Selasa, 1 Jun 2010

ayam Percik Kelantan

AYAM PERCIK KELANTAN

Salam kembali sume!! :D

Haaaa...hari ni terlebih rajin sikit masak awal tapi jan citer lah umah kita ni kemas pun belum lagi konon2 nak sepah2kan habis2 dulu umah ni sbb bila dah settle sume barulah kemas kan kan ahahaha... jgn ikut ajaran sesat ni ya mmg sah2 kena pelangkung ngan hb kalau tiba2 dia balik awal :D.. Masak cepat sbb mcm biasa hari ni last appointment g jumpa dentist, nanti cuma 4 bulan sekali jer pergi sbb cuci space maintainer ni jerrr hihihi... ok ok.. menu tuk hari ni merangkap ke malam kalau malas sgt ehehe... cnp dr umah KAK HANA resepi asal kat umah KAK JIE JIE ya leh tgk kat umah KAK MADIHA juga ya ;-) Mintak izin n halal resepinyer maceh!!! :D 1st time makan kelantan style ayam percik ni sedap tp kalaulah pedasss lagii sedap! :D untuk kuah tu ambik masa lebih kurang 45 minit tuk dia betul2 pekat dlm erti kata lain masak sampai pekat giteeww... tak yah guna bancuhan tepung pun.

AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan-bahan
  • 3 ketul dada ayam
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje)
Bahan dikisar
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih.
Bahan untuk rebusan ayam
  • 3 ulas bawang putih-dititik
  • 1 inci halia- dihiris2
  • Sedikit garam
  • 1 keping asam keping.
  • Air secukupnya.


Cara-cara
  • Ayam direbus separuh masak dengan bahan2 rebusan dan toskan
  • Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.
  • Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
  • Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. ( Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.)
  • Apabila sudah cantik kuahnya( berkilat sikit) angkat dan ketepikan.
Cara Bakar
  • Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana...>>untuk ayam kita sapu madu dgn letak lada hitam pastu bakar..
  • Balik2kan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.
  • Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan.

2 ulasan:

PearlnScarf berkata...

cedap nya... ayam tue kalau goreng boleh ker??

izahdaut berkata...

ika........kalau sedap pedas maknanya kalau letak skit cilipadi dlm kuah tu boleh la kot? aiceeh macam nak torai je ni...kite kalau pedas2 baru la laju ngadapnyeee