ads/iklan

Khamis, 24 Jun 2010

Red Rubies

RED RUBIES

Salam kembali :-),

Ada lebih kurang 1 jam lg nak masuk waktu berbuke, InsyaAllah kalau lepas buka TER lebih rajin kita masukkan n3 berbuka hari ni, ni antara nyer, nak buat pencuci mulut masa nak batalkan puasa nanti :D lama dok ngidam nak makan benda ni tp payah sikit nak jumpa sengkuang, sengkuang cina lagilah tak de! tp kat sini byk dessert mcm ni tu yg kita pelik atau kita yg pelik sbb tak jumpa! hihihi.... Sabtu lepas ada beli sengkuang biasa tuu tp keciit2 lah pulak! tak tahu nk buat apa sampai skrg td ni lah dok terpkir apa nak dkerjakan dgn sengkuang ni ya, bila gugel2 kat umah CMG jumpa benda ni, apa lagi lpeas bgn tido td, gugel2 jap pastu projek tak ssh pun nak buatnyer tp kena hati2 sbb kalau rebus lama2 dia terburai , ni pun td separuh yg lekat yg lagi separuh tak cantik sgt :D tak pelah asal dpt merasa :D.. Mcm biasa CMG mintak izin n halal resepinyer nak buat buka ni tauu tak mintak izin kang nanti kurang pahle puasa ngeeeeeee... macehhh!!! dulu2 kan kita ingatkan buat benda ni mcm buat buah melaka tu kikikiki.. pandai punyer org! hihihi.... Selamat berbuke!! :-)

RED RUBIES

Bahan Utama :-)
300 g water chesnut (sengkuang cina, boleh lihat gambar disini)
1 camca teh pewarna merah*
2 camca besar air*(*disatukan)
4 camca besar tepung ubi
2.5 liter air ais
3 liter air

Bahan Lain :-)>>kuahnyer juga boleh guna susu segar atau susu cair

Air gula (masak 3/4 cawan gula pasir dengan 3/4 cawan air dan 2 helai daun pandan)
500 ml santan pekat/susu cair/susu segar*
1/2 camca teh garam*(*disatukan)
Air batu secukupnya




Cara membuatnya :-)
  1. Kupas sengkuang cina (kalau susah nak dapat, boleh guna sengkuang biasa), cuci dan potong dadu, rendam dalam bancuhan warna merah dan biar 20 minit. Toskan dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi dalam beg plastik tadi, dan goncang hingga sengkuang tadi disaluti tepung ubi, ayak untuk membuang lebihan tepung.
  2. Panaskan 3 liter air hingga mendidih, masukkan sengkuang cina yang bersalut tepung ubi tadi dan biar hingga timbul. Cedok keluar biji2 delima yang timbul tadi dan terus masukkan ke dalam bekas berisi air ais. Buat hingga siap dan biar biji delima berendam dalam air ais.
  3. CARA PENYEDIAAN :- Dalam mangkuk sesuai, cedok keluar isi biji delima mengikut kuantiti yang dikehendaki, tuang pati santan dan juga air gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Letak air batu seckupnya. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba!!!

6 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
tak penah pulak saya makan dessert ni. apapun, selamat berbuka, ika :D

3 hungry tummies berkata...

Dah lama tak makan ni..disini tidak ada water chestnut yang segar!

Watierman berkata...

ooooo perak juga Akak ni....apa2 pun selamat berbuka Dik!

Mat Gebu berkata...

Hmmm..sedapnyaaa..i likeeeee

cikmanggis berkata...

selamat bersahur hehe..esok posa lagi?

Treat and Trick berkata...

Salam Ika, ada ruby kat sini, sedapnya....

http://treatntrick.blogspot.com