Rabu, 9 Jun 2010

Nue Nam Tok atau Daging Grill Pedas

NUE NAM TOK @ DAGING GRILL PEDAS

Salam kembali bersiaran langsung dr siam :D,

Hari ni malas, malas nak masak malas nak buat itu malas nak buat ini sume2 malas! ahahaha.. hari2 malas! kalau lah dpt golek2 jerrr kan best! tp bila dah tergolek pulak rasa boring boleh sakit kepala tuuuu.. jdnyer kena seimbangkan cewaaaaahhh! :D Buat jugak menu2 daging ni walaupun dah nak kehabisan stok daging ni pun buat hanyer menggunakan beberapa hirisan daging punyerlah sayang nak guna daging dlm erti kata lain KEDEKUT atau lg sedap kena CATU wakakakaka..... Dah byk kali buat menu ni malas nak ulang tyg kali ni kita ulangtayang balik menu ni ya... no komen sbb sedap! Sapa yg nak cuba buat mmg leh sgt nak buat sbb senang n sedap ;-) Resepi asal kat umah KAK NOR GANU tu yaaa nak tgk kat SINI pun boleh versi siam, kdg kita buat guna resepi yg tu jugak! sama jer hasilnyer sedap!!! Yg ni resepi dr umah kak nor mintak halal n izin resepinyer!! ;-)

Untuk my FIL juga hari ni ada operation apa ntah kita tak tahu kat bahu dia sian tgk, so dr semalam ni ninja tu request rajin2 hantar email dekat hp dia bg kata2 semangat n kesian jugak kat MIL sbb dia tggl kat umah sorang2 dah lah tak pandai bwk keta, pastu lepas operate kena stay sebulan! huhuhu... apa pun kita org kat sini bg sokongan sbb MIL pun tak sihat! :-( kalau dekat leh jg tp apakandaya jauhhhhh... tgk resepinyer pulak :D

NUE NAM TOK @ DAGING GRILL PEDAS

Daging Gril Pedas

  • 250gm daging batang pinang
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Cara2

Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.

Bahan2 Lain

  • 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
  • daun pasli/daun saderi ~ dihiris
  • daun bawang ~ dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 1/2 sudu besar air limau nipis
  • cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris # resipi asal letak serbuk cili kasar>>yg ni kita letak
  • Kita tambah tomato n daun ketumbar


Cara2

Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tp kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.

3 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
yum... pedas2 gini yang sedap. laparlah ika, saya nak tumpang makan ... ;)

izahdaut berkata...

nmpk sodap daging ni..tu la kalau daging batang pinang ni pepaham la harganya punnn...mm layankat sinila dulu

Mat Gebu berkata...

Meleleh air liur.....