..meh la join skli..ptg nti kmaz n mama ada dating nga kakummi..pgi tdi p nilai pun nga mama jgk..jln2..mgu dpn nk p lgi tu...hehe..