ads/iklan

Rabu, 30 September 2009

Masih mencari dan terkejar kejar PAKWE LAMA, iaitu ABANG MOOD hihihi...

Salam dpagi rabu buat semua yg merindui kita? ada ke? :D

Sian kan sume org dtg beraya kat sini tuan umah ntah ilang kemana ekekeke, bukan lari dr umah ya :P....... masa raya, tak de mood nak masak2 sbb brg2 sume tak de!! huhuhu....... masih menunggu BRG BARU sampai :D tak sampai2 lagi maklumlah pos guna kapal terbang kecik jerrr lambat sampai hihihi..... Pas tu kan lepas dah mula tak de mood dia terussssss menerusss tak de mood nak makan nak ambik gmbr mcm mana nak ambik gmbr sbb tak nak makan! ninja tu lain menu jdnyer mmg tak yah ambiklah gmbr kan..pas tu dr hari jumaat lepas ni serentak pulak kena demam dgn si ninja tu! huhuhu.... bertambah lahhhh MOOD ni terbalik tertonggeng tertiarap sume sampai sekarang, ni pun sambil taip sambil buat bekal budak2 g sekolah nanti niii maksudnyer skrg ni tgh gelap gulita lagiiiii :D tp sempat publish tgh hari kot!! sbb byk berenti niiii dr taip sbb sibuk! hihihi... apa pun RAYA adalah sebulan tp kita tak sampai sebulan lah kan sbb ada CUTI kan :D, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan BATIN sekali lagi dr kita buat semua yg dtg kat umah ni tanpa tuan :D, mknlah kuih raya yg ada ni ya... :-) skrg ni tgh batuk2 laks tu kita sanggup kena selsema yg thp kritikal tu dr kena batuk2 mcm nii.. SBB nyer sampai sekarang tak reti nak kuarkan cecair pekat yg sedap lagi lazat tu hihihi..dah tua tp mcm budak2!! budak2 pun tahu kuarkan! ehehe.. jom layan gmbr kat bwh ni dulu ya, baru dtg beraya dah kena baca telenovela kita pulak kan :D..


ALMOND LONDON

Dah lama tertangguh nak buat sekut london ni lah! bila nmpk kat umah ijan semalam rasa nak buat terus jerrr TAPI masih MALAS2 lagi kan ni pun habis buat kul 1.30pg d ulangi 1.30pg! hihihi...mula buat kul 10mlm sampai ke pagi! huh! boleh bygkan lah ya betapa kita ni buat sensorang cewaahhh!! 1 adunan laks tu!! haaa...ambik bhgn!! penuh satu mangkuk besor, yg mencabarnyer ni nak gentel2 lasi habis dgn nak tuang cekelat huhuhu.. alhamdulillah dgn kesabaran yg penuh ddada, iye ke? :P siap jugak mlm td niii.. Resepi yg pemes kat MyR tenkiu ya mmg sedap! lembut rangup jerr sekut dia resepi asal drhttp://www.myresipi.com/top/detail/422 mintak halal ya tuan resepi copy kan dsini ya :-)..

ALMOND LONDON

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat masakan

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Tgk tuuu itu yg dpt interprame tu belum yg dbelakang tabir lagi interprame punyer lah banyak!! hihihi.....



MEE SEGERA HAILAM

MEE SEGERA HAILAM

Naman jer SEGERA yg segera cuma MEE nyer jer tau! bukan kuah2 dia sekali segera hihihi.... dulangi MEE ajer yg SEGERA BUKAN kuah... :D nilah ni kes semalam tgk kat umah KAK NOR kebetulan mmg tak de selera bila tgk MEE SEGERA HAILAM ni TERUSSSS nak makan! apa lagi abg balik jer kuar carik bhn sambil2 carik gula2 nak hilangkan pahit dgn batuk2 niii :D bila dah masak huh! masak sikit jer sbb kita guna MEE SEGERA dr MAGGI KARI punyer hihihi....yg CINTAN tak de pung jdnyer guna MEE MAGGI jer lah ehehe...SEDAPPPPPPP sgt!! nxt time buatkan tuk ninja tu guna MEE ni jerr sedap tuuuuu .. thnks to KAK NOR sbb bg idea ni berselera semalam ni makan :-) resepi asal dr CMG tp dah dedit oleh kak nor jugak ada tambahan letak CILI KISAR dgn SOS LADA HITAM ummmphhhh!! mmg sedap! Resepinyer leh tgk SINI tak pun mintak halal ya CMG kita letak kat sini :-) tenkiu!!!

