ads/iklan

Khamis, 3 September 2009

Bangkit Nyonya

BANGKIT NYONYA


Twinkle twinkle little star!!! :D


Salam kembali :-),

Owang dah wat kukis kita pun nak buat jugaklah!! :D hihihi.... tapi kukis kita ni sample2 tuk diri sendirik jerr tak LULUS nak dbuat jual2 hihihi.... Dah lama teringin nak buat BANGKIT niii baru mlm td tergerak nak buat, huh!! Boleh sakit jiwa jugak ya buat bangkit niii, nak2 doh yg dah dtgglkan sbb dlm oben belum masak lagi senang keras!! huh!! sib baik tgh2 malam geram2 leh kunyah2!! SEDAPPPPPP!!!!!! cair dmulut ;-) kita mmg suke kuih bangkit niiii, lembuttt jerrr makan malam td tu pun tak leh nak berenti!! kita buat kukis ni kul 10mlm pas tu gitu gini gedebak gedebuk dekat kul 12 mlm habis!! dpt byk jugak tuuu..suke2!!!! :D hari ni nak buat sekut mazola pulak geram tgk sekut KAK YUNG yg comel2 tu!!!.. Resepi asal BANGKIT NYONYA ni dr CMG , kita mintak izin letak sini ya cikmat resepinyer... :-) tenkiuu!! buatnyer senang lenyek dan cetak ssh TAPI makannyer SENANG HABIS!!! ehehe... jom tgk apa bhn2nyer :-)>> kita tak de cetak sbnrnyer kita pakai julieane peeler yg kak hana bg :P tak pun leh g SINI

BANGKIT NYONYA

Bahan-Bahannya:-
350 g tepung sagu ubi (mat cadangkan guna tepung sagu "rumbia")
3 helai daun pandan, dipotong2
150 g gula aising, diayak
20 g mentega
1 kuning telur
130 g pati santan (perah tanpa menggunakan air atau guna santan kotak)
50 g pati santan (untuk kegunaan lain)
Secubit baking powder


Cara membuatnya:-
  1. Tepung ubi disangai dalam kuali bersama2 daun pandan hingga ringan dan wangi, gunakan api perlahan selama 10 minit. Biarkan sejuk, kemudian ayak bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, satukan gula aising, kuning telur dan mentega, kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Masukkan santan dan pukul lagi, kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan senduk atau tangan. Masukkan tepung hingga habis dan bancuh hingga menjadi doh.
  3. Tutup doh dengan kain lembap. Bagi doh tapi kepada 3 - 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 0.5 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Boleh juga disepit untuk membuat corak. Susun dalam dulang dan bakar pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Kepanasan bergantung pada oven masing2.
  4. Untuk adunan seterusnya, jika diuli ianya agak keras, boleh tambah 1 camca teh santan pekat (dari 50 g yang diasingkan tadi)
  5. Sejukkan kuih bangkit atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga membentuk kuih bangkit menggunakan acuan"putu kacang".

7 ulasan:

geraugebang berkata...

bestnya. pandai ija buat.

Queenie berkata...

salam ziarah..
teringin la nk makan popia vietnam tu.
kulit nak beli kat mana ya
buat sendiri boleh tak tp taktau camner

Fiza Nordin berkata...

akak mmg bercadang2 nak buat biskut ni sejak nampak kak as buat haritu.tepung ubi pun dah siap bersangai.santan plak dah habis.asal keluar g anto anak sekolah lupe nak singgah kedai. dah sampai umah baru teringat. ishhhh!!!!nak keluar balik malasnyela nak mengheret anak2anda ni ha...

cikmanggis berkata...

wah dah buat biskut raya....

Chik Mimi berkata...

ijahhhh antaq kat akak skit akak sukeee

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam ija...pandai membangkit...hehehehe

K.Nor berkata...

ika, ni guna tepung sagu yg akak bg tu ke? menjadi ek? pandai dia..