Rabu, 2 Jun 2010

Tukang buat `SATAY AYAM` yg malas ahahaha...

SATAY AYAM n THE GENG

Salam kembali sume :-),

Alhamdulillah sampai pun umah :D ughhh! tuan umah ni dr td senyap nak tahu tak g mana?? nak tau tak??? tak nak tau tak pe kita specis kepoh jugak nak bgtau jugak ahahaha.... penat lerrr.. tp yg paling best i dpt beli buku TWILIGHT SAGA `ECLIPSE`!!!!!! yahoooooooo.. pas ni tuan umah sibuk BACA BUKU ya selagi tak habis mmg tak puas hati, sambil2 baca buku tu lehlah betullkan BI kita yg agak tunggang langgang ni jugak hihihi... Pastu kan kan kan, ada lagi ni nak bgtau.. jumpa BURGER RAMLY!!!!!!! DULANGI BURGER RAMLY ahahaha... TAPI perasa udang jer yg ada owang nak daging ke ciken ke tp abislah cuma yg ada kat situ TAG dia jerr huh! rupanyer haaa...ni org yg jakun ngalahkan katak bwh tempurung ni kan, carrefour ada satu tempat ni kira byk ambik brg dr mesia mcm pringles sume tu byk dr mesia n ada tanda halal lah kan, pastu byk jgklah! haih! selama ni kita pun ada pegi cuma terlebih jakun kun :D pas ni mmg kena panjang kaki g sana lg yg tak best jem melampau teksi kdg tak nak pergi tu yg nyampah tuuu... tajuk satay dah ke lain ya bunyinyer ehehe..

Oklah resepi satay kat atas tu mcm biasa mmg dah stick dgn resepi KAK FIDA @ MYR, suke sgt rasa dia kalah tokey jual satay cuma tuan umah MALAS melampaui segala galanyer hihihi... tak kerat pun kecik2 just kerat ikut suka tgn kita nak kerat ahahaha... n of koslah dah perap dr semalam :D, lwnkan ngan kuah kacang, nasi himpit n salad2 tu sume.. kenyang pung! jom makan! Untuk kuah satay tu pun dah biasa guna resepi yg sama, mekaseh buat penyumbang resepi satay n kuah satay ni jugak! Resepi mcm biasa ulang tyg balik jan ada yg jemu nanti senang nak selak2 balik :D

SATAY AYAM

Bahan-bahan
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir>>Kita tak letak sume tuang sikit2 n rasa
  • 100 g gula merah>>sama mcm gula pasir jgk
  • 100 g madu,
  • 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • hana tambah bwg merah
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup

Bakor atas kuali wakakaka... tak sempat ler nak kuar arang sume huh! tp ttp sedap!:D

Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging@ayam bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.>>kita perap semalaman.
  2. Cucuk2kan ngan lidi sate dan bakarlah cam biasa.
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.


KUAH KACANG

Bahan-Bahan untuk Kuah:
20 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci halia
2 batang serai
½ inci lengkuas
4 ulas buah keras (optional)
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit belacan
½ sudu teh ketumbar serbuk }
½ sudu teh jintan halus serbuk }
½ sudu teh jintan kasar serbuk } …optional (bubuh jika anda suka kuah yg lebih berempah)

(kisar kesemua bahan di atas)

600 gm kacang tanah (disangar dan kisar)
3 cawan air (lebih-kurang)
sedikit air asam
250 gm gula pasir
2 sudu teh garam
air daging (dari perapan daging tadi)
secukup minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan air, kacang tanah kisar, gula, air asam, air daging dan garam. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Kacau sehingga mendidih lalu matikan api.

7 ulasan:

leen hussain berkata...

ika....bila ler akak nk rajin wat satay nii...bak ler sikit rasa dulu...

PearlnScarf berkata...

interesting

indahhouse berkata...

salam ika,
adus ika, teringinnya sate. takde nampak malas pun, asal kita yg buat, kan? saya pun rasa nak tumpang setangan...hihihi

CuteOven berkata...

salam ika....good idea bolehlah tiru.....

Yat Maria berkata...

neng.. sate nya bungkus 20 ya..tambah timun & no bawang...kuah seperiuk..kihkihkih..

3 hungry tummies berkata...

Sedap sangat satay tu! Nak masak ni tapi malas sangat nak buat kuahnya :(

izahdaut berkata...

ika..sodapnya satay..buat sendrik lak tu..lagi laju je menggigit tanpa sedikit pun was was..syabasss