ads/iklan

Khamis, 10 Jun 2010

Bingka Labu

BINGKA LABU

Salam pagi sume ;-),

Hari ni mengantuk, sgt ngantuk rasa mcm nak tarik bantal jerrrr.. Sambil buat bekal baring kat sofa pastu bgn balik sambung masak lagi, senonoh betulll lah mak budak sorang ni :D, kita kalau ngantuk siap boleh duduk kat dapur tu kejam mata ahahahaha..... alarm masih snooze sbb tu tak kisah sgt cuma jgn salah tekan ke stop sudah! haru biruuuuuuu jdnyer :D
Buat bingka labu ni sbb nak abiskan lebihan labu yg dbuat roti semalam tuu, kita bakar bingka ni kalau tak silap petang gitulah sajer nak buat bf sekali senang! Resepi dr CMG, mcm biasa ya cikmat mintak halal n iizin resepinyer :D maceh!! Kita ni pelik sikit sbb kita lg suke mkn bingka ni panas2 :D ngeeee... sbb tu lah dia punyer tekstur nmpk mcm tu sbb tak keras lagi ekekeke... kalau dah sejuk nanti yg kerak2 dia tu haaa.. dia dah tak rangup! kalau panas2 dia rangup lagi sedap! :D

BINGKA LABU

Bahan-bahan ( Acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm )
  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus



Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
  2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

5 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
yala betul.. bingka makan panas2 sodap... skali kerak2 dia tu. hihi. nampak lembutnya bingka labu.. kuning asli, kan? saya amik skeping wat bekfes ni ;)

JC berkata...

Salam Ika....winduuuu le..sorry agak lama akak tk singgah...biasale kekadang anigin kus2 dtg mood pun tarak hihih....cam tau2 jer akak suka labu....nampak sedap tu kuih bakar labu..labu puree ada 2 tin beso lg dok dlm pantry sedang menuggu masa utk dibuat kuih...nanti rajin leh cuba ni

izahdaut berkata...

oh oh oh..ni la dia hasil ika yang kata malas tu yeee...ooooo pandai la hari ni ngantuk plak dah....nak sikit bingka labu, saya tak penah rasa lagi ni...tak kire la sujuk pung tak peee

Treat and Trick berkata...

Salam Ika, kak datang nak sarapan bingka tu, nak keraknya boleh?

http://treatntrick.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

wah rajinnya anakanda ku ini...laparnya bila lihat kuih ika buat ni..yum yum