ads/iklan

Khamis, 3 September 2009

Vietnamese Spring Roll n Iftar part 12

VIETNAMESE SPRING ROLL gergasi :D


Salam dpagi khamis sebelum masuknyer waktu imsak hihihi.....

Kita tak pernah pun lagi makan popia jenis2 mcm niiii tp teringin nak makan, kalau kat luar tu rasanyer ada jual tp dia org kebannyakannyer campur dgn daging ba alif ba ya lah kan hihihi... dan mmg tak penah beli atau makan pung jdnyer tak tahu rasanyer mcm mana tapi masa buke tu dah makan sedap pulak!! dtambah dgn sos dia tuuu letak kacang manyak2 eeeeeee...sedap pulak dahh!! tapi kita tak tahu sama ada kita beli rice paper tu betul ke tak tgk mcm lain pesen jerrr :D tp sedap!! simple jerr makan ni :D, TENKIU KAK JUN JC!!! nice! kita mintak izin resepinyer letak kat sini ya :-) sbb kita masih belajar2 lagi nii senang nak buat ualngkaji balik bila tiba masa nak buat lagi :-), tq!! ni resepinyer ya>>

VIETNAMESE SPRING ROLL

Bahan2 Kita buat seketul gedabak gitu hihihi...

50g rice vermicelli/ suoon atau bihun halus-rendam sampai lembut lepas tu gunting2 sikit so tak panjang sangat
1 timun- hiris btg mancis
1 carrot- hiris btg mancis
2-3 btg spring onion/daun bawang -hiris btg mancis
24 ekor udang yg dah direbus or stem- cincang kasar kalu udang kecil biarkan sekor2
2s/b kacang tanah goreng tanpa minyak- cincang
1/2-1 helai lettuce/salad- hiris halus
1/2 cawan daun pudina yang dicincang- kalu tak nak tak payah letak
50g taugeh
Vietnamese rice paper secukupnya

Cara2
Celur sekejap carrot dlm 1 min sejukkan. kemudian campurkan semua bahan dlm mangkuk gaulkan biar bercampur rata.

Sediakan mangkuk berisi air panas suam, mangkuk biar lebar then ambil sekeping kulit popiah soakkan kedlm air 10-20 saat or hingga lembut boleh digulung, letakkan atas kitchen towel ( kalau basah sangat tekap2 sikit ngan towel )

Letak dlm 3 sudu besar inti dan gulung macam buat popiah biasa. Biasanya edges memang melekat sebab kulitnya dah lembap tapi kalu tak nak lekat bole sapu the edges dgn sikit air untuk sealkan.

Letak dlm pinggan hidang pastikan ditutup dgn towel lembap while you make the rest, dah siap semua boleh la dihidangkan dgn dipping sosnya.

DIPPING SOS>> kita masak jap kat dapur tambah bancuhan air tepung jagung
2 s/b gula caster
2 s/b air panas suam
2 s/b fish sauce
2 s/b lime juice
1 s/b rice vinegar/cuka
1 spring onion/daun bawang - cincang halus
1 biji lada merah yg kecil buang biji dan cincang halus
1 ulas bawang putih-cincang lumat
Sedikit kacang tanah yg dah digoreng tanpa minyak dan tumbuk sederhana kasar.

Caranya:
Campurkan gula dan air panas kacau hingga gula larut .

kemudian masukkan bahan yg lain kacau dan taburkan kacang tanah. bolehlah dihidangkan.

2 ulasan:

geraugebang berkata...

Ini kita suka. nanti nak cuba buat sendiri. selalunya beli je.

Fiza Nordin berkata...

ijah!!! akak pernah nampak resepi camni kat myr klu tak silap.mmg mase tu teringin sgt nak buat.tp jenuh mencari rice paper tak jumpa. baru2 ni terjumpa lak...dah pegang nak beli tapi letak balik sbb mood malas sedang melanda. heheheee sekarang nampak ijah buat lak...kembali semula semangat ku....!!!