ads/iklan

Jumaat, 25 Jun 2010

Apam Gula Melaka

APAM GULA MELAKA

Salam kembali lagi ;-),

Hari ni penat yg amat! kita pun tak tahu kenapa penat sgt, alamakkk!! tanda2 semakin dekat.. Apa pun alhamdulillah lengkap sudah puasa hari ni, esok pun pose lagi nak latih dulu sebelum ramadhan dgn cuaca yg panas nii huhuhu... Hari ni minum air laici sejuk mcm kak hana semalam hihihi.... sejuk betulll letak air batu byk2 :D n ni salah satu kuih yg harus ada kalau puasa2, sebenrnyer ada tragedi lah :-( kita ada beli kelapa sebijik 2 minggu lepas tak kot! kita simpan sbb nanti parcel sampai leh parut sendirik, tp malangnyer kelapanyer lembikk!!! uuuwaaaaaaa....... masa tu dah bancuh dah adunan apam ni :-( tu lah sebabnyer konon2 nak guna parutan kelapa sendirik guna grater yg baru sampai tu, tak de rezeki lerrr.. terus mood ilang bdn semakin penat..

**Buat semua yg dtg ke sini DOA semua amatlah dharapkan supaya mendoakan keadaan ROSS Osaka@jintanmanis.com adik kita yg dah tumpah darah, doa kalian semua dpt membantu insyaAllah, kesian bila dpt berita ni dr reporter kanazawa yg kelam kabut juga bila dapat berita tu, yer la, bygkan org yg duk luar negara ni bukan ada sedara mara, harapkan suami ajerlah dgn ank2 kecik2 lagi.. Semoga tabah ya ross n doa semua org juga mengiringi perjuanganmu insyaAllah amin...

APAM GULA MELAKA
Sumber: CHE`IZA MyR

Bahan-bahan ( satu family )
* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam




Cara-cara

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

3 ulasan:

Deliah's Deli berkata...

salam ika...ross yg rajin meroti tu ke? not sure kenal ke idak..dh bersalin@blm?apa2 pun smgo slmat n tabah menghadapinya-kami di sini turut bersimpati dan mendoakan kesihatan beliau n anak.tk .

fAtimah Yong berkata...

semoga ross sihat dan dlm lindungan ALLAH... (walaupun tak kenal)

comeynya apam tuuu.... (sambey doa...sambey jeling2 apam) gulppppp....

LENDANUAR berkata...

ika,sedap tu apam gula melaka nih...nak seketul ika...