MEE SEGERA HAILAM

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning>>MEE SEGERA CINTAN
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam* Warna Teks
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • TAMBAHAN>> CILI KISAR ikut kepedasan masing2 :D

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

SEDAP SGT!!! ;-) lada jeruk letak byk2 huh! sendiri ingatlah ya :D


KUE TEOW GOREMNG LEMBAP


KUE TEOW GORENG LEMBAP

Dah lama tak mkn KTG niiii...buat itu hari lembap2 jerr sbb ter kering ekekeke... yg pasti sedap! sbb byk isi :D hihihi.... tak yah resepi sbb resepi biasa2 jerr niii sume org leh buat lagi sedap dr kita punyer ni :-)..



BONE STEAK II

BONE STEAK II

Yeaaaaaa!! dapat makan lagi bone steak ni selagi ada TULANG2 yg tak hilang kat sini hihihi..... Kali ni cuba resepi KAK AS NZ pulak..yum yum!! lebih kurang jer cuma yg ni dia rasa berat sikit mungkin penggunaan tomato puree yg byk jugaklah, tak leh mkn byk sgt sbb mudah kenyang tu yg bestnyer masak sikit pun boleh mkn byk2 kali ehehe... Tenkiu ya kak as!! mintak izin copy ya resepinyer kat sini :-) tgk SITU pun boleh jugak :D

SUP TULANG MERAH II / BONE STEAK

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng

Cara-cara

  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..
  7. ::Selamat Mecuba::

TUNA FURIKAKE

TUNA FURIKAKE

Haaa....yg ni ala2 serunding gitu, tp sesuwai tuk budak2 sbb buatkan ni untuk bekal dia org buat onigiri pun leh jugak campur dgn furikake niiii paling best makan dgn nasi jepun panas2 tuuuuu letak nori huh! mmg sedap!! yg tua2 ni pun suke :D thanks to KAK YANI mem MyR kita yg sentiasa kretif.. Mintak Izin copy kat sini ya resepinyer :-) tenkiuuuu!! tak pun leh g SINI juga :-)

TUNA FURIKAKE

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 tin(80g) tuna
  • 2 biji umeboshi
  • 1/2 btg celary
  • 1 sudu besar bijan

Cara-cara

  1. Ambik isi ume dan cincang. Celary pula hiris kecil-kecil macam nak buat kerabu.
  2. Masukkan tuna ke dalam fry pan. Goreng sehingga agak kering.
  3. Furikake1
    Kemudian masuklah ume, celary dan juga bijan. Goreng sehingga garing.
  4. Obento
    Boleh juga guna utk buat onigiri. Bahan-bahan tu boleh diubahsuai ikut apa yg ada dlm peti sejuk..

5 ulasan:

K.Nor berkata...

amboi ijah.. banyaknyer kukis london tu.. nk bisnes ke apa? ermmm dh siap pun mee segera hailam ya.. besh kan!! siap ada daging dan sotong gak tuh..

Watierman berkata...

Salam Ikaaaaaa...mak aiii berderet-deret menu....tak terkejar akak...nak rasa mana satu ni...semua best....datang 50 kg...balik dah dekat 70 kg dah ni....!!!

Fiza Nordin berkata...

ijah,
akak pose arini...pose ganti!eheheee terliur lak tgk menu yg berderet2 ni...nak balik dululah!

selamat hari raya ijah...minta maaf zahir dan batin klu2 ada terkecil hati dgn komen2 yg penah dituliskan di sini...kite sama2 bermaaf2an ye... :D

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam hai ika...banyak nyer menu raya kernih,,,,....cam tak percaya...kalau cenggini mau naik balik berat badan dalam sehari beraya...heheheh

Tanpa Nama berkata...

salam ika..wamboiii,, rajennya adik akak ni..wat sup tulang merah tuhh!!.. x pe..kalau x kena ngan citerasa part tomato puree tu leh kurangkan lein kali ya.. mungkin tomato puree kat sini rasanya lain sket.. adjut2 ya dik! btw thanks sudi mencuba ya ;) cayang ika!!