ads/iklan

Isnin, 21 Jun 2010

Rich Blueberry Muffin

RICH BLUEBERRY MUFFIN

Salam kembali d pagi isnin ;-),

Dah kesedapan lepak2 semalam ni kat umah maklumlah hari ahad mmg nak lepak2 :D sbb isnin dah mcm biasa kena kerja keras balik :D selain kerja keras untuk melelapkan mata hihihi... Buat ni ptg semalam mmg nak buat BF pagi ni, tp buat setgh adunan jerr sbb sure tak habis punyer, blueberry kurang laku kat budak2 tp tidak pd mak n bapak budak2 :D.. Resepi dr umah CMG, sedap! lembutt! sblm ni ada jugak buat tp kali ni ada guna susu kot! tu yg jd sgt lemaknyer! :D InsyaAllah lepas free karang kita buat balas kunjungan ya :-) tenkiuuuuu!!! Resepinyer mcm biasa ya cikmat mintak izin n halal dsharekan dsini :-), tQ!!

RICH BLUEBERRY MUFFIN

BAHAN-BAHANNYA :-)


130 g mentega berkualiti
125 g gula halus
3 biji telur gread "B"
250 g tepung gandum*
10 g susu tepung*
15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
130 ml susu sejat "IDEAL"
1 camca teh esen vanilla
Bluebery filling secukupnya


Filling yg sgt kehekutnyer hihihi...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
  4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
  5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan..

4 ulasan:

LENDANUAR berkata...

SALAM IKA...ADA LAGI X MUFIN NIH..LAPO LAH PULAK...

Watierman berkata...

Menarik minat...sungguh!!! Nak sebiji..Ika pleeeze!

Treat and Trick berkata...

Salam Ika, nak sarapan dgn muffin ini, ada lagi ke?

http://treatntrick.blogspot.com

indahhouse berkata...

salam ika,
oh, ini yang saya suka! ada filling! hihihi.