ads/iklan

Khamis, 3 Jun 2010

Sausage Bun n Choco Chip Bun

SAUSAGE BUN

Salam pagi sume ;-),

Hari ni bf roti kang ptg nanti nak buat roti lagi hihihi.... sbb ada org nak makan roti lagi ptg nanti huh! sib baik bukan kita yg nguli kalau tak mmg tak kuasa :D.. Resepinyer patutnyer vege tp kids tak makan vege jdnyer gitu jer lah letak cheese dgn choco chip itu ajerr lah modalnyer :D.. Hari ni mengantuk sikitlah, nak g tido sbb perubahan cuaca kat tuan umah ni dah mendung jerr niii bendera jepun pun dr semalam dah kuar huhuhu.. Untuk resepi ni dr CMG n cnp dr umah KAK HANA, mcm biasa izinkan dakuuuuuuu meng kopipes kat sini juga, mekaseh!!! Nak tgk cara klik jer nama CMG tu ya :D

SAUSAGE BUN

Bahan-bahan
  • 300 g tepung roti
  • 60 g gula halus
  • 5 g garam halus
  • 10 g susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 2 camca teh instat yeast (mauripan)
  • 30 g telur (pecah kan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
  • 150 ml air
  • 30 g mentega



Bahan lain
  • 8 batang sosej ayam "ayamas", celur 5 minit, tos dan sejukkan
  • Mix vege secukupnya
  • Sos tomato secukupnya
  • Mayonnaise secukupnya
  • Telur untuk disapu (baki 30 g tadi)

Doh yg dah naik, letak cheese,mayonaise dgn ketchup jer :D

Cara-cara

  1. UNTUK DOH ROTI :- Campur semua bahan2 untuk dok kecuali mentega, gaul hinnga menjadi doh, tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (kurang lebih 15 - 20 minit). Bulat2kan dah, letak dalam bekas dan balut bekas tadi dengan plastik bersih, biar 1 jam hingga doh naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 dalam Bread Maker, pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK MIX VEGE SAUSAGE BUN :- Keluarkan doh, tumbuk dan bagi kepada 8 bahagian sama besar (hana bg 40g setiap satu), bulat2kan doh dan biar doh rehat 10 minit. Ambil satu doh canai memanjang sama ukuran dengan sosej tadi. Balut sosej dan kerat kepada 4 bahagian sama besar, kemudian kerat lagi supaya mendapat 8 keratan (seperti dalam gambar).
  3. Pusingkan setiap belahan tadi ke kanan dan ke kiri sehingga mendapat bentuk macam dalam gambar. Alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Tekan sedikit roti, buat kaedah sama untuk baki doh dan sosej tadi. Biarkan 45 minit hingga naik.
  4. Sapu dengan telur, tabur dengan mix vege dan paipkan mayonnaise dan kemudian sos tomato. Buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebenuhnya sebelum dihidangkan.

3 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
bun sanggul ada lagi tak? nak tumpang bekfes ni. comey sungguh yang dalam cup tu. nak curi satu, mitak izin dulu ni...hihihi

Fiza Amran berkata...

thanks you support ayamas.. sebab saya keje kilang ayamas.. sebab awaklah saya dapat gaji... :)
anyway... bukan nak pomote tpt keje sendiri just nak cakap .. bun awak nampak sedap hahaha i wish i got someone to uli the roti for me...

Watierman berkata...

Ika....sungguh mengancam roti mu hingga buatkan akak nak ke dapur meroti lah pulak....jumpa lagi nanti ya!!