Jumaat, 4 September 2009

Puteri AYU lagi tuannyer :D hihihi...

PUTERI AYU
Tak tahu mana silap leh merekah mcm tu sekali yg elok cuma 3 ketul jer yg lain nak main kembang2 :D


Salam dmalam sabtu dan sume owang dah masuk tido :-),


Sowi ya hari ni lambat masuk n3 sbb tak de mood n penat!! huh!! kerana MINYAK SAPI sumenyer dan biarlah rahsia!! :D dan kerana MINYAK SAPI jugak sampai tersesat2!!! haih!! sume2 MINYAK SAPI punyer sebab huhuhu.... Resepi asal dr MAMA KASTAM TIOMAN @ MyR, gebuu jerrr lembuttt yg amat bau telur pun kurang pelik juga ya :D kita ni kalau ada bau2 ayam ni terus tak lalu sgt tp td ni sedap!! Jgn buang masa lah, kita tgk resepinyer ya, tenkiuu ya mama!! kita nak mintak izin letak resepinyer kat sini senang nak buat lagi nanti, :-)>>
PUTERI AYU

Bahan-bahan ( 55 biji )
4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( 1 paket santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara
Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan.
Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

Tiada ulasan: