Rabu, 2 September 2009

Bone Steak

BONE STEAK kita buat kurang pekat sbb suke yg sedang2 mcm ni :D


Salam kembali!! :-),

Hari ni kita sukeeeeeee sgttt sbb kita dpt TULANG!!! hihihi..5 tahun tauuu tak makan TULANG2 nih!! hihihi..... kebetulan semalam tergerak pulak nak tanyer pembantu van yg bawak si kakak g sekolah, dia org ni suami isteri asben driver isteri pulak jg budak2 kat dlm van, dia org ni islam tp ssh sikit nak berkomunikasi sbb tak byk english yg dia fhm, jdnyer tergerak jugak menanya kat mana nak carik daging lembu halal selain yg kita tahu tp tempat yg kita tahu ni kdg dia bwk kdg tak!! pas tu dagingnyer tak elok sgt mcm bau jerr.. jdnyer semalam tanyerlah, dan pembantu tu dgn ikhlas nak belikan!!! yahooooooooo!! td pagi masa nak ambik si kakak g sekolah dia bwakkan tulang dgn daging lembu!!! ingatkan kita abis dekat 30 ringgit ke apa sbb kat mesia tulang lembu mahal tp tidak!!! daging yg mahal dr tulang!! eeeeeee..leh tempah belikan lagi nanti ni hihihi... nmpknyer jgn ada owang jemu ya sbb esok2 ni pun kuar menu tulang2 belaka :D Resepi BONE STEAK ni dah lama masuk dlm peti sbb tak de TULANG, jdnyer hari ni kita cuba buat...masa masak td baunyer harummm jerrr sedap nmpk nih.. tak mo mkn nasik nak cicah ngan roti jerr!! :D Ada 2 resepi satu dr KAK AZ NZ satu lagi dr KAK FIDA yg rajen sumbangkan resepi kat MyR tapi buat permulaan kita cuba dr KAK FIDA punyer... senarai bhn panjang tp senang jerrr buatnyer ;-), jom tgk resepi nak kemas meja sat lagi ni, tenkiuu ya kak fida!! n tenkiu pd mak yung hana yg rekomenkan resepi ni :-)

BONE STEAK

Bahan-bahan
  • 1 kilo tulang *- cuci bersih
  • 3 helai daun pandan*
  • 1 btg serai*
  • 4 ulas bwg putih* -diketuk
  • 1 ibu jari halia* -diketuk
  • (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
  • 2 sb ketumbar biji*
  • 1 sb jintan kasar*
  • 3/4 sb jintan halus*
  • 1/2 sb lada hitam/putih*
  • (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bwg merah
  • 5 ulas bwh putih
  • 1 botol tomato sos
  • 2 sb kicap manis
  • kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
  • 1-2 biji bwg besar - dibelah
  • cili hijau - dipotong
  • 2 biji telur - di kocok
  • Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • 1/2 cwn kacang peas -utk tabur
Cara-cara
  1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
  2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
  3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
  5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
  7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual

Tiada ulasan: