Selasa, 8 September 2009

Iftar yg ke 18

Salam dmalam rabu yg hujan dgn lebatnyer!! sejukkk!! :D

Hari ni boleh tertidur pulak lepas kemas umah!! plan nak buat sekut 2 jenis dah terbantut huhuhu...jadual dah lari nmpknyer kena tunggu hari istimewa baru buat lagi insyaAllah.. Raya tahun lepas kita buatkan sekut untuk mak kita hantar ke mesia tp tahun ni mcm tak sempat pulak td dah kata ke mak kita yg kita tak sempat buat byk2 sian pulak.. abis tu nak buat mcm mana ya? nak hantar dah hari ke 18 nak buat itu ini mesti sampai hari ke 20 baru siap, mmg tak sempat sbb takut mesia cuti awal tuk raya nanti, tak pelah tahun depan insyaAllah prepare awal2 buatkan untuk mak kita yg tersayang tuu.. :-) Hari ninyer menu iftar tersangt simple dan senangnyer.. jom tgk!! ehehe...


FRESH ORANGE 100% no sugar added! manual tau!! main tenyeh2! :D


Sedap sgt2!! dapat minum fresh oren guna manual nyer 4 kerat ni haa... mmg lain hasilnyer kalau guna juicer, cuma M dgn R jerr :D Itu hari nmpk kat umah kak yung, kak yung ni mmg tauu mmg sajerr nak bg owang tertekan!! huhuhu.. sini oren mahal td sblm hujan dah nak masuk waktu berbuke g supa!! carik oren itu pun li 2 bijik jerr minum kongsi2 ngan budak2!! hihihi..bukan kedekut lah! :D nak jimat hihihi... Resepi asal dr Kak Sunkist @ MyR atau nak mesra lagi KAK IDA tenkiuu buat sume ya.. resepinyer mintak izin letak sini tuk kongsi ngan sume org :-)..

FRESH OREN

Bahan-bahan
  • 3 biji buah oren
Cara-cara
  1. Mikrowave buah oren selama 10 saat. Jika tiada mikrowave, boleh juga letak buah oren ke dalam air panas selama 1 minit.
  2. Selepas itu, tekan2 buah oren dengan tangan.
  3. Potong buah oren.
  4. Dengan menggunakan hand juicer, perah jus buah oren.
  5. Sejukkan jus sebelum diminum.
  6. * Jikalau tak ada hand juicer, boleh perah jus buah oren dgn tangan tapi penat la sikit :)



HOT n CRISPY FRIED CHICKEN silap teknik daaaa!! hihihi

Yg ni menu tuk budak2 merangkap mak budak pun ya ehehe... tapi kita silap teknik tak baca betul2 maklumlah buat lagi sejam ank buke tu pun goreng lepas buke huhuhu.... thanks sis!! i love it!!! mmg sedap dia punyer rempah tu sungguh pun silap teknik tp kita perap 1 jam jugak tauu kalau lebih sure lagi sedap!! Kita copy n paste dia punyer resepi kat sini ya sis!! Resepi asal oleh LOVE2COOK.. kitanyer ada kerak2 mmg sedap!! :D

HOT n CRISPY FRIED CHICKEN

Bahan-bahan:-
  • 1 kg ayam/ nak buat kepak aje pun boleh (dibersihkan dan ditoskan airnya...pastikan ayam dah betul2 kering)
  • 1 sb jus asam jawa (pekat)
  • 100 gm tepung jagung
  • garam, gula dan aji secukupnya
  • sedikit daun bawang (tuk hiasan)
  • 1 biji tomato - dihiris (tuk hiasan)
  • minyak untuk menggoreng
Bahan2 kisar:-
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 btg serai
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 3 sb serbuk kari daging
  • 2 sb cili kering kisar / cili boh
  • sedikit air
Cara2 membuatnya :-
  1. Gaul ayam bersama jus asam jawa, bahan2 kisar, garam, gula, aji dan tepung jagung. Perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Apabila minyak dah betul2 panas, masukkan ketulan ayam satu persatu di dlm minyak. Gorengkan hingga masak. Angkat, toskan minyak berlebihan.
  4. Hiaskan bersama daun bawang dan tomato

AYAM MASAK KICAP yg ni sume org tahu buat kan? :D


SERI MUKA YG SEDIH :D

Buat serimuka ni td sambil2 tekan doh kita kukus lah serimuka nihhh..tak susah nak buatnyer tp kita SILAP TEKNIK lagi!!! tgk tu lapisan kat bwhnyer tu ehehehe..sume ijo!!! kita tertuang kaler ijooooo td!! kiranyer tertumpah lah ni ekekeke.... kaler biru tak de guna ijo jerr yg ada :D Nmpk kat umah KAK ANABINI NYER WAHID hihihi.. tenkiu ya kak!! Resepi asal dr CMG mmg nice dia punyer adunan tu tak keras ke cair ke apa ke mmg akan jadi.. kurang sikit bau2 ayam yg nii sblm ni buat resepi lain kuat tull bau ayam!! :D Resepi copy dr DAPUR KAK ANA, tenkiuu ya buat sume!! Mintak halal ya resepinyer letak sini.. :-)

KUIH SERIMUKA / PUTERI SALAT

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste


CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK LAPISAN ATAS :-
1.Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. 2.Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata.
3.Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).

UNTUK LAPISAN ATAS :-
1.Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.

UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :- Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...


SEKIAN IFTAR UNTUK RAMADHAN YG KE 18 aminnnnn... :D

3 ulasan:

Watierman berkata...

Salam Ikaaaa yang sangat rajin....lengkap betul juadah berbuka Ikaaaa sekeluarga....tak ada cincai2 punya...patut le Ninja sayang....!!!Moga kalian kekal selamanya Amin!!!

geraugebang berkata...

Beriman betul seri muka tu ya. Salat juga dia. he he he

blogresipi berkata...

Sedapnye ayam hot n spicy tue!!! kalo bleh ratah ku ratah2 sampai habes...huhuhu