Rabu, 30 September 2009

Tart Gulong 2

TART GULONG 2

Salam dptg rabu dan mendung dr pgi sampai sekarang ni :D,

Lalalalala......parcel dr mesia dah sampai, cepat pulak sampai klu tahu cepat sampai mcm ni kita suruh mak kita poskan DAUN2 yg sewaktu dgnnyer.. pos ni mcm angin jugak kejap sepoi2 bahse kejap mcm ribut gitulah jugak kali ni leh sampai 3 hari tepat pulak! pos senin lepas hari ni sampai! huh! rugi mmg rugi klu tak semakin senang hati ada DAUN2nan dr mesia tu huhuhu... hari mcm kurang kerja lah sgt, kita ni mkn pun tak lagi tau, keja nak buat kukis jerr!! sejak tekak sakit ni selera makan mmg ilang terus KECUALI kalau mmg dah TERASA nak makan baik2 lekas buat klu tak seleranyer ilang lagi mcm hari ni, ntahlah! hihihi..... kali ni ambik resepi kat umah KAK NOR GANU, tenkiuu ya kak! gebu sungguh tp mcm biasalah maksik comel tak ambik tempahan klu nak jugak order kena xtra byk nihhh :D, lebihan inti sbnrnyer nih yg berhajat nak buat lagi tart ni lg pun yg dulunyer tu dah arwah dah eheheh.... alaaa..buat satu adunan bukannyer byk sgt kan tp tu lah leceh! :D KAK NOR!!!! resepi mintak halal ya letak kat sini kalau tak halal bgtau ya :D dan telah dedit juga oleh PUAN NOR kita td ni ya kakak2 adik2 sekalian >> tak pun leh lah jalan2 kat SINI ya

TART GULONG 2

Bahan2

  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi (Ghee lagi sedap)
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
  • (3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)

* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.





Rupa dan kaler ada improvement sikit, sikit jer tak byk pun hihihi.... pada mata KASAR kitalah kan :D..

1 ulasan:

K.Nor berkata...

cantik sgt2 dah tu ijah weh... mmg dah boleh buat bisnes