Selasa, 8 September 2009

Tart Gulong

TART GULONG


Tak baper comeiilahh tp berpuas hati sikit dgn tahun lepasnyer rupa yg tak nak jd gulung tu ehehe...


Salam dptg selasa yg tak berapa nak terang niii :D,

1 2 3 4 5!! haaaa..sekut raya yg ke 5 dgn jayanyer dpt menghabiskannyer dlm keadaan yg serba kepenatan serba keselerakan kat dapur tuuu hihihi... suke makan tart gulong ni sbb lembut sgtttttt pas tu kan ntahlah mmg suke!! tak tahu nak luahkan mcm mana sukenyer tu :D Orang laen buat santek jerrr kena kita yg buat huhuhu...jgn tutup mata atau pengsan2 ya ehehe... alahaii..oklah kan eak org baru nak belajar mcm kita nihhh.. sblm ni kalau tgk lagi teruk rasanyer tak de org pun yg nak tgk walau sebelah mata yg ni kira ok lah!! :D sapa lagi nak puji kan kalau tak diri sendiri :-).. Resepi ambik kat MyR dr KAK SUNKIST @ kak ida tapi kita copy resepi ni kat umah KAK HASUE.. tenkiu ya sume!! KAK SUE lah nii tunggu sekut tart ni tak sampai2 last2 kita yg tergolek golek buat sendirik!! :D Mintak izin resepinyer letak kat sini ya kak ida buat rujukan akn datang tenkiuuuu!!! :-) hari ni nak masak apa ya tuk berbuke? sakit kepala hari2 pkir nk makan apa huhuhu...

TART GULONG

Bahan-bahan ( 50 biji )
  • BAHAN UNTUK DOH TART:
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung susu
  • 1 cawan mentega (226 gm)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji kuning telor
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar gula
  • BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. CARA MEMBUAT DOH TART:
  2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.
  3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.
  5. Panaskan oven.
  6. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).
  7. Ulangi sehingga habis.
  8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.

  1. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  2. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  3. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  4. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  5. Kacau tanpa henti hingga likat.
  6. Angkat dan sejukkan.


Doh sebelum kena bakar

5 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

emmm best nyer tart nenas....saya suka tu....

cikwan berkata...

ijah pOn dh stat nyekut raya jugak ek, x blk kampOng raya je jah..

geraugebang berkata...

kamu ni memang handal bab biskut ni. akak tabing 12 kali kat ija. Kalau dekat boleh order kan. akak nak 3 balang. berapa sebalang?

cikmanggis berkata...

terer la ika nai..makcikmanggis bab biskut ni...hmmm :( gagal

Ana Ali berkata...

aduhh.... terguris jiwa tengok.. malas nyer nak muka buat cookies nih..penat penat tgk org lain dah buat haha//selamat bercookies ika