Selasa, 8 Jun 2010

Ayam Bakar Kari

AYAM BAKAR KARI

Salam kembali!! :-)

Lebih kurang 4 hari dah berlalu dlm proses nak ceraikan diapers dekat budak paling kecik kat umah ni, so far kejap bocor kejap ok, 1st 2nd day teruk sikit sbb byk kali terlepas! sib baik dia terlepas dekat lantai, kalau dekat sofa mau mak dia jd biru ahahaha... 3rd day dah ada perubahan, TAPI adoiilahhhh..setiap 1 jam lebih kurang 4 atau 5 kali dia ajak kita g bilik air n 50% dia betul2 melepas lagi 50% bila sampai bilik air dia ketawa2 kata 'nai' erti kata lain tak de! huh! bertuah punyer ank! hihihi... bygkan ajerr lahhh 1 jam tu 4 5 kali ulang alik bilik air, tp dah tak bocor dah cuma malam masih pakaikan lagi sbb mak dia thp kemalasan melampau nak kejut memalam buta :D n yg kecik ni pulak dia ni delay speech jdnyer ssh dia nak bgtau terpaksa tanyer dia... tak pe, dlm proses pembelajaran :D..

Citer ayam pulak, asyik ayammmmmm jerr ahahaha.... abis tu itu ajerr yg senang dmasak :D. Dah perap dr malam td, so hasilnyer mmglah sedap kalau dah terperap lama, kita pun tak tahu nk bg nama apa kat ayam ni, BM kita ni semakin tunggang langgang pulak jdnyer hihihi... AYAM BAKAR KARI, resepi sendirik klu ada yg tersama ianyer kebetulan :D. Hari ni nak kuar carik brg sikit jdnyer masak awal sikit, jom makan! :D

AYAM BAKAR KARI

Bahan2:

  • 2 pcs chicken breast, boneless potong sedang2 besar >>nak guna kepak pun boleh kita tak de stok :D
  • Lada Hitam sedikit
  • 3 ulas bawang putih dparut
  • 1 inci Halia dparut
  • 1 sk paprika atau apa2 serbuk lada
  • 1 1/2 sb serbuk kari ayam
  • 1 sb Kicap cair
  • 1sk sos tiram
  • Madu sedikit
  • Garam secukup rasa



Cara2:

Satukan sume bhn n rasakan, kemudian gaulkan dgn isi ayam yg dah dkeringkan td dan perap beberapa lama yg dsukai atau semalaman, kemudian bakar hingga masak, sedia untuk dhidang, nak ratah boleh nak mkn dgn nasik pong boleh n jgn lupa perahkan lemon :D, selamat mencuba!

2 ulasan:

kakpah berkata...

salam ika. tiap kali datang sini mesti terpesona dengan masakan dan foto2nya. ada umph...

indahhouse berkata...

salam ika,
Meriah sungguh ngan dayang2 salad dan tomato kecik tu. buat saya lapar petang2 ni... amik sketul tau...