Rabu, 2 September 2009

Apam Eno

APAM ENO


Salam dptg rabu lagi 1 jam sebelum masuknyer waktu berbuke bg kawasan bangkok :-),

Hari ni ntahlah mcm malasss pun ada mmg malas pung!! :P mcm tak sedap bdn pun ada, kenapa ya? hihihi.... malas nak bebel panjang2 jdnyer kita terus g kat menu di atas ni ya :-), dah lama nak buat apam eno ni tp tak pernahnyer terbeli ENO tu sendirik, td ni baru beli tp salah belilah pulak!!! terbeli perasa lemon!! huhuhu...cedih betul.. tapi baunyer cedap lah pulak masa mengukus tu, kita kalau boleh nak cari resepi apam tanpa guna sebiji telur pun sbb kalau apam yg ada letak telur ni mcm bau ayam sikit kita tak leh nk mkn sgt tpi kalau apam comel inti kelapa tu leh mkn mungkin sbb guna tepung kek jd sedap!! :D Resepi ni ambik kat MyR dr KAK ZARA tenkiu ya kak!! naik mekarrr gitu!! kita bancuh tepung tu tgh hari td ni baru siap kukus kita stgh hari lah kan, eeeeee..lama tak mkn apam ni kalau ada kelapa parut lagiii lah sedapnyerr... jom tgk resepinyer, mintak dletakkan disini ya resepinyer kak untuk rujukan akan dtg tenkiuu!!! Masa buat ni pun kita tak cek tepung beras ada ke tak penyudahnyer tak cukup!! cuma dpt 100g cukup2 tepung tu ehehe... selalu jerr tragedi :D..

APAM ENO

Bahan-bahan ( 40-45 biji )
  • 300g tepung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar yeast
  • 280-300ml air
  • 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
  • pewarna merah, hijau

Cara-cara

  1. tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.
  2. bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)
  3. bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  4. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  5. smentera itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  6. bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

Tiada ulasan